Yūko Takeuchi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yūko Takeuchi
Takeuchi di Festival Filem Antarabangsa Tokyo ke-28
Kelahiran(1980-04-01)1 April 1980
Meninggal dunia27 September 2020(2020-09-27) (umur 40)
Tokyo, Jepun
Sebab kematianBunuh diri (disyaki)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1996-2020
EjenStardust Promotion
Ketinggian1.64 m (5 ka ​4 58 in)
Pasangan
Anak-anak2

Yūko Takeuchi (竹内 結子, Takeuchi Yūko, 1 April 1980 - 27 September 2020) ialah seorang pelakon Jepun. Beliau terkenal dengan peranannya dalam siri televisyen Asuka (1999), Pride (2004), FlashForward (2009) dan Miss Sherlock (2018) serta filem seperti Ring (1998), Yomigaeri (2003) dan Dog in a Sidecar ( 2007).

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Filem yang dibintanginya termasuk Hoshi Ni Negaiwo, Yomigaeri dan Be with You (Ima, Ai ni Yukimasu). Persembahannya di Yomigaeri (2003), Be With You (2004) dan Spring Snow (2005) diiktiraf oleh Anugerah Akademi Jepun.[1] Takeuchi juga memenangi Anugerah Pelakon Pembantu Terbaik di Anugerah Akademi Jepun kerana peranannya dalam filem Cape Nostalgia pada 2014.[2]

Pada 2018, Takeuchi memerankan watak penting dalam siri Hulu/HBO Asia bertajuk Miss Sherlock, sebuah adaptasi dari kisah detektif Sherlock Holmes oleh Sir Arthur Conan Doyle.[3]

Pada November 2019, beliau mengumumkan bahawa beliau hamil. Beliau melahirkan seorang anak lelaki yang merupakan anak keduanya pada Januari 2020.[4][5][6]

Kematian[sunting | sunting sumber]

Pada 27 September 2020, jam 2 pagi (JST), Takeuchi ditemui tergantung[7] di dalam rumahnya di Shibuya, Tokyo.[8][9] Punca kematiannya belum dapat dipastikan. Beliau berumur 40 tahun semasa kejadian.[10][11]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Wiseman, Andreas; Wiseman, Andreas (September 27, 2020). "Yuko Takeuchi Dies Aged 40: Japanese Actress Starred In 'Miss Sherlock' & 'The Ring'". Deadline (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 27 September 2020.
  2. ^ Schilling, Mark; Schilling, Mark (27 September 2020). "Takeuchi Yuko, Japanese Actress, Dies at 40". Variety (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 27 September 2020.
  3. ^ Smith, Alyssa I. (26 April 2018). "Yuko Takeuchi steps into an iconic role on 'Miss Sherlock' with elementary ease". The Japan Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 27 September 2020.
  4. ^ https://japantoday.com/category/entertainment/japanese-actress-yuko-takeuchi-found-dead-at-tokyo-home
  5. ^ https://www.sanspo.com/geino/news/20190829/mrg19082904000001-n1.html
  6. ^ https://www.nikkansports.com/entertainment/news/202001310000662.html
  7. ^ "Aktres Jepun ditemui mati". Harian Metro. 27 September 2020. Dicapai pada 28 September 2020.
  8. ^ "Japanese Actress Yuko Takeuchi's death has not yet been confirmed" (dalam bahasa Inggeris). Nippon Communications Foundation. 27 September 2020. Dicapai pada 28 September 2020.
  9. ^ "Award-winning actress Yuko Takeuchi's death has not yet been confirmed". The Japan Times (dalam bahasa Inggeris). 27 September 2020. Dicapai pada 27 September 2020.
  10. ^ "Japanese actress Yuko Takeuchi, 40, found dead at home in apparent suicide" (dalam bahasa Inggeris). 27 September 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-10-05. Dicapai pada 2020-09-28 – melalui Mainichi Daily News.
  11. ^ "Miss Sherlock actress Yuko Takeuchi found dead". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 27 September 2020. Dicapai pada 27 September 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]