Syarikat Penyiaran Amerika

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

(Dilencongkan dari American Broadcasting Company)
Lompat ke: navigasi, gelintar
American Broadcasting Company (ABC)
Jenis Penyiaran rangkaian radio dan
TV
Negara Flag of the United States AS
Ketersediaan Amerika Syarikat, Kanada, Mexico dan Caribbean, juga diedarkan di United Kingdom, Filipina, New Zealand, dan Amerika Latin
Pengasas (sebagai syarikat bebas)
Edward Noble
Slogan Start Here
Pemilik The Walt Disney Company
Tokoh utama Robert Iger, CEO The Walt Disney Company
Anne Sweeney, pengerusi bersama Disney Media Networks dan Presiden, Disney-ABC Television Group
Tarikh pelancaran 12 Oktober 1943 (radio)
19 April 1948 (TV)
Nama lampau NBC Blue Network
Laman web www.abc.com

Syarikat Penyiaran Amerika (bahasa Inggeris: American Broadcasting Company, ABC) ialah sebuah rangkaian televisyen Amerika Syarikat yang diasaskan pada tahun 1943 dengan berpecah dari rangkaian radio Biru NBC. ABC kini dimiliki Syarikat Walt Disney dan merupakan sebahagian Kumpulan Televisyen Disney-ABC. ABC mula disiarkan di TV pada tahun 1948. Ibu pejabat korporatnya terletak di Manhattan, Bandar Raya New York, sementara jabatan-jabatan rancangannya bertapak di Burbank, California, berhampiran Studio Walt Disney dan ibu pejabat korporat Syarikat Walt Disney. ABC merupakan rangkaian TV yang paling kerap ditonton pada tahun 2008.

Nama rasmi operasinya ialah American Broadcasting Companies, Inc., dan nama itulah yang kelihatan pada notis hakcipta untuk hasil penerbitan sendirinya serta pada semua dokumen rasmi syarikat, termasuk cek dan kontrak. Sebuah entiti berasingan bernama ABC Inc., dahulunya Capital Cities/ABC Inc., merupakan syarikat induk langsung firma ini, dan syarikat itu pula dimiliki Disney. Rangkaian ini kadang-kadang dipanggil Alphabet Network, kerana singkatannya "ABC" merupakan tiga huruf Rumi yang pertama.

[sunting] Pautan luar

Alatan peribadi