Yo soy Betty, la fea

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yo soy Betty, la fea
Betty la fea.jpg
Genre Komedi/Drama/Romantik
Pengacara María del Pilar Fernández
Dibintangi Ana Maria Orozco,
Jorge Enrique Abello,
Natalia Ramírez
Negara asal Colombia
Bilangan episod 169
Penerbitan
Tempoh siaran 30/45 minit
Penyiaran
Saluran asal Canal 13
Julung kali ditayangkan di 1999
(Malaysia = 2002-2003)

Yo soy Betty, la Fea (Saya Betty, yang hodoh) merupakan sebuah telenovela popular yang difilemkan di Colombia dan diterbitkan oleh rangkaian Colombia iaitu RCN (Radio Cadena Nacional- "Rangkaian Radio Nasional").

Kisah ini menceritakan watak utama, Beatriz Pinzón Solano, sebagai wanita yang pintar tetapi tidak menarik yang bekerja di sebuah syarikat perekaan fesyen. Dia menghadapi banyak dugaan dari masyarakat sekeliling dan tekanan dari semua perkara tetapi semuanya berubah apabila dia mula dinaikkan pangkat dan menyedari akan golongan yang digaulinya menginginkan dia menjadi seorang wanita yang lebih daripada apa yang dia miliki.

Rancangan ini terkenal dan telah disiarkan ke seluruh dunia. Kejayaannya telah melahirkan sekuel yang tidak berapa berjaya iaitu Ecomoda yang juga difilemkan di Colombia, dan diterbitkan oleh RCN dan Univisión.

Kata Tag: El Mundo se enamorará de ella (Dunia akan jatuh cinta kepadanya)