Yamaha Y110SS

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Yamaha 110SS ialah salah sebuah motosikal 2-lejang keluaran Yamaha Motor Corp. Ianya sebagai penyambung kepada kejayaan dalam penjualan bagi Yamaha Sports 100. Motosikal ini mempunyai transmisi 4 kelajuan dan klac tangan bersama enjin 2-lejang 110cc. Selain itu, Yamaha Motor turut mengeluarkan model Yamaha SS Two Racing Spirit. Motosikal ini sama dengan model sebelumnya, tetapi enjinnya lebih berkuasa kerana penggunaan barang-barang perlumbaan untuk enjin.

Tidak seperti model kapcai lain, Yamaha 110SS dan Yamaha SS Two Racing Spirit mempunyai enjin yang sangat tahan lasak dan berkuasa tinggi kerana penggunaan enjin 2-lejang berkapasiti 110cc. Kelajuan maksimumnya ialah 155 km/j. Tambahan pula, dengan penggunaan klac tangan membolehkan motosikal ini memecut dengan lebih cepat berbanding kapcai lain yang banyak menggunakan klac automatik.

Tetapi, model Yamaha 110SS dan SS Two Racing Spirit ini turut mempunyai kelemahan. Antaranya ialah enjin yang lebih cepat panas berbanding motosikal lain kerana penggunaan enjin jenis 2-lejang. Selain itu, penggunaan enjin 2-lejang juga menyebabkan motosikal ini kurang penjimatan minyak dan wajib menggunakan minyak 2t.

Model Yamaha Y125Z dikeluarkan pula selepas Yamaha 110SS dan SS Two Racing Spirit sebagai penyambung kepada kedua-dua model ini. Model Yamaha 125z ini telah berjaya dijual dengan laris dipasaran. Motosikal ini lebih berkuasa dengan enjin 2-lejang berkapasiti 125cc dan transmisi 6 kelajuan. Manakala penggunaan monoshock pula menggantikan sistem dual-shock yang sekian lama digunakan pada motosikal kapcai. Sistem breknya juga turut dinaiktaraf dengan penggunaan brek cakera di depan dan belakang.