Zainal Gemok

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Zainal Gemok atau nama sebenarnya Zainal Abidin Bin Abdul Khaier (meninggal 1980) merupakan pelakon filem melayu Cathay Keris era 60an.[1][2]

Zainal Gemok
Kelahiran
Zainal Abidin Bin Abdul Khaier

Meninggal dunia1980 (1981)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1961-1980

Biografi[sunting | sunting sumber]

Zainal Gemok atau nama sebenarnya Zainal Abidin Bin Abdul Khaier merupakan anak kelahiran Jati, Ipoh, Perak. Beliau telah memulakan kerjayanya sebagai "Lab Assistant" atau pembantu pencuci filem di Studio Cathay Keris. Zainal Gemok merupakan diantara pelakon yang sering memegang watak lucu dalam filem melayu klasik terutama di syarikat perfileman Cathay Keris.

Zainal Gemok terlibat dalam filem melayu klasik itu bermula apabila pengarah K.M Basker yang sering memerhatikan gerak geri Zainal itu telah menawarkannya berlakon dalam filem Sultan Mahmud Mangkat Dijulang. Zainal yang tidak menyangka peluang untuk menjadi bintang seni itu akhirnya bersetuju untuk berlakon dalam filem tersebut. Beliau muncul di layar perak filem Sultan Mahmud Mangkat Dijulang pada tahun 1961.

Sepanjang penglibatannya dalam dunia perfileman, beliau seringkali bergandingan dengan Seniman Wahid Satay dan beberapa orang pelakon lain. Menurut Datuk Ahmad Fauzee, selepas berakhir zaman lakonannya, beliau bertugas sebagai pemandu bersama MAS yang ditugaskan untuk membawa pramugara dari rumah ke Subang Airport. Beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada tahun 1980.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Zainal Gemok | Seniman Melayu dari Perak, dicapai pada 2024-04-27
  2. ^ "Facebook". www.facebook.com. Dicapai pada 2024-04-27.