Yakitori

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yakitori yang sedang dibakar

Yakitori (bahasa Jepun: やきとり) ialah sate khas dari Jepun yang secara amnya menggunakan daging ayam. Potongan daging, kulit, hati, jantung, dan pedal dipotong kecil berukuran sekali gigitan, ditusuk dengan tusukan hirisan buluh, lalu dibakar dengan api arang atau gas.

Satu cucuk Yakitori umumnya hanya berisi satu jenis bahagian ayam, misalnya satu cucuk Yakitori yang terdiri dari 3 hingga 5 potongan daging ayam tidak pernah dicampur dengan potongan hati atau jantung. Untuk mempelbagaikannya, ada juga Yakitoriya yang mencampur potongan besar daun bawang dan cendawan shiitake ke dalam Yakitori. Ada juga Yakitori yang berupa Burung Gereja (Passer montanus) atau burung kecil lain tanpa dipotong-potong.

Restoran yang hanya menyediakan Yakitori yang disebut Yakitoriya (Tukang Yakitori). Izakaya (bar/restoran khas Jepun) juga banyak menyediakan Yakitori.

Terdapat Yakitori yang tidak berempah dan tidak bersos melainkan hanya dimakan dengan taburan garam, tapi pada umumnya Yakitori yang sudah dibakar dicelupkan ke dalam sos (bahasa Jepun: tare) yang diperbuat daripada kicap, mirin, arak, dan gula sehingga Yakitori mempunyai rasa manis-masin.

Jenis-jenis Yakitori[sunting | sunting sumber]

  • Daging
  • Jantung
  • Hati
  • Pedal
  • Punggung
  • Usus
  • Seseri (daging sekitar leher)
  • Tebasaki (bahagian hujung kepak ayam)
  • Tsukune (daging ayam cincang yang dibulatkan)
  • Negima (gabungan susunan daging, daun bawang, daging)
  • Ikada (daun bawang sahaja yang ditusuk dengan dua buah cucukan sate)
  • Matsuba (tulang di antara bahagian dada dan leher ayam)
  • Kappa (tulang muda ayam yang terdapat di bahagian dada)

Juga mustahil bagi tukang Yakitori menyediakan daging babi atau daging lembu sebagai Yakitori.

Jenis Yakitori mengikut daerah Jepun[sunting | sunting sumber]

  • Di Hakodate dan Muroran, Wilayah Hokkaido, yang dimaksudkan dengan Yakitori adalah bukan sate daging ayam tetapi daging babi. Di Muroran, Yakitori jenis Negima bukanlah menggunakan daun bawang, melainkan bawang bombay, dan dimakan bersama mustard.
  • Di Bibai, bahagian tengah Wilayah Hokkaido, Yakitori menggunakan daging ayam tetapi tidak dicelupkan ke sos dan hanya dirempah dengan garam. Secucuk Yakitori juga boleh juga campuran daging ayam, kulit, dan tulang muda yang disebut Motsu.
  • Imabari di Wilayah Ehime, merupakan kota yang mempunyai jumlah tukang Yakitori nombor dua terbanyak di Jepun. Yakitori di Imabari tidak dibakar di atas arang atau gas, melainkan di atas kuali panas (Teppan).