Yayasan Sarawak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari


Yayasan Sarawak
Jenis Badan berkanun
Lokasi Sarawak, Malaysia
Pengerusi YAB Tan Sri Datuk Amar Haji Adenan bin Haji Satem
Laman sesawang Yayasan Sarawak

Yayasan Sarawak merupakan sebuah badan berkanun yang ditubuhkan bagi membantu meningkatkan kualiti pendidikan anak Sarawak. Yayasan Sarawak sering dikaitkan dengan pemberian biasiswa dan pinjaman pelajaran.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Yayasan Sarawak telah ditubuhkan di bawah Ordinan Yayasan Sarawak sebagai Badan Berkanun Kerajaan Negeri pada 27 Mei 1971 di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Ya’kub Ketua Menteri Sarawak pada masa itu. Berbekalkan azam supaya rakyat Sarawak tidak harus ketinggalan dari sudut pelajaran, beliau telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan Yayasan Sarawak. Beliau telah menjadi Pengerusi Yayasan Sarawak yang pertama dan Yang Berbahagia Datuk Amar Abang Haji Yusuf Puteh Setiausaha Kerajaan Negeri pada ketika itu telah dilantik sebagai Setiausaha Yayasan Sarawak yang pertama.

Visi[sunting | sunting sumber]

Untuk menjadi organisasi bertaraf dunia.

Misi[sunting | sunting sumber]

Menjadi sebuah organisasi bertaraf dunia yang menyediakan khidmat bantuan dalam mendukung pembangunan modal insan dan komuniti yang berkualiti.

Objektif Penubuhan[sunting | sunting sumber]

Yayasan Sarawak telah ditubuhkan atas 6 objektif utama iaitu:

  1. Memberikan biasiswa dan pinjaman atau menyediakan bantuan kewangan dalam apa jua bentuk kepada sesiapa sahaja rakyat Sarawak khasnya dan rakyat Malaysia amnya, untuk melanjutkan pendidikan di sekolah, maktab, universiti atau institusi pengajian tinggi di dalam atau di luar negeri, mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh Lembaga.
  2. Secara aktif menggalakkan peningkatan peluang-peluang pendidikan bagi rakyat negeri Sarawak khasnya dan rakyat Malaysia amnya, di dalam negara dan sebarang institusi pengajian tinggi di seluruh dunia tetapi mengutamakan universiti-universiti di dalam negara.
  3. Memberikan biasiswa dan bantuan kewangan lain dan berusaha mendapatkan penajaan seumpamanya dari badan-badan lain untuk rakyat Negeri Sarawak khasnya dan rakyat Malaysia amnya apabila difikirkan wajar.
  4. Memberikan bantuan dan menyediakan kemudahan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan pertimbangan Lembaga berada di dalam keadaan memerlukan bantuan atau kemudahan berkenaan.
  5. Menyediakan bantuan, sama ada secara pinjaman atau pemberian atau sebagainya kepada organisasi institusi yang ditubuhkan dan ditadbirkan untuk tujuan saintifik, perubatan, pendidikan, kebajikan, sosial atau kerja amal.
  6. Memberi sumbangan dan bantuan di dalam keadaan kecemasan atau malapetaka negara.

Aktiviti dan perkhidmatan utama[sunting | sunting sumber]

Biasiswa Pendidikan[sunting | sunting sumber]

  1. Skim Biasiswa Program Pertukaran Pelajar
  2. Skim Bantuan Awal Latihan Kemahiran
  3. Geran Bantuan Matrikulasi
  4. Skim Biasiswa Bestari Yayasan Sarawak
  5. Skim Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman
  6. Skim Biasiswa Peringkat Sekolah Tabung Amanah Bakun
  7. Skim Biasiswa Tabung Amanah Bakun (TAB)

Biasiswa pinjaman[sunting | sunting sumber]

  1. Skim Biasiswa Pinjaman Pelajaran Dalam Negara (SPPDN)
  2. Skim Pinjaman Pelajaran Luar Negara (SPPLN)
  3. Skim Pinjaman Tabung Pusingan
  4. Skim Pinjaman Komputer
  5. Skim Pinjaman Latihan Kemahiran

Program Kerjasama dengan Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak (JPNS)[sunting | sunting sumber]

  1. Program Kerjasama Yayasan Sarawak dengan JPNS
  2. Skim Bantuan Pakaian Seragam
  3. Program Bantuan Buku Bacaan
  4. Program ‘KEMASAINS’
  5. Projek HIPERS (High Performance Rural Schools)
  6. Pertandingan Bola Sepak Rebutan Piala Emas dan Perak Yayasan Sarawak

Anugerah dan Pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

  1. Anugerah Khas Ketua Menteri Sarawak
  2. Hadiah Pelajar Cemerlang Yayasan Sarawak
  3. Anugerah Graduan Cemerlang Sarawak

Tanggungjawab Korporat Sosial[sunting | sunting sumber]

  1. Kelab dan Akademi Bola Sepak Yayasan Sarawak (YSFCA)
  2. Akademi Debat Yayasan Sarawak
  3. Yayasan Sarawak English Debate Championship
  4. Kelab Taekwondo Yayasan Sarawak
  5. Kelab Badminton Yayasan Sarawak
  6. Taska & Tadika Yayasan Ku Sayang Yayasan Sarawak

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]