Sherlock Holmes

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sherlock Holmes seperti yang dibayangkan oleh artis terpengaruh, Sidney Edward Paget, dalam majalah The Strand.

Sherlock Holmes adalah suatu watak penyiasat fiksyen pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20 yang terbitan pemunculannya yang pertama berlaku pada tahun 1887. Dia telah dicipta oleh pengarang dan doktor terkenal berbangsa Scotland Sir Arthur Conan Doyle. Holmes terkenal dengan kebolehannya menggunakan logik dan pemerhatian pintar untuk menyelesaikan kes. Dia mungkin merupakan penyasat fiksional paling terkenal, dan sememangnya merupakan antara watak sastera yang paling dikenali secara universal.

Conan Doyle telah menulis empat novel dan limapuluh enam cerita pendek mengenai beliau. Hampir kesemuanya telah diceritakan oleh rakan dan penyusun biografi Homles, Doktor John H. Watson dengan pengecualian dua yang dicerita oleh Holmes sendiri dan dua lagi oleh seorang ketiga. Cerita-cerita ini mula muncul dalam majalah bersiri The Strand dan berlarutan sehingga 40 tahun. Bentuk terbitan ini merupakan kebiasaan di England pada masa itu: Karya-karya Charles Dickens diterbitkan melalui cara yang sama. Cerita-cerita ini merangkumi garisan masa dari tahun 1878 sehingga 1903 dengan satu kes terakhir pada tahun 1914.

Lebih ramai pelakon melakoni watak Sherlock Holmes daripada mana-mana watak fiksional lain dan menjelang 1964, mengikut suatu laporan akhbar The Times, larisan cerita-cerita Sherlock Holmes hanya diatasi kitab Bible.



Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Sherlock Holmes menggelarkan dirinya sebagai "penyiasat rundingan", satu pakar yang dibawa campur tangan dalam kes-kes yang terbukti terlalu sukar untuk penyiasat (biasanya berstatus rasmi) yang lain; kami diberitahu bahawa selalunya dia boleh menyelesaikan suatu masalah tampa meninggalkan rumah sekalipun. Secara semulajadinya aspek ini diminimakan dalam cerita-cerita sendiri, yang lebih berfokuskan kepada kes-kes lebih menarik yang memerlukannya melakukan kerja penyelidikan. Dia mengkhusus kepada penyelesaikan kes-kes aneh dan tidak biasa menggunakan kuasa luar biasanya dalam pemerhatian dan pemikiran logikal, serta sering menunjukkan kebolehan-kebolehan ini kepada pelanggan baru dengan membuat kesimpulan-kesimpulan langsung mengenai personaliti-personaliti dan aktivi terbaru mereka. Strategi pemasaran mudah ini sangat jarang tidak menimbulkan kesan dan membina keyakinan dalam perkhidmatannya (lihat dibawah).

Sir Arthur Conan Doyle menkreditkan konsepsi Holmes pada gurunya di fakulti perubatan Universiti Edinburgh, iaitu pembedah dan detektif forensik terkenal, Joseph Bell. (Sains forensik merupakan bidang yang masih baru pada ketika itu.) Tetapi beberapa tahun kemudian Bell menulis kepada Conan Doyle, "Anda sendirilah Sherlock Holmes dan anda sendiri mengetahuinya" (Baring-Gould, ms. 8). Holmes dinamakan sempena Oliver Wendell Holmes yang dikagumi Conan Doyle, dan seorang pemain kriket Inggeris bernama Sherlock — tetapi sesetengah nota awalnya memberikan namanya sebagai Sherrinford Holmes.

Profil[sunting | sunting sumber]

Secara sejarahnya, Holmes tinggal dari tahun 1881 di 221B Baker Street, London, suatu apartmen di tingkat atas (dalam nota-nota awal ia diterangkan sebagai berlokasi di Atasan Baker Street), dimana dia menghabiskan banyak tahun-tahun profesionalnya dengan kawan baiknya, Doktor Watson, dimana dia berkongsi bilik bersamanya buat beberapa tahun sebelum perkahwinan Watson pada tahun 1890. Kediamannya dikekalkan oleh tuan rumahnya, Mrs Hudson.

Dalam kebanyakan ceritanya, Holmes ditemani oleh Watson yang bersifat praktikal, yang bukan sahaja merupakan rakan tetapi perekodnya ("Boswellnya"). Kebanyakan cerita ditulis dalam gaya penceritaan, oleh Watson, mengenai penyelesaian penyiasat Holmes kepada jenayah-jenayah benar. Dalam sesetengah cerita-cerita kemudian, Holmes mengkritik Watson mengenai gaya penulisannya, biasanya disebabkan dia menceritakan mereka sebagai cerita-cerita menarik dan bukannya sebagai laporan objektif dan terperinci berfokuskan apa yang difikirkan Holmes sebagai "sains" tulen penyiasatan.

Holmes juga mempunyai seorang abang, Mycroft Holmes, yang muncul dalam tiga cerita: "The Greek Interpreter", "The Final Problem", dan "The Bruce-Partington Plans". Dia juga disebutkan dalam sesetengah cerita lain, termasuk "The Empty House".

Dalam tiga cerita, termasuk The Sign of Four dia dibantu oleh sekumpulan kanak-kanak jalanan yang dipanggilnya the Baker Street Irregulars.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Sherlock Holmes (kanan) dan Doktor Watson, oleh Sidney Paget.

Dalam cerita yang pertama, A Study in Scarlet, sedikit latar belakang Holmes diberi. Pada tarikh 4 Mac 1881, dia diperkenalkan sebagai seorang pelajar bebas kimia dengan pelbagai minat lebihan yang aneh, yang hampir kesemuanya menjadi suatu keperluan untuk menjadikan dia unggul dalam penyelesaian jenayah. Dalam suatu cerita awal lain, "The Adventure of the Gloria Scott", lebih latar belakang tentang apa yang menyebabkan Holmes menjadi penyiasat dipersembahkan: seorang ayah rakan di kolej memuji tinggi kebolehan penyelesaian masalahnya.

Dalam "The Adventure of the Greek Interpreter", Holmes berkata bahawa neneknya merupakan kakak atau adik kepada pelukis berbangsa Perancis 'Vernet' (kemungkinan merupakan Horace Vernet).

Dalam A Study in Scarlet, Doktor Watson mengemukakan suatu analisa kebolehan-kebolehan Holmes:

Sherlock Holmes—penghadannya,

  1. Pengetahuan Sastera.—Tiada langsung.
  2. Pengetahuan Falsafah.—Tiada langsung.
  3. Pengetahuan Astronomi.—Tiada langsung.
  4. Pengetahuan Politik.—Terlalu sedikit.
  5. Pengetahuan Botani.—Bervariasi. Cukup dalam belladonna, opium dan bahan racun secara amnya. Tidak mengetahui apa-apa tentang pekebunan praktikal.
  6. Pengetahuan Geologi.—Praktikal, tapi terhad. Melihat dengan satu kali perbezaan antara jenis-jenis tanah. Ada kalanya selepas berjalan kaki, dia menunjukkan aku percikan yang mengena seluarnya dan seterusnya memberitahu melalui warna dan konsistennya bahagian mana bandar London yang dia menerimanya.
  7. Pengetahuan Kimia.—Amat tinggi.
  8. Pengetahuan Anatomi.—Tepat, tetapi tidak bersistematik.
  9. Pengetahuan Sastera Sensasi.—Banyak sekali. Seolah-olah mengetahui secara terperinci kesemua jenayah ganas yang dilakukan dalam abad ini.
  10. Mempunyai kebolehan bermain violin dengan baik.
  11. Pakar pemain singlestick, boxing, dan pemain pedang.
  12. Mempunyai pengetahuan praktikal undang-undang British.

Cerita-cerita kemudian memperjelaskan bahawa sebenarnya, senarai diatas sebenarnya tidak tepat, dan Holmes yang baru berjumpa dengan Watson pada masa senarainya dihurai hanya bergurau dengannya sahaja. Dua bukti ketara menebalikkan apa yang tersenarai, iaitu pertamanya, walaupun Holmes dikatakan tidak mengetahui tentang politik, dalam cerita "A Scandal in Bohemia" dia terus dapat mengenalpasti identiti sebenar Count von Kramm. Mengenai sastera sensasi pula, percakapannya berisi penuh dengan rujukan kepada Bible, Shakespeare dan juga Goethe. Pengetahuannya yang bersifat begini juga tidak konsisten dengan tingkah lakunya memarahi Watson kerana memberitahunya mengenai Bumi yang mengelilingi Matahari dan bukan sebaliknya, kerana dirinya berkata bahawa dia "mahu mengelakkan daripada otaknya dipenuhi dengan maklumat yang tidak relevan kepada kerjaya penyiasatannya".

Holmes juga merupakan seorang pembaca tulisan rahsia yang terkenal. Dia berkata kepada Watson, "Saya mengenali kesemua jenis tulisan rahsia, dan saya sendiri adalah pengarang satu buku ekstensif menengai subjek ini, dimana saya menganalisa satu ratus enam puluh cipher.". Satu kes dimana kebolehan ini diperguna adalah dalam "The Adventure of the Dancing Men" yang menggunakan tulisan lidi, sebagai contoh:

Dancing men ciphertext

Dalam "The Adventure of the Empty House", Holmes menyatakan bahawa dia mempunyai "sedikit sebanyak pengetahuan" mengenai baritsu, iaitu "sistem gusti Jepun", yang digunakan untuk melepaskan diri daripada cengkaman maut musuh ketatnya, Profesor Moriarty yang, walaupun mempunyai reputasi yang hebat, hanya muncul dalam dua daripada cerita mengenai Holmes.

Juga, dalam A Study in Scarlet, Conan Doyle memperlihatkan suatu perbandingan antara watak ciptaannya dan dua lagi penyiasat fiksional lain yang telah berdiri lebih awal: Auguste Dupin oleh Edgar Allan Poe dan Monsieur Lecoq oleh Emile Gaboriau. Yang pertamanya telah muncul pada tahun 1841 dalam cerita The Murders in the Rue Morgue, dan yang keduanya pula muncul dalam L'Affaire Lerouge (Perihal Lerouge) pada tahun 1866. Perbincangan pendek mengenai kedua-dua watak cerita penyiasatan lain ini bermula antara Watson dan Holmes dengan suatu komen oleh Watson:

"Anda mengingatkan saya mengenai karya Dupin oleh Edgar Allan Poe. Saya tidak sama sekali menyangka watak sedemikian boleh wujud di luar cerita-cerita rekaan."

Sherlock Holmes berdiri dan menyalakan pipenya. "Tidak disangkal bahawa anda menanggap bahawa diri anda sedang memuji saya dengan membuat perbandingan antara saya dan Dupin," dia memerhati. "Sekarang, dalam pendapat saya, Dupin merupakan seorang yang rendah standardnya. Helahnya memecah kesenyapan dengan satu kenyataan tepat selepas satuperempat jam amat menunjuk-nunjuk dan superfisial. Dia punyai sedikit kebolehan analisa, itu tidak dipertikai; akan tetapi dia tidaklah fenomena yang dibayangkan Poe."

"Telahkah kamu baca karya Gaboriau?" Aku menanya."Adakah Lecoq boleh dianggap seorang penyiasat yang berkebolehan mengikut jangkaan kamu?"

Mata Sherlock Holmes menjeling tajam. "Lecoq tidak berguna langsung," katanya, dalam nada marah; "kecuali satu kelebihan, iaitu tenaganya. Buku itu menyakitkan mata membacanya. Persoalannya merupakan bagaimana untuk mengenalpasti seorang banduan yang tidak dikenali. Saya tentunya boleh menyelesaikan masalah itu dalam masa duapuluhempat jam sahaja, manakala Lecoq pula mengambil masa enam bulan. Ia lebih sesuai dijadikan buku teks untuk mengajar para penyiasat apa yang perlu dielak."

Holmes yakin bahawa dia lebih hebat berbanding mereka berdua, manakala Watson menyatakan rasa kagumnya terhadap mereka. Ia telah dicadangkan bahawa ini adalah satu cara Conan Doyle tabik kepada watak karya-karya yang telah mempengaruhinya, dengan pada masa yang sama berkeras dengan pendirian bahawa wataknya merupakan pembaikian keatas mereka. (Ia telah diperhati bahawa "pada masa dia mungkin menjadi lebih merendah diri, tiada polis seperti Holmes.")

Musuh ketat Holmes merupakan Profesor James Moriarty ("Napoleon Jenayah"), yang terhumban semasa bergelut dengan Holmes, di Reichenbach Falls. Conan Doyle pada mulanya mahu cerita "The Final Problem", iaitu cerita dimana peristiwa ini berlaku, menjadi cerita terakhirnya mengenai Holmes. Tetapi, hantaran surat beramai-ramai oleh peminatnya meyakinkannya untuk terus menyambung siri. Dalam "The Adventure of the Empty House" menampakkan bahawa Conan Doyle menerangkan bahawa hanya Moriarty terhumban dalam lembah berkenaan, tetapi Holmes telah membenarkan dunia menanggap dirinya telah meninggal sememtara dia mengelakkan balasan yang mungkin diterimanya akibat perihal Moriarty. Juga telah dirujuk dalam pelbagai sumber termasuk Baring-Gould bahawa Moriarty merupakan guru bimbingan Matematik Holmes pada mulanya.

Holmes menunjukkan dirinya sebagai seorang penyamar handal:

Walaupun Holmes menanggap dirinya sebagai seorang otak yang tidak terikat dengan emosi-emosi badan, terdapat masanya dia sendiri boleh beremosi dalam perihal menegakkan apa yang betul, seperti dalam suatu situasi dimana dia menunjukkan rasa tidak puas hatinya dengan layanan buruk seorang ahli perbankan berlaku terhadap anaknya dalam kes "The Adventure of the Beryl Coronet".

Holmes boleh dilihat pada masa itu sebagai perintis sains forensik moden:

Selain daripada bayaran, Holmes juga mendapat "cenderamata" daripada kes-kes yang dikendalikannya:

  • Sovereign (sebentuk koin yang pernah digunakan sebagai mata wang di England pada masa lampau) emas daripada Irene Adler pada rantai jamnya ("A Scandal in Bohemia")
  • Kotak pemadam emas lama dengan kecubung daripada Raja Bohemia. ("A Case of Identity")
  • Sebuah cincin daripada keluarga pemerintah Belanda ("A Case of Identity")
  • Kertas yang diprenyakkan; satu kunci; suatu peg kayu dengan tali dan tiga koin lama ("The Adventure of the Musgrave Ritual")
  • Pin tali leher zamrud dari Ratu England. ("The Adventure of the Bruce-Partington Plans")

Holmes, Watson dan senjata api: Walaupun ada kalanya Holmes dan Watson membawa pistol bersama mereka, hanya terdapat tiga kali mereka digunakan:

  • Kedua-duanya menembak penghuni pulau Andaman dalam The Sign of Four.
  • Kedua-duanya menembak anjing mastif dalam The Hound of the Baskervilles
  • Watson menenbak anjing mastif dalam "The Adventure of the Copper Beeches".

Selain senapang, Holmes juga menggunakan cambuk kuda sebagai senjata:

Holmes dan wanita[sunting | sunting sumber]

Irene Adler sering dirujuk oleh Holmes dan peminatnya sebagai "Wanita Itu", mengikut Watson. Holmes sendirinya tidak pernah menggunakan istilah ini — walau bagaimanapun dia pernah menggunakan nama wanita itu sendiri beberapa kalinya dalam kes-kes lain. Dia muncul hanya sekali iaitu dalam "A Scandal in Bohemia", tetapi dia difikirkan satu-satunya wanita yang memecahkan rasa simpanan Holmes. Dalam satu cerita, "The Adventure of Charles Augustus Milverton", Holmes dipertunangkan untuk berkahwin, tetapi hanya dengan bermotivasikan mendapat maklumat mengenai kesnya.

Dia secara jelas mendemonstrasikan minat dalam wanita-wanita pelanggannya yang lebih menarik (seperti Violet Hunter dari "The Adventure of the Copper Beeches", dimana Watson beranggapan mungkin menjadi lebih daripada sekadar pelanggan perkhidmatan penyiasatan Holmes). Tetapi, konteks menunjukkan bahawa Holmes mendapati kemudaan, kecantikan dan tenaga (serta kes yang dibawa mereka kepadanya) menyegarkan, berbanding tarikan romantik, kerana Holmes tidak mengelak daripada "memperlihatkan ketiadaan lagi minat dalamnya selepas dia telah berhenti daripada menjadi sebuah pusat masalah untuk penyelesaian."

Sekalipun dia memperlihatkan daya tarikan kepada wanita-wanita berkenaan dalam episod-episod yang dipercakapkan diatas, tiada indikasi jalinan perhubungan serius atau lama selain daripada kes Adler. Watson menyatakan bahawa Holmes "punyai keengganan terhadap wanita" tetapi "satu cara yang khusus mengampu dengan [mereka]." Holmes pula menyatakan "Saya bukanlah seorang peminat seratus-peratus wanita." Rasa tidak sukanya berkemungkinan berpunca daripada sifat wanita "motif mereka... yang sungguh tidak dapat dikaji dengan tepat... Bagaimana anda boleh membina atas pasif jerlus sebegini? Aksi mereka yang paling remeh mungkin merupakan paling penting... laku mereka yang paling luar biasa mungkin berdasarkan pengikat rambut." Rintangan sedemikan kepada proses deduktif mungkin telah menaikkan kemarahannya. Sebaliknya pula, ia mungkin dinotakan bahawa tuan tanah, Mrs. Hudson, tidak pernah digambarkan.

Watson, pada sebaliknya, mendapat reputasi sebagai lelaki wanita: dia bercakap dengan nada yang baik mengenai mereka — memang, dalam kesemua cerita-cerita panjang dia bercakap dengan lama mengenai kecantikan sekurang-kurangnya satu watak wanita — dan juga telah berkahwin dengan seorang daripada mereka, Mary Morstan dari The Sign of Four.

Tabiat[sunting | sunting sumber]

Walau bagaimanapun, Holmes bukanlah seorang lelaki budiman keras era Victoria; tetapi dia menggambarkan dirinya dan tabiatnya sebagai "bersifat Bohemia". Dia mungkin berpenyakit kekacauan dwikutub, kerana sifatnya beralih daripada hari-hari atau mingguan tampa aktiviti ke tempoh serupa pembikinan aktiviti intensif dengan suatu kes yang mencabar atau dengan hobinya, kimia bereksperimen: "ketepatan dan kepintaran keterlaluan... [atau satu] suasana puitis dan bertafakur", "tiba-tiba radang bagi tenaga berahi... diikuti oleh reaksi keletihan." Pembaca moden cerita-cerita Holmes mungkin terperanjat mengetahui bahawa Holmes merupakkan pengguna kokain dan morpin (sementara ketika ada kes, selalu ketika tiada kes) walaupun Watson menggambarkan ini sebagai "satu-satunya tabiat buruk" Holmes. Tetapi, sebagaimana direkodkan dalam salah suatu cerita-cerita terakhir, Watson secara beransur dapat memujuk Holmes untuk berhenti daripada terus menggunakan dadah sebegini:

"Telah bertahun ku menariknya daripada kegilaan dadahnya yang pada suatu ketika cuba menamatkan kerjayanya yang hebat. Kini ku mengetahui bahawa dalam situasi yang biasa dia tidak lagi asyik dengan stimulus ini, tetapi saya juga menyedari bahawa sifat ini tidaklah terhampus lagi, malah sedang menidur."

Mengikut kebiasaan masa itu, Watson tidak menanggap sebagai satu sifat jahat tabiat Holmes merokok (biasanya paip), dan juga sifat mengolah cerita dan melanggar undang-undang (sebagai contoh menipu polis, menyembunyikan bukti, memecah masuk ke dalam rumah dan mencuri) apabila ia perlu untuk tujuannya. Dalam England pada waktu Victoria, kelakukan sebegini tidak dikira sebagai kesalahan jika dilakukan oleh seorang lelaki budiman untuk tujuan kebaikan, seperti menjaga maruah seorang wanita atau reputasi sebuah keluarga (argumentasi sebegini diperbincangkan antara Holmes dan Watson dalam "Charles Augustus Milverton"). Oleh kerana kebanyakan cerita berputar atas kelakuan sebegini, seorang pembaca moden haruslah menerima apa yang tidak dilakukan oleh seorang penyiasat yang 'menurut undang-undang' masa kini. (Akan tetapi kelakukan sebegini masih menjadi sebahagian daripada cerita-cerita penyiasatan, dengan dilakukan dengan tujuan baik.)

Logik pemikiran Holmesian (atau Sherlockian)[sunting | sunting sumber]

"Barangan kepunyaan Holmes" di Muzium Sherlock Holmes di bandar London.

"Daripada setitik air", Holmes menulis dalam suatu esei yang diterangkan dalam A Study in Scarlet, "seorang logis boleh membuat inferens kemungkinan suatu Atlantik atau suatu Niagara tampa melihat atau mendengar satu atau yang lainnya." Cerita Holmes sering bermula dengan tonjolan bravura bakat Holmes untuk "taakulan deduktif". Ia menarik perhatian pemikir logik dan mereka yang berminat dengannya untuk cuba membuat analisa mengenai kelakukan Holmes semasa beliau membuat deduksi. Pemikiran Holmesian (istilah British, Rakyat Amerika juga menggunakan istilah "Sherlockian") dilihat sebagai merangkumi pembuatan inferans berdasarkan prinsip praktikal yang jelas yang merupakan hasil kajian mendalam (sebagai contoh kajian Holmes mengenai jenis-jenis habuk rokok berlainan) atau inferans pada keterangan yang paling baik pertamanya. Pada tahun 2002 Holmes dianugerahkan dengan status orang kehormat Royal Society of Chemistry iaitu satu-satunya watak fiksional untuk mendapat status berkenaan kerana sumbangannya kepada penyiasatan forensik.

Prinsip-prinsip[sunting | sunting sumber]

Prinsip Holmes yang digunakan olehnya bersifat nyata dan terang, dan secara amnya berbentuk "Jika 'p', maka 'q'," dimana 'p' adalah bukti yang diperhatikan manakalah 'q' adalah apa yang bukti menyatakan. Tetapi terdapat juga, sebagaimana seorang boleh perhati dalam contoh berikutnya ini, keseringan prinsip yang serderhana susahnya. Dalam "A Scandal in Bohemia" Holmes membuat deduksi bahawa Watson telah makin basah kebelakangan ini dan menyatakan bahawa dia punyai "seorang gaji gadis muda yang sungguh kekok dan cuai." Apabila Watson menyatakan rasa terkejut beliau dan menanya Holmes bagaimana dia mengetahui ini, Holmes menjawab:

"Ia mudah dengan sendirinya... Mata saya memberitahu saya bahawa dalam bahagian dalam kasut kiri anda yang diterangi api tempat pendiangan, kulit dijaringkan oleh enam luka yang hampir selari. Sudah tentunya ia dilakukan seorang yang telah secara cuainya mengkikis pusingan pinggiran tapak kasut untuk membuang lumpur yang telah keras daripadanya. Maka, anda lihat, deduksi dua ganda saya yang anda telah keluar dalam keadaan cuaca yang buruk dan anda mempunyai pembantu rumah wanita hasad iaitu memang merupakan keperibadian kebanyakan pembantu rumah London."

Dalam kes ini, kita boleh berkata bahawa Holmes telah mengunapakai beberapa prinsip-prinsip saling berkait seperti ini:

  • Jika kuli di bahagian tepi kasut dikikis dengan beberapa luka sehaluan, ia telah dilakukan seorang yang mengikisnya untuk membuang lumpur yang telah keras.
  • Jika kasut seorang doktor abad ke-19 telah dikikis untuk membuang lumpur, maka orang yang telah melakukannya merupakan gadis pembantu rumah beliau.
  • Jika seorang memotong kasut semasa mengikis ia untuk membuang lumpur, maka orang itu amatlah kekok dan cuai.
  • Jika sepasang kasut seseorang itu mempunyai lumpur yang telah mengeras pada tapaknya, maka orang demikian telah keluar dalam cuaca buruk.

Dengan mengaplikasikan prinsip-prinsip sebegini dalam suatu cara yang nyata (iaitu menggunakan aplikasi modus ponens secara berulang-kali), Holmes boleh membuat inferans daripada

'p': Bahagian-bahagian tepi kasut Watson terkikis dengan beberapa luka sehaluan.

pada

'q1': Gadis gaji Watson kekok dan cuai.

dan

'q2': Watson amat basah kebelakangan ini dan ini disebabkan beliau keluar dalam keadaan cuaca buruk.

Tetapi mungkin Holmes tidak memberi penerangan yang wajar, — apapun, Holmes mungkin sedar akan laku gadis pembantu rumah Watson. Watson juga merupakan doktor, masakan dia tidak perlu untuk keluar dalam keadaan cuaca buruk.

Dalam situasi deduksi lain Holmes, ia lebih susah untuk mendasarkan inferans yang dibuat olehnya sebagai deduksi yang mengunapakai prinsip-prinsip am, dan para ahli logik dan saintis akan secara langsung mengenali cara yang digunakan sebagai "taakulan induktif" iaitu suatu secara khususnya merupakan "argumentasi penerangan terbaik" atau, dalam istilah Charles S. Peirce, "penculikan". Akan tetapi, rujukan cara sebegini sebagai deduksi oleh Holmes adalah berkemungkinan. Dalam beberapa cerita, Holmes telah dikatakan tidak mengetahui apa-apa mengenai falsafah, walaupun beliau telah memetik Thomas Caryle.

Situasi-situasi dimana Holmes menggunakan deduksi lazimnya adalah yang dia telah mengumpulkan amaun bukti yang besar, mengeluarkan beberapa penerangan mengenai bukti-bukti yang ditemui, dan kemudian mengarap penerangan yang paling nyata megenai kesemua bukti yang telah terkumpul. Sebagai contoh dalam The Sign of Four, seorang lelaki ditemui mati dalam biliknya, dengan senyuman mengerikan atas mukanya, dan penyebab pembunuhan yang tidak terus pasti pada masa dia ditemui. Daripada maklumat latar belakang yang diperolehnya bersama dengan bukti yang dikumpulkan di dan di sekitar tempat kejadian jenayah, Holmes dapat membuat inferans yang pembunuh bukanlah seorang yang telah ditahan oleh Scotland Yard mengenai kejadian itu (dengan setiap daripadanya punyai penerangan alternatif tersendiri), tetapi seorang yang lain. Sebagaimana Holmes sendiri berucap dalam cerita berkenaan, "Berapa kali saya memberitahu anda bahawa apabila yang tidak mungkin diketepikan, apa yang tinggal, bagaimana mustahil, mestilah kebenarannya?" Kata ini telah memasuki budaya popular Barat sebagai catchphase. Ia juga muncul dalam cerita-cerita Dirk Gently karya Douglas Adams dimana penyiasat menggunakan kata bertentangan, "disebabkan kita mengetahui sangat banyak mengenai apa yang mustahil, tetapi sangat sedikit mengenai yang mungkin".

Dalam contoh yang kedua, pada hakikatnya, penyelesaikan jenayah itu oleh Holmes berdasarkan kedua-dua aplikasi prinsip-prinsip am dan argumentasi pada penerangan yang paling mungkin.

Maka kejayaan Holmes dalam jenis deduksinya adalah berdasarkan penguasaannya terhadap kedua-dua bidang pengetahuan khusus seperti tapak kaki, habuk rokok, jenis racun, dimana dia gunakan untuk membuat kesimpulan inferans mudah, dan kebolehan mengarah dan membebani penerangan-penarangan yang saling bercanggah badan bukti. Holmes juga bagus dalam mengumpulkan bukti melalui pemerhatian, disamping mengenaipasti dan mengikut pergerakan pelaku jenayah di bandar London dan persekitarannya (untuk membuahkan bukti yang lebih banyak) iaitu kepakaran yang tidak berkait dengan deduksi secara sendirinya, tetapi berkait semua dengan premis untuk deduksi Holmesian khusus. Tiga contoh deduksi Holmes mengenai cara hidup Owner adalah: jam poket lama Doktor Watson dalam The Sign of Four, kayu jalanan Doktor Mortimer dalam The Hound of the Baskervilles, dan topi Henry Baker dalam "The Adventure of the Blue Carbuncle".

Dalam cerita-cerita oleh Conan Doyle, Holmes sering komen bahawa kesimpulan logiknya adalah bersifat "elementary", dimana dia menanggap mereka sebagai mudah dan nyata. Dia juga merujuk kepada kawannya sebagai "my dear Watson". Tetapi, istilah terkenal, "Elementary, my dear Watson", tidak pernah muncul dalam mana-mana 60 karya Holmes yang ditulis Conan Doyle. Ia muncul pada penghujung filem 1929, The Return of Sherlock Holmes, iaitu filem bunyi Sherlock Holmes pertama, dan mungkin berpunca daripada penggunaannya oleh skrip yang ditulis Edith Meiser dalam siri radio The New Adventures of Sherlock Holmes.

Ia juga harus dinotakan bahawa stereotaip moden kita mengenai prosidur polis - seorang yang mencari bukti fizikal berbanding seorang yang mengaji keupayaan dan motif - berasal daripada Holmes.

Para pembaa cerita-cerita Sherlock Holmes sering terkejut dengan penemuan bahawa pengarangnya, Conal Doyle, merupakan seorang yang percaya kuat pada femomena paranormal, dan watak logikal dan skeptikal Holmes adalah bercanggah dengan perwatakannya sendiri dalam pelbagai cara.

Perkataan "Sherlock" telah memasuki bahasa Inggeris untuk makna penyiasat atau penyibuk. Ia juga sering digunakan sebagai slanga untuk menotakan kenyataan yang terang, seperti dalam fasa sarkastik "No kidding, Sherlock."

Ia adalah penting untuk menotakan juga yang, dalam deduksi Holmesian, ia penting untuk cuba menghampuskan kesemua kemungkinan lain, sebanyak mana yang mungkin. Ini memerlukan sedikit latihan sebelum boleh dicapai. Watson telah cuba sekali dalam pembikinan deduksi Holmesian, dan juga memperi penjelasannya tersendiri, akan tetapi gagal mengenalpasti kemungkinan sama yang lain, dan seterusnya salah dalam semua kali perlakukan.

Sherlock Holmes: Manusia atau Mesin?[sunting | sunting sumber]

Patung Sherlock Holmes di Meiringen, Switzerland.

"Amat ramai yang menggelarkannya sebagai mesin berbanding manusia." Watson mengatakan Holmes adalah "mesin kira kering", "kurang dalam simpati manusia sebagai beliau adalah unggul dalam perisikan", dan menyatakan yang "semua emosi... adalah terkutuk bagi mindanya yang sejuk, tepat, tetapi seimbang pula."

Dalam era Charles Babbage, Holmes mungkin telah ditulis sebagai komputer manusia. Dia melayani kesemua yang dijumpainya sebagai data, informasi untuk diintepretasi, dan tidak mengambil langkah tampa semua fakta. Seperti mesin, beliau tidak punyai kehidupan sosial dan juga seolah tidak makan mahupun tidur (kendatipun semasa beliau sakit).

Tetapi, ada komplikasi untuk teori ini. Walaupun satu komputer berkemungkinan mendapat idea untuk bertunang dengan seorang wanita untuk mendapat maklumat daripadanya, ia tidak boleh mengetahui cara melakukan ini (iaitu, memujuk wanita itu). Seorang komputer tidak akan menyamar atau berlakon sebagaimana Holmes lakukan. Dalam fakta, jika prinsip deduksi Holmes diatas dikira, ia merupakan logik yang terpencong. Sifat dwikutubnya, kebolehannya sebagai pemain dan penulis muzik, dan kesukaannya untuk menunjuk-nujuk sekali-sekala juga bertentangan dengan premis ini. Manakala "sifatnya yang berbangga dan sejuk sentiasa bertentangan... [pada] tepukan awam" dan "berpaling dengan rasa benci dari nama buruk popular" tetapi "untuk seketika beliau berhenti untuk menjadi sebuah mesin taakulan, dan dikhianati kasih sayang manusia untuk kekagumannya dan tepukan... daripada seorang kawan."

Sementara pengetahuan Holmes mengenai sains dan logik adalah perlu kepada sifat penyiasatan, ia seringkali pengetahuannya mengenai sifat manusia yang membawanya kepada penyelesaian. Sebagai contoh, satu komputer boleh membuat taakulan bagaimana suatu jenayah dilakukan, tetapi bukan mengapa. Untuk memahami motif, seseorang mesti memahami kemanusiaan.

Kira juga penglihatan Profesor John Sutherland dalam pengadilan moral Holmes (yang mungkin) dalam pengakhiran cerita "The Speckled Band".

Novel-novel[sunting | sunting sumber]

  • A Study in Scarlet (disirikan pada tahun 1887)
  • The Sign of Four (diterbitkan pada tahun 1890)
  • The Hound of the Baskervilles (disirikan 1901–1902 dalam The Strand; illustrasi asal oleh Sidney Paget
  • The Valley of Fear (disirikan 1914–1915) (melibatkan secara sekejapnya Profesor Moriarty)

Cerita pendek[sunting | sunting sumber]

Untuk keterangan lanjut lihat Senarai cerita pendek Sherlock Holmes oleh Conan Doyle.

Cerita-cerita pendek pada mulanya diterbitkan dalam bentuk periodikal; mereka kemudiannya dihimpunkan dalam lima antologi:

Senarai-senarai cerita kegemaran[sunting | sunting sumber]

Terdapat dua senarai terkenal cerita kegemaran: yang disenarai Conan Coyle sendiri, pada 1927, dan yang diterbitkan Baker Street Irregulars pada tahun 1959.

Senarai Conan Doyle:

  1. "The Adventure of the Speckled Band"
  2. "The Red-Headed League"
  3. "The Adventure of the Dancing Men"
  4. "The Adventure of the Final Problem"
  5. "A Scandal in Bohemia"
  6. "The Adventure of the Empty House"
  7. "The Five Orange Pips"
  8. "The Adventure of the Second Stain"
  9. "The Adventure of the Devil's Foot"
  10. "The Adventure of the Priory School"
  11. "The Adventure of the Musgrave Ritual"
  12. "The Adventure of the Reigate Squire"

Senarai Baker Street Journal/Baker Street Irregulars:

  1. "The Adventure of the Speckled Band"
  2. "The Red-Headed League"
  3. "The Adventure of the Blue Carbuncle"
  4. "The Adventure of Silver Blaze"
  5. "A Scandal in Bohemia"
  6. "The Adventure of the Musgrave Ritual"
  7. "The Adventure of the Bruce-Partington Plans"
  8. "The Adventure of the Six Napoleons"
  9. "The Adventure of the Dancing Men"
  10. "The Adventure of the Empty House"

"Hiatus"[sunting | sunting sumber]

Para peminat Holmes merujuk kepada tempoh diantara 1891 ke 1894 — iaitu masa Holmes "meninggal" dalam "The Adventure of the Final Problem" dan kemunculannya semula dalam "The Adventure of the Empty House" — sebagai "Hiatus Besar". Ia dinotakan bahawa dalam satu cerita kemudian, "The Adventure of Wisteria Lodge", diterangkan sebagai berlaku pada tahun 1892.

Conan Doyle menulis cerita-cerita mengenainya sepanjang satu dekad. Oleh kerana mahu menfokus pada novel-novel sejarahnya, dia membunuh watak Holmes dalam "The Final Problem", yang muncul dalam percetakan pada 1893. Selepas menentang gesaan umum selama lapan tahun, pengarang menulis The Hound of the Baskervilles, yang muncul pada tahun 1901, dan meletakkannya pada tempoh sebelum "kematian" Holmes. Orang awam, sekalipun gembira dengan cerita itu, tidak berpuas hati dengan keadaan ini, maka Conan Doyle menghidupkan semula Holmes dua tahun kemudian. Ramai telah membuat spekulasi mengenai motifnya membawa kembali Holmes daripada perkuburannya, terutama penulis-pengarah Nicholas Meyer, yang menulis esei mengenai perkara ini pada dekad 1970-an, tetapi sebab sebenar tidak diketahui, selain daripada yang nyata: para penerbit menawar untuk membayar wang yang banyak. Untuk apa-apa sebab, Conan Doyle terus menulis cerita Holmes untuk 25 tahun seterusnya.

Sesetengah penulis telah keluar dengan penerangan alternatif sebab hiatus. Dalam novel Meyer, The Seven-Per-Cent Solution, hiatus dikatakan sebagai perehatan rahsia Holmes beberapa tahun selepas rawatan serintian dadahnya dengan Sigmund Freud, sementara dia secara jenaka mencadangkan bahawa Watson haru menulis akaun palsu tentang kematiannya: "Mereka takkan percaya anda walau apa sekalipun."

John Kendrick Bangs, pencipta fantasi Bangs, menulis buku pada 1897 bertajuk Pursuit of the House-Boat (penyambungan pada karyanya A House-Boat on the Styx, dimana roh-roh orang terkenal yang telah meninggal menubuhkan satu kelab di Hades). Dalamnya, house-boat yang dimaksudkan (yang telah dicuri oleh watak Captain Kidd) dikesan oleh ahli-ahli kelab dengan bantuan tidak lain dan tidak bukan Sherlock Holmes; yang sememangnya telah mati.

Dalam tulisan memorinya, Conan Doyle memetik seorang pembaca yang mengadili bahawa cerita-cerita kemudian lebih teruk daripada cerita-cerita awal sehinggakan berkata apabila Holmes terhumbang di Reichenbach Falls, dia mungkin tidak terbunuh, tetapi bukan orang yang sama selepasnya.

Perbezaan antara Holmes pra- dan pos-Hiatus telah mewujudkan spekulasi antara mereka yang bermain 'Permainan' (membuat seseorang percaya Sherlock Holmes adalah orang bersejarah). Antara teori yang lebih mungkin dan menarik: Holmes yang kemudian adalah penyamar (mungkin juga Profesor Moriarty), cerita-cerita kemudian adalah fiksyen yang dicipta untuk memenuhi poket penulis lain (ini sering digunakan untuk cerita yang kononnya ditulis Holmes sendiri), dan Holmes dan Profesor Moriarty sebenarnya adalah variasi The Strange Case of Dr. Jekyll and Mr. Hyde oleh Robert Louis Stevenson. Antara teori khayalan yang diminati ramai pula adalah cerita The Case of the Detective's Smile oleh Mark Bourne, yang terbit dalam antologi Sherlock Holmes in Orbit, teori ini mendakwa bahawa antara tempat yang dilawati Holmes adalah Alice's Wonderland dan di situ beliau berjaya menyelesaikan kes kuih tart yang tercuri, dan seterusnya pengalamannya di situ memaksanya berhenti menagih kokain.

Penyesuaian-penyesuaian[sunting | sunting sumber]

Penyesuaian berkanun[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Sherlock Holmes dalam media massa

Oleh sebab Sherlock Holmes merupakan watak yang sangat popular, terdapat banyak lakonan pentas dan adaptasi pawagam karya-karya Conan Doyle sebagaimana Hamlet atau Dracula sering disemak dan diadaptasikan semula.

Karya-karya berkaitan dan derivatif (tidak berkanun)[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Karya tidak berkanun berkait Sherlock Holmes

Sebagai tambahan kepada kerja berkanun cerita-cerita Sherlock Holmes, karya Lost Special (1908) oleh Conan Doyle memperlihat seorang watak 'penaakul amateur' yang secara jelas mahu dikenalpasti sebagai Holmes oleh para pembacanya. Penjelasannya mengenai kehilangan yang berlaku secara tiba-tiba dihujah dalam gaya keperibadian Holmes yang klasik, tetapi rupa-rupanya salah pula — nyata Conan Doyle sendiri pun pandai berseloroh mengenai watak ciptaanya. Satu cerita pendek yang dikarang Conan Doyle yang mengunapakai idea yang sama adalah ""The Man with the Watches". Satu lagi contoh lawak Conan Doyle adalah "How Watson Learned the Trick" (1924), satu parodi tempat dimana Watson dan Holmes bersarapan pagi. Satu lagi parodi oleh Conan Doyle adalah "The Field Bazaar". Dia juga menulis sumber lain, terutama skrip pentas yang mempersembahkan Holmes.

Kebolehan-kebolehan Sherlock Holmes sebagai lawan bagus dan pemikir logik menjadi pemangkin kepada penulis buku lain yang membantu menaikkan namanya, atau butiran eksploitasinya, untuk plot mereka. Ini merangkumi Holmes sebagai penagih kokain, dimana fantasi dadahnya menyebabkan dia menyalahkan satu Profesor Moriarty yang baik kepada penjenayah besar (The Seven-Per-Cent Solution), kepada plot-plot sains fiksyen yang melibatkannya dihidupkan semula selepas mati untuk membanteras jenayah pada masa depan (Sherlock Holmes in the 22nd Century). Pembikin filem Gene Wilder menulis, mengarah dan berlakon dalam The Adventure of Sherlock Holmes' Smarter Brother selepas dicabar membikin komedi fasal beliau. Sherlock Holmes juga mempunyai satu moyang, Merlock Holmes, dalam animasi "Flint the Time Detective!"

Satu seting yang kebanyakan untuk skrip tidak berkanun memperlihat Holmes dan Watson melawan para Nazi. Paling dinotakan adalah filem yang dibuat pada masa Perang Dunia Kedua dilakoni Basil Rathbone, tetapi lebih kini The Curse of the Nibelung: A Sherlock Holmes Mystery. Skrip begini adalah sebagai tabik kepada semangat patrotisme Conan Doyle, sememangnya cerita berkanunnya " "His Last Bow" menjelaskan Holmes dan perhubungannya dengan MI5 pada malam sebelum Perang Dunia Pertama.

Spekulasi Holmesian[sunting | sunting sumber]

Sesuatu kegemaran lakuan masa lapang diantara peminat-peminat Sherlock Holmes adalah untuk membuat andaian bahawa Holmes dan Watson adalah manusia yang benar-benar wujud, dan Arthur Conan Doyle hanyalah "ejen kesasteraan" mereka berdua. Mereka (iaitu peminat) juga cuba untuk "menjumpai" fakta-fakta baru megenai Holmes dan Watson, iaitu dari klu-klu dalam cerita atau dengan menggabungkan cerita-cerita dengan fakta bersejarah. Cendakiawan kanun awal termasuk Ronald Knox dan Christopher Morley, pengasas The Baker Street Irregulars.

Pemain berpengaruh pertengahan abad ke-20 Holmes bersejarah merupakan William S. Baring-Gould, dan karyanya berkait perkara ini merangkumi The Chronological Holmes (1955), sebagai satu percubaan untuk menyenaraikan semua perkara yang berlaku dalam cerita-cerita Holmes dalam satu garisan masa; Sherlock Holmes of Baker Street (1962), iaitu satu "biografi" berpengaruh Holmes; dan Nero Wolfe of West Thirty-fifth Street (1969), yang pula merupakan "biografi" keperibadian penyiasat Rex Stout, Nero Wolfe, yang mempopularkan teori yang Wolfe "sebenarnya" adalah anak kepada Sherlock Holmes dan Irene Adler, dengan Wolfe mempunyai perwatakan serupa dengan abang Holmes, iaitu Mycroft.

Baring-Gould juga menyunting The Annotated Sherlock Holmes {1967), yang menggabungkan kanun lengkap dan seratus ribu penerangan dan illustrasi yang bersumberkan kesasteraan Holmes ke dalam dua volum. Dorothy Sayers, pencipta detektif Lord Peter Wimsey, juga menulis beberapa esei yang menarik mengenai spekulasi Holmesian, kemudiannya diterbitkan dalam Unpopular Opinions, termasuk perbincangan menarik nama tengah Watson.

Pada tahun 2004 dan 2005 karya baru The New Annotated Sherlock Holmes, yang disunting oleh Leslie S Klinger diterbitkan untuk merayai hari jadi Holmes yang ke-150. Tarikh yang sering diberi sebagai hari jadi Holmes adalah Januari 6[1], (1854) dan ini "mencerminkan spektrum pandangan-pandangan mengenai kontroversi-kontroversi Sherlockian" berbanding "teori peribadi Baring-Gould".

Terdapat juga idea bahawa ramai watak dalam cerita-cerita Holmes didasarkan secara berat pada orang yang wujud, terutama Friedrich Nietzsche (yang mungkin menjadi model pada Holmes sendiri dan Profesor Moriarty), dan bahawa Conan Doyle meminjam daripada penulis lain, sebagai mana selalu dilakukan antara para penulis.

Keluarga Holmes[sunting | sunting sumber]

Satu cabang yang menarik secara khususnya untuk "diselidiki" adalah "penerokaan" fakta-fakta berkenaan sejarah keluarga Holmes pada waktu beliau masih muda, dimana hampir tiada disebutkan dalam cerita-cerita oleh Conan Doyle. Dalam "The Adventure of the Greek Interpreter", Watson menyatakan: "Saya tidak pernah mendegarnya merujuk kepada pertalian darahnya, dan amat jarang sekali kepada kehidupan awalnya." Tetapi dalam cerita itu, selain daripada memperkenalkan abangnya, Holmes bercakap satu-satunya fakta mengenai keluarganya yang disebut dalam mana-mana cerita mengenainya — "Moyang saya merupakan pemedang desa... nenek saya... merupakan kakak/adik kepada Vernet, artis Perancis itu" (mungkin Horace Vernet). Selain ini, kesemua penyataan mengenai keluarga Holmes hanyalah spekulasi semata-mata. Sebagai contoh, adanya suatu kepercayaan yang emaknya bernama Violet, berdasarkan kesukaan Conan Doyle terhadap nama berkenaan dan empat Violet yang kuat dalam kanun; tetapi, sebagaimana dinotakan oleh Baring-Gould, dalam Britain yang diduduki Holmes, Violet merupakan nama yang kebanyakan.

Amat jelas daripada rujukan kepada "universiti itu" dalam "The Adventure of the Gloria Scott", "The Adventure of the Musgrave Ritual", dan juga sedikit daripada cerita "The Adventure of the Three Students", yang Holmes mendapat didikan di Universiti Oxford atau Cambridge, walaupun persoalan yang mana satu terus menjadi debat selama-lamanya (Baring-Gould percaya bahawa bukti teks memberi indikasi bahawa Holmes menghadiri kedua-duanya).

"Biografi" paling berpengaruh mengenai Holmes adalah Sherlock Holmes of Baker Street oleh Baring-Gould. Bersemuka dengan keengganan Holmes mengenai latar belakang keluarga dan kehidupan awalnya, Baring-Gould menciptakan satu untuknya. Mengikutnya, Sherlock Holmes lahir di Yorkshire sebagai anak bongsu kepada tiga anak Siger Holmes dan Violet Sherrinford. Abangnya Mycroft yang merupakan anak kedua, muncul dalam kanun, tetapi yang tertua, Sherrinford Holmes, telah dicipta oleh Baring-Gould untuk membebaskan Mycroft dan Sherlock daripada kemestian mengikuti Siger sebagai tuan tanah desa. (Dalam realiti, "Sherrinford Holmes" merupakan nama yang ditimbangtarakan oleh Conan Doyle sebelum dia menetapkan nama Sherlock.) Nama Siger Holmes diambil oleh cerita "The Adventure of the Empty House", dimana dalamnya Sherlock mengambil masa menyamar sebagai pendaki gunung berbangsa Norway yang dipanggil Sigerson. (Ini bukanlah suatu klu yang baik mengenai ayah Sherlock Holmes, tetapi dengan ketiadaan klu yang tulen ia merupakan yang terbaik Baring-Gould boleh berbuat.)

Sherrinford punyai peranan yang signifikan dalam novel oleh pengarang bukan Doyle mengenai Holmes, novel Doctor Who All-Consuming Fire oleh Andy Lane, yang juga terdapat kameo oleh Siger.

Sedikit versi lain mengenai keibubapaan Holmes:

  • Karya The Seven Percent Solution oleh Nicholas Meyer memberitahu bahawa ibunya telah berlaku curang kepada ayahnya, dan seterusnya ayahnya itu membunuh kedua-dua isterinya itu dan dirinya sendiri. Ia juga mengandungi bahawa guru matematiknya, Profesor Moriarty, yang membawa perkhabaran itu kepada Sherlock yang masih kanak-kanak. Ini bukan sahaja menerangkan pemilihan kerjayanya, tetapi juga (dalam sifat Freudian) kebenciannya terhadap Profesor Moriarty.
  • Watson's Last Case karya Ian Charnocks menamakan bapanya sebagai Sherlock Holmes, Sr.
  • Sherlock Holmes's Last Case oleh Robert D'Artagnan menamakan bapanya sebagai Mark Moriarty dan memberi nama sebenar Holmes sebagai Joseph Moriarty, dengan menerangkan bahawa dia telah diangkat oleh Gregory C. Holmes dan ibunya Lydia Mycroft Holmes. Ini akan menjadikannya sebagai adik Profesor James Moriarty.
  • I, Sherlock Holmes oleh Micheal Harrison menamakan bapanya sebagai Captain Siger Holmes dari Syarikat Hindia Timur Inggeris.
  • Dead Man's Confession menamakan bapanya sebagai Robert Holmes dan ibunya sebagai Carla "Violet" Holmes.
  • The Childhood of Sherlock Holmes menamakan bapanya sebagai David William Holmes dan ibunya sebagai Catherine Simone Lecomte-Vernet.
  • The Holmes-Dracula File oleh Fred Saberhagen menamakan bapa sebenarnya sebagai orang yang mengadakan hubungan sulit dengan Cik Holmes: Vampire Radu the Handsome, iaitu adik Vlad III Dracula, yang telah menggantikannya sebagai pemerintah Wallachia. Ini akan menjadikan Sherlock sebagai adik saudara Dracula (dimana dia disemukakan dengannya dalam novel The Case of the Sanguinary Count oleh Loren D. Estleman).
  • The Surrogate Assassin menamakan bapa Sherlock Holmes sebagai adik kepada Mary Ann Holmes, seorang tokoh bersejarah yang lebih dikenali sebagai ibu kepada John Wilkes Booth. Ini akan menjadikan Sherlock sebagai saudara pertama Booth.
  • "The Sixth Napoleon" oleh Thaddeus Holt mengenalpasti Holmes sebagai berketurunan serupa dengan Napoleon I, bapanya adalah anak kepada perkahwinan tersembunyi anak Napoleon, Duke Reichstadt, dengan ditukar apabila beliau masih bayi untuk satu anak yang membesar menjadi Archduke Maximilian, Maharaja Mexico.

Keluarga Holmes dan keluarga Wold Newton[sunting | sunting sumber]

Dengan didasarkan penulisan Philip José Farmer, konsep keluarga Wold Newton adalah pembikinan pokok genealogi besar yang menghubungkait ramai watak fiksional antara satu sama lain dan kepada beberapa tokoh bersejarah. Tambahan kepada pokok ini adalah berdasarkan tulisan pencipta-pencipta asal, penulis pastis, an "cendakiawan-cendakiawan Wold Newton". Sherlock Holmes telah menjadi satu watak yang penting dalam pokok ini. Keluarga Holmes dan pelbagai generasinya telah menjadi hal perbincangan banyak rencana-rencana Wold Newton. Sherlock sendirinya telah dilahirkan sebagai William Sherlock Scott Holmes pada Januari 6, 1854 kepada Siger Holmes dan isterinya Violet Rutherford. Dia merupakan satu daripada lapan adik-beradik, termasuk Mycroft, yang orang seketurunannya termasuk beberapa watak lain. Penyiasat ini diberi sebagai bapa kepada sekurang-kurangnya lapan anak, termasuk Nero Wolfe. Sherlock Holmes juga telah difikirkan ramai sebagai moyang kepada Spock dari Star Trek melalui emaknya, Amanda Grayson. Holmes dikatakan mempunyai satu cucu cicit perumpuan bernama Shirley Holmes dalam cerita televisyen yang punyai nama yang sama. Tetapi tentunya, Doyle sendiri tidak pernah memanggil watak ciptaannya apa-apa yang lain daripada "Sherlock Holmes", maka yang lainnya hanyalah andaian semata-mata.

Hak cipta Sherlock Holmes[sunting | sunting sumber]

Hak cipta karya-karya Sir Arthur Conan Doyle dan perwatakan Sherlock Holmes dipegang secara amnya oleh para cucu cicitnya, bermula dengan anak pertamanya Adrian Doyle. Selepas kematian Adrian pada tahun 1970, Dame Jean Conan Doyle (anak perumpuan Conan Doyle) dan cucu cicitnya yang lain menjual hak cipta kepada Pelaburan Baskerville, satu firma yang diterajui oleh isteri anak pertama Conan Doyle yang lalu. Bank Scotland mengambil-alih haknya selepas satu kegagalan menlangsaikan hutang oleh firma itu dan seterusnya melelongnya kepada satu konsortium yang diterajui pembikin produksi siri Holmes pada 1954, Sheldon Reynolds.

Pada tahun 1981, hak cipta telah luput di serata dunia kecuali di Amerika Syarikat, dimana ia telah ditangkap semula oleh anak perumpuan Sir Arthur iaitu Dame Jean Conan Doyle dibawah provisi Akta Hak Cipta 1976 A.S.

Selepas kematian Dame Jean, satu bekas isteri Sheldon Reynolds, Andrea Plunket, mendakwa bahawa dia merupakan pemilik sebenar hak cipta yang wujud. Dakwaannya ditolak dalam beberapa siri keputusan Mahkamah Agung A.S., dan cubaannya untuk mengecapdagangkan Sherlock Holmes ditolak oleh Pejabat Paten A.S. Mahkamah-mahkamah telah memutuskan bahawa Plunket tidak memiliki dan mewakili hak Conan Doyle di Amerika Syarikat.

Secara asalnya, Dame Jean meninggalkan hak Amerika kepada Institut Diraja Kebangsaan Orang-orang Buta, tetapi para pemegang Estet mahu mengekalkannya dalam keluarga beliau dan merundingkan satu pembelian semula; dan Estet Dame Jean Conan Doyle terus memiliki hak cipta dalam Amerika Syarikat. The Case Book adalah satu-satunya buku dengan hak cipta Amerika yang masih wujud dan akan berpindah ke domain awam pada tahun 2023.

Para pembikin produksi Star Trek: the Next Generation terpaksa membayar estet Doyle dua kali untuk penggunaan perwatakan dan seting Sherlock Holmes. Kali pertama merupakan pada masa episod musim kedua "Elementary, Dear Data", dimana penjaga kapal dalam fantasi holodeck menjumpai diri mereka bersemuka dengan Moriarty yang dapat merasa. Moriarty muncul lagi dalam episod musim keenam "Ship in a Bottle".

Peranan dalam sejarah cerita penyiasat[sunting | sunting sumber]

Satu tanggapan ramai yang salah adalah bahawa cerita-cerita Sherlock Holmes secara sendirinyalah yang telah menghasilkan genre cerita penyiasatan fiksyen. Pada faktanya, watak Holmes dan modus operandinya didasarkan dua duluan, Auguste Dupin dan Monsieur Lecoq dan teknik mereka untuk penyelesaian jenayah. Dengan kedua-duanya diciptakan Edgar Allan Poe dan Émile Gaboriau, kedua-duanya merupakan penyiasat dimana Holmes sendiri pun merujuk. Ramai penyiasat pakar fiksional telah meniru teknik logikal Holmes dan mengikuti jejak langkahnya, dalam pelbagai cara. Sesetengahnya yang lebih popular yang meneruskan tinggalan Holmes termasuk Hercule Poirot oleh Agatha Christie, Ellery Queen, Philip Marlowe, Sam Spade, Perry Mason, Columbo, Dick Tracy, siri buku kanak-kanak Encyclopedia Brown,siri cerita penyiasatan kanak-kanak Detective Conan, movie ke-6 Detective Conan, The Phantom Of Baker Street dan juga hero buku komik Batman. Variasi moden kini mungkin merupakan siri TV NBC Law and Order: Criminal Intent dan siri TV Monk oleh USA Network, yang juga meniru cara "analisa senyap" Holmesian, dimana tiada orang yang bersuara semasa watak sedang membuat kerja siasatannya. Monk juga punyai satu abang, dimana, seperti abang Holmes, Mycroft, lebih berkebolehan tetapi kurang berminat dalam jenayah. Satu lagi analog adalah siri Fox X-Files, dengan Agen Khas Fox Mulder (dimain David Duchovny) dalam peranan Holmes dan Agen Khas Dana Scully (dimain Gillian Anderson) memain peranan Watson (sehinggakan juga adalah seorang doktor!); penyiasatan mereka lebih outré, tetapi kita hampir boleh mendengar Mulder memetik Holmes, "...apa yang tinggal mestilah kebenarannya."

Rujukan budaya pop lain[sunting | sunting sumber]

Ramai penulis telah membuat rujukan kepada Conan Doyle, atau watak-watak daripada ceritanya dalam tabikan, secara lebih atau kurangnya. Rujukan sebegini boleh termasuk satu perkembangan plot, menaikkan tahap keinterlektualan bahagian atau berlaku sebagai telur easter untuk penonton yang peka.

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. Para penyelidik Holmes yang memetik tarikh ini berdasarkan petikan Holmes dari Twelfth Night dengan lebih banyak daripada mana-mana skrip lakonan Shakespeare.

Pelakon-pelakon yang memainkan watak Sherlock Holmes[sunting | sunting sumber]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Baring-Gould, William S. The Annotated Sherlock Holmes Clarkson N. Potter, Inc., New York, NY. ISBN 0-517-50291-7
  • Klinger, Leslie S. The New Annotated Sherlock Holmes W. W. Norton & Company, Inc., New York, NY. ISBN 0-393-05916-2

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikiquote-logo.svg
Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai: