Ipoh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bandar Raya Ipoh
اڤوه
Logo rasmi Majlis Bandaraya Ipoh

Lambang
Motto: Bandar Raya Ipoh, Bersih dan Indah
Negara Malaysia
Negeri Perak
Ditubuhkan Sekitar 1880
Kerajaan
 • Datuk Bandar Datuk Haji Roshidi Hashim
Keluasan
 • Jumlah 643 km2 (248.268 sq mi)
Ketinggian 21.95 m (72 ft)
Populasi (2010)
 • Jumlah 710,798[1]
 • Kepadatan 1,002.80/km2 (2,597.20/sq mi)
Zon waktu MST (UTC+8)
 • Musim panas (DST) Musim Panas dan Hujan (UTC)
Laman web www.mbi.gov.my

Ipoh ialah sebuah bandar raya yang terletak dalam daerah Kinta, dan merupakan ibu negeri dan pusat pentadbiran Perak Darul Ridzuan. Bandaraya ini terletak kira-kira 200 km ke utara Kuala Lumpur merupakan bandaraya ketiga (2002) terbesar di Malaysia selepas Kuala Lumpur, George Town, dan Johor Bahru. Datuk Bandar Ipoh sekarang ialah Datuk Harun Rawi. Ipoh juga merupakan salah satu bandaraya yang sedang pesat membangun.

Nama "Ipoh" diambil daripada pohon "epu" atau lebih dikenali sebagai "pokok Ipoh" dengan getahnya yang beracun dan digunakan oleh Orang Asli untuk panahan sumpitan mereka.

Ipoh mendapat status bandar raya pada 27 May 1988, oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Yussuf Izzuddin Shah. Ia terbahagi dua oleh Sungai Kinta kepada Bandar Baru Ipoh dan Bandar Lama Ipoh. Kini, "Ipoh" telah berada di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh atau Dewan Bandaraya Ipoh, di mana ia telah pun menyerap masuk pekan-pekan kecil yang berada disekitar bandar seperti Chemor, Jelapang, Falim, Menglembu, Tambun dan Tanjung Rambutan ke dalam wilayah Bandaraya Ipoh.

Majlis Bandaraya Ipoh[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan fakta-fakta yang boleh diungkapkan dengan kewujudan Bandaraya Ipoh dan serba sedikit mengetahui tarikh-tarikh Ipoh ditubuhkan.

Permandangan Bandaraya Ipoh dari Hotel Casuarina
Suasana ditengah bandar Ipoh
Greentown Walk
  • 01.01.1980 - Majlis Perbandaran Ipoh ditubuhkan
  • 12.05.1988 - Ipoh diisytiharkan sebagai bandaraya.
  • 01.10.1989 - Majlis Perbandaran Ipoh mengambil alih pentadbiran Zon Perdagangan Bebas di Jelapang II seluas 3394 hektar.
  • 21.03.1989 - Majlis Perbandaran Ipoh menjalin hubungan di antara Datuk Bandar Ipoh dengan Bandaraya Fukuoka, Jepun sebagai bandaraya kembar.
  • 1990 - MPI melancarkan kempen MBI bersih dan indah.
  • 1991 - Penduduk MBI seramai 382,633 orang dengan keluasan 134.7 km/persegi.
  • 1991 - membesarkan perpustakaan Tun Abdul Razak
  • 1991 - Melebarkan Jalan Sultan Iskandar Shah ke Jalan Chung Thye Pin
  • 1993 - mengindahkan Taman Dr Seenivasagam dengan kos RM800,000
  • 1994 - Melebarkan Jalan Lim Boo Seng dengan kos RM2.8 juta
  • 1994 - melebarkan Jalan dari Jalan Gopeng ke Pekan Razaki
  • 1994 - melebarkan Jalan Raja Muda Musa Mahadi ke Jalan Sultan Azlan Shah
  • 1994 - membina 60 buah pondok bas di sekitar bandaraya dengan kos RM 350,000
  • Terdapat beberapa pekan dan bandar disekitar Ipoh di bawah pentadbiran MBI:
  1. Ampang
  2. Bercham
  3. Buntong
  4. Chemor
  5. Cyber City
  6. Falim
  7. Gugusan Manjoi
  8. Gunung Rapat
  9. Ipoh Garden
  10. Jelapang
  11. Kelebang
  12. Lahat
  13. Meru
  14. Menglembu
  15. Pasir Puteh
  16. Pekan Baru
  17. Pekan Lama (Old Town)
  18. Pengkalan
  19. Simpang Pulai
  20. Station 18
  21. Sunway City
  22. Tambun
  23. Taman Cempaka Ipoh
  24. Tanjung Rambutan
  25. Tasek


Permandangan Bandaraya Ipoh

Populasi[sunting | sunting sumber]

Penduduk di Ipoh adalah terdiri daripada majoriti kaum Cina. Dialek Cina Kantonis adalah bahasa pengantar orang-orang Cina di sini walaupun terdiri daripada kebanyakan kumpulan dialek Cina Hakka, dan Cina Kantonis. Kebanyakan penduduk di Ipoh bertumpu di Menglembu, Buntong, Tasek, Ampang, Bercham serta Pasir Puteh menjadikan keluasan bandaraya Ipoh menjadi semakin besar jika diambil kira pekan-pekan yang terdapat di sekitar pinggir Bandaraya Ipoh.

Ipoh masih menjadi salah satu bandaraya terbesar di Malaysia,walaupun status bandaraya kedua terbesar di Malaysia itu telah di ambil-alih oleh George Town dan Johor Bahru disebabkan kepesatan pembangunan di bandar-bandar tersebut. Statistik populasi adalah seperti berikut:

  • Populasi = 710,798 (2007)
  • Populasi sekitar bandar = 1,022,240 (2007) [1]
  • Tangga : Ke-empat terbesar bandar-bandar sekitar di Malaysia.
Kumpulan Etnik di Ipoh, 2004 [2] [3]
Etnik Populasi Peratus
Cina 451,361 37.0%
Melayu 109,616 27.0%
India 80,600 12.5%
Lain-lain 3225 10.5%

Destinasi pelancongan[sunting | sunting sumber]

Lost World of Tambun

Merupakan tarikan dari Sunway City Ipoh yang terletak di Tambun, Lost World of Tambun adalah antara taman tema air di Perak.Ia akan membawa anda ke pengembaraan yang penuh dengan keseronokan bersama-sama keluarga dan rakan-rakan.Terletak di antara kawasan rimbunan kehijauan dan batu kapur, Lost World of Tambun menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik sehingga membuatkan anda ingin datang kembali.

Muzium Darul Ridzuan

Muzium ini terletak di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, Ipoh yang berhampiran dengan Bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.Telah dibuka pada tahun 1992 dan bangunan muzium telah dibina lebih dari 100 tahun yang lalu.Ia memaparkan pelbagai jenis artifak menarik yang berkaitan dengan sejarah dan pembangunan bandar Ipoh terutamanya dalam sektor perlombongan bijih timah.

Muzium Geologi

Muzium ini mula ditubuhkan sejak tahun 1957.Ia memaparkan pelbagai jenis mineral, batuan fosil dan batu permata dari dalam dan luar negara.

Tokong Gua

Sepanjang Jalan Gopeng, kelihatan banyak tokong-tokong gua yang merupakan kebangaan Ipoh. Nam Tin Tong, Koon Yam Tong, Sam Poh Tong, Ling Sen Tong merupakan antara tokong-tokong ternama di situ. Dinding gua dihiasi dengan pelbagai lukisan dan kaligrafi Cina yang berunsurkan agama Tao dan Buddha. Do Jalan Kuala Kangsar pula tokong gua yang paling popular adalah Perak Tong.

Tokong Paloh Ku Miew

Paloh Ku Miew ialah tokong tertua di Ipoh, yang menyembah Tai Pak Koong, dewa tempatan yang melindungi kaum Cina apabila mereka mula-mula menetap di Ipoh. Antara penyumbang utama kepada tokong ini ialah Yau Tet Shin, seorang pelombong yang sangat terkenal pada masa itu. Tokong ini dapat dilihat daripada jambatan Hugh Low Street (Jalan Sultan Iskandar) yang memisahkan pekan baru dengan pekan lama Ipoh.

Masjid Panglima Kinta

Masjid ini dibina oleh Dato Panglima Kinta. Masjid ini terletak di pekan baru Ipoh. Masjid ini juga dijadikan sebagai Masjid Negeri bagi umat Islam bersembahyang dan melakukan Ibadah. Masjid ini terletak di jalan yang sama dengan kedai keranda

Taman Dr Seenivasagam

Taman yang terletak di tengah bandar Ipoh ini merupakan salah satu taman yang lama dibina di Ipoh , sesuai untuk pengunjung melepaskan lelah dan beriadah kerana taman ini mempunyai trek motorsikal mini, kolam ikan, tasik serta padang yang agak luas. Taman ini jugak mempunyai replika taman diluar negara, iaitu Taman Jepun yang hanya terletak bersebelahan dengan pintu masuk utamanya.

Bandaraya Ipoh

Struktur bangunan yang terdapat di bandaraya Ipoh sangat Unik dan bersejarah, banyak bangunan lama yang di cantikkan dan berwarna warni menjadikan Ipoh sangat terkenal dgn bangunan bersejarah yg cantik. Pada masa sekarang MBI dalam usaha membaik pulih semua bangunan lama untuk cantikkan dan jadikan sebagai tarikan pelancong.

Kinta Riverfront

Destinasi baru yang menarik di Ipoh. di Kinta Riverfront terdapat sebuah hotel baru. Pemandangan menarik di sini adalah sekitar Sungai Kinta yang dihiasi dengan Lampu LED sepanjang sungai kinta dihadapan hotel Kinta reiverfront menjadikan nya jolokan I-city Ipoh. Selain itu, Jambatan2 terkenal diseluruh dunia dibina dalam saiz mini disepanjang sungai kinta ini menjadikan ianya sangat menarik sebangai destinasi bergambar. Ianya satu destinasi baru bagi ipoh dan pembinaan nya masih belum siap sepenuhnya.

Membeli-Belah[sunting | sunting sumber]

Terdapat beberapa destinasi membeli-belah di Ipoh, seperti:

  • AEON Station 18 pengkalan
  • AEON Klebang(dalam pembinaan)
  • AEON Jusco Kinta City
  • Ipoh Parade Shopping Centre
  • Angsana Ipoh Mall[Greentown Shopping Mall]
  • De Garden Mall, Ipoh Garden
  • Glamour Square, Bercham
  • Pengkalan Emas Mall, Station 18
  • Kompleks Yik Foong Mall
  • Econsave,Jalan Kampar
  • The Store,Jalan Kampar
  • Tesco Hypermarket, Ipoh
  • Tesco Fresh & Distribution Centre, Simpang Pulai
  • Tesco Extra, Taman Tasek Indra
  • Giant Hypermarket, Sunway City
  • Giant Hypermarket, Bercham
  • The Store Supermarkets (sekitar bandar Ipoh)
  • Festival Walk, Perak Tourism Hub (dalam pembinaan)
  • Tesco Hypermarket Pengkalan @ Station 18
  • Tesco Hypermatket, Bandar Baru Kelebang (dalam perancangan)
  • Mydin Mall Meru Raya
  • Mydin Store Manjoi
  • Mydin Store Ulu Kinta (dalam perancangan)
  • Kamdar Ipoh
  • Gerbang Malam
  • Mydin TEMAN
  • I-Avenue(dalam perancangan)
  • Lang Valley Mall (dalam perancangan)
  • Sunway Lost World Mall (dalam Perancangan)
  • Super Kinta (UTC)

Pembangunan Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Kawasan Greentown berdekatan dengan Dewan Bandaraya Ipoh kini semakin menjadi pusat segala hiburan penduduk Ipoh. Dengan pembukaan komersial baru iaitu Pusat Perdagangan Greentown, telah memberi nafas baru kepada Bandaraya Ipoh khasnya. Aktiviti umum di kawasan penempatan baru komersial ini kebanyakannya adalah meliputi restoran-restoran, medan selera, kedai pejabat, bank-bank, pub, bistro dan kafe.

Medan Ipoh Bistari (dikenali sebagai Bandar Baru Medan) adalah kawasan yang menjadi tempat kesukaan ramai remaja di Ipoh. Penduduk bandar Ipoh telah memberi jolokan bagi kawasan komersial ini sebagai 'Bangsar Ipoh' (a.k.a kawasan pop Bangsar di Kuala Lumpur). Bandar Baru Medan terletak bersebelahan dengan Taman Ipoh Timur. Kawasan ini sangat popular kepada muda-mudi dan remaja dimana terdapat kawasan tumpuan dimalam hari, kafe-kafe, kedai kopi (menghidangkan makanan tempatan), pusat hiburan, Campuran kafe F&B (food and beverage), pub-pub, disko, bistro dan terbaru ialah kafe siber.

Taman Tema Air yang pertama di Ipoh Lost World of Tambun dijangka dapat mengubah keadaan di bandaraya Ipoh serta merupakan "Sunway City" versi tempatan (dikaitkan dengan "Sunway City" yang sebenarnya yang terletak lebih kurang 15km ke arah barat Kuala Lumpur). Di dalam "Lost World of Tambun" terdapat juga kolam air panas semula jadi, dimana sangat popular pada tahun 1960-an dan 1970-an.

Malangnya, kepesatan pergerakan di dalam pusat bandar semakin berkurangan dari tahun ke tahun. Disebabkan itu, Dewan Bandaraya Ipoh telah memperkenalkan satu aktiviti malam yang dikenali sebagai Gerbang Malam ditengah bandar, di Jalan Dato' Tahwil Azar, juga dikenali sebagai "Night Lane". Ia adalah pasar malam yang biasanya dikunjungi oleh orang ramai, tetapi lebih besar dan masa operasi yang lebih panjang.

Infrastruktur[sunting | sunting sumber]

Pusat kesihatan[sunting | sunting sumber]

Awam[sunting | sunting sumber]

Hospital Raja Permaisuri Bainun, merupakan salah satu hak milik penuh kerajaan dan merupakan hospital yang terbesar di Ipoh dan Perak amnya. Ia terletak berdekatan dengan kawasan Fair Park and Pusat Perdagangan Greentown. Tidak jauh dari kawasan Hospital itu, terdapat Klinik Kesihatan Greentown. (juga milikan penuh kerajaan)

Swasta[sunting | sunting sumber]

Selain dari Hospital kerajaan, terdapat juga Pusat Perubatan swasta yang terletak disekitar bandar Ipoh.

Sesetengah darinya terletak didalam dan sekitar bandaraya Ipoh:

  • Hospital Pakar Ipoh
    • dikenali juga sebagai Pusat Perubatan Pakar Ipoh
  • Pusat Perubatan Kinta
  • Hospital Pakar Komuniti Perak
    • dikenali juga sebagai Perak Chinese Maternity Hospital, terletak di Jalan Kampar

Terdapat dua lagi Hospital swasta yang terletak di pinggir bandar Ipoh, iaitu di Ipoh Garden (South):

  • Hospital Fatimah
  • Pantai Puteri Hospital

Sekolah (rendah dan menengah)[sunting | sunting sumber]

Terdapat beberapa sekolah di Ipoh dan juga sekolah yang telah dibina hampir se-abad yang lalu. Diantaranya termasuklah:

  • Anderson School Ipoh @ Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson
  • Anglo-Chinese School Ipoh @ Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist, Ipoh
  • Ave Maria Convent
  • Ipoh International School (IIS)
  • Methodist Girls School Ipoh
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Pinji
  • SMJK Perempuan Perak
  • Raja Permaisuri Bainun, Ipoh
  • Sekolah Izzuddin Shah
  • Sekolah Kebangsaan Dato' Panglima Kinta
  • Sekolah Kebangsaan Manjoi 1 & 2
  • Sekolah Kebangsaan Pasukan Polis Hutan
  • Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMARI)
  • Sekolah Menengah Doktor Megat Khas Ipoh
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Convent, Ipoh (Main Convent)
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Rapat
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Pasir Puteh
  • Sekolah Menengah Kebangsaan JalanTasek
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Jelapang Jaya Ipoh
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Kg. Dato' Ahmad Said Ipoh
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Kg. Pasir Puteh
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Menglembu
  • sekolah menengah kebangsaan dato haji mohd taib, chemor
  • Sekolah Menengah Agama Darul Taqwa ,Tanjong Rambutan
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Rapat Setia (6J)
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Chulan (SRC)
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan Ipoh (RPS)
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan ,Ipoh
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Tambun
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Kinta
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Wira Jaya
  • Sekolah Menengah Poi Lam (SUWA)
  • Sekolah Menengah Seri Intan
  • Sekolah Menengah Seri Putera
  • Sekolah Menengah Sri Ampang
  • Kolej Vokasional Lebuh Cator Ipoh ( KVLC )
  • Sekolah Menengah Teknik Ipoh Persiaran Brash
  • Sekolah Raja Perempuan Taayah
  • Sekolah Tuanku Abdul Rahman Ipoh
  • SM Raja Chulan Ipoh
  • SMJK Sam Tet Secondary School
  • SRJK(C) Sam Tet Primary School
  • SMJK Poi Lam
  • SJK (C) Poi Lam
  • SMJK Yuk Choy
  • SRJK(C) Yuk Choy
  • SRK La Salle Ipoh
  • SRK MARIAN CONVENT
  • St Michael's Institution
  • Tarcisian Convent
  • Yuk Choy (SUWA) Independent High School
  • SJK(T) St. Philomena Convent
  • Wesley Methodist School Ipoh
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Pinji, Ipoh
  • SJK(T)PERAK SANGEETHA SABAH,IPOH PERAK

Institut pengajian tinggi[sunting | sunting sumber]

  • Universiti Teknologi MARA Perak
  • Universiti Teknologi Petronas
  • Institut Teknologi Cosmopoint
  • Kolej Teknologi Perak (Institut Teknologi Perak)
  • Institut Kompas Accountancy and Business College
  • Kolej WIT
  • Linton College
  • Olympia College
  • Polytechnic Ungku Omar
  • Sunway College Ipoh
  • Kolej Poly-Tech MARA
  • Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh
  • UniKL RMCP
  • TAJ College
  • KERIS College
  • Kolej Pembantu Perubatan
  • Kolej Masterskill
  • Syuen College
  • Maxwell College
  • Nursing College Ipoh
  • Quest International University Perak (QIUP)
  • UniKL MIMET(Malaysian Institute of Marine Engineering Technology)

Sukan[sunting | sunting sumber]

Terdapat satu kawasan yang luas iaitu di Kampong Simee telah dipilih oleh Dewan Bandaraya sebagai Pusat Sukan. Sukan utama yang popular bagi bola sepak dan sukan-sukan lain, juga bagi acara padang banyak berlaku di Stadium Perak. Bersebelahan Stadium Perak terdapat juga stadium tertutup, iaitu Stadium Indera Mulia, memainkan peranan sebagai hos bagi sukan badminton. Ipoh juga rumah kepada Perak FA .

Berdekatan dengan stadium terdapat Kompleks Sukan Renang yang dikendalikan oleh Dewan Bandaraya. Ia dibuka kepada orang umum dengan kadar harga yang berpatutan (RM1 untuk hari biasa/RM2 untuk cuti umum and hari minggu). Kompleks ini mempunyai kolam bersaiz Olimpik, kolam untuk menyelam, kolam berombak, kolam bersederhana saiz dan kolam untuk kanak-kanak.

Ipoh merupakan tuan rumah velodrom, iaitu dipanggil Velodrom Rakyat. Ia merupakan Velodrom yang pertama di Malaysia dimana ia dibina atas inisiatif Dato' Darshan Singh Gill (sekarang Tan Sri Dato' Seri). Tambahan lagi, Ipoh juga menyerlah sebagai salah satu dari beberapa bandar di Malaysia yang mempunyai "stadium astroturf" untuk sukan hoki, yang dipanggil Stadium Azlan Shah.

Untuk golf pula, padang golf popular yang terdapat di Ipoh ialah Kelab Golf Diraja Perak (sebelah Tiger Lane atau Jalan Sultan Azlan Shah). Kelab Golf Meru terletak di Jelapang. Selain itu, jalan menuju ke Batu Gajah, terletaknya Clearwater Sanctuary golf club.

Tempat bagi sukan-sukan lain termasuklah Kelab Kilat di Pasir Pinji, Padang Ipoh di Pekan Lama, Padang Polo, dan padang polo di Iskandar Polo Club, di Ampang Baru.

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

  • Jalan Persekutuan: Jalan umum di malaysia menghubungkan Ipoh dengan pekan-pekan sekitarnya dan juga Negeri-negeri lain (seperti pekan Gopeng, dan bandaraya Kuala Lumpur ke arah selatan).
  • Lebuhraya: Dengan terbinanya Lebuhraya Utara-Selatan, kenderaan dapat bergerak dengan pantas serta lebih efisyen berbanding Jalan umum. Walaubagaimanapun, sesetengah pekan seperti Kampar hanya boleh dihubungi melalui Jalan umum. Pemandu yang menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan terpaksa memilih keluar ke Ipoh dari mana-mana 4 jalan keluar - Simpang Pulai, Ipoh(S) , Ipoh(U) & Jelapang.
  • Keretapi: Stesen keretapi Ipoh dioperasikan oleh Keretapi Tanah Melayu (KTM) dan ianya terletak di Pekan Lama. Landasan keretapi ini hanya dapat menghubungkan diantara Ipoh dengan pekan dan bandar-bandar berdekatan.
  • Bas: Termina bas antara-banndar terletak di Silveritage Galleria dekat Jalan Gopeng, berdekatan dengannya ialah Gunung Rapat, selatan Ipoh (dahulunya terletak di Medan Kidd, Pekan Lama).
  • Udara: Bagi penerbangan udara, Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah merupakan satu-satunya lapangan terbang di Ipoh. Ia terletak berdekatan dengan Gunung Rapat. Walaubagaimanapun, lapangan terbang ini hanya memberi perkhidmatana penerbangan domestik (dan satu penerbangan antarabangsa).
    • Sejak Mei 2006 (bagi Malaysia Airlines) dan September 2006 (bagi AirAsia), penerbangan telah digantung untuk mendarat di Ipoh. Diantara alasan-alasannya ialah jalinan udara yang tidak menguntungkan serta landasan yang terlalu pendek (untuk kes AirAsia).
    • Penerbangan antarabangsa pula hanya terdapat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (di Lembah Kelang, 200km ke selatan), dimana ia boleh dihubungi di jalan darat oleh bas ekspress (harga lebih kurang RM50 seperjalanan).
    • Buat masa ini, lapangan terbang Ipoh digunakan oleh satu-satunya syarikat penerbangan Indonesia dan memberi perkhidmatan udara diantara bandar Medan-Ipoh.

Masjid di Ipoh[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Masjid di Perak
  1. Masjid Al-Aulia Tembok]] Jalan Kuala Kangsar, 30010 Ipoh
  2. Masjid Al-Aulia Tembok Jalan Kuala Kangsar, 30010 Ipoh
  3. Masjid India Muslim Jalan Senivasagam, 30450 Ipoh
  4. Masjid Jamek Tanjung Rambutan, 31250 Ipoh
  5. Masjid Jamek Ad-Diniah , Kampung Seri Kinta, 31600 Ipoh
  6. Masjid Paloh Jalan Datoh 30000 Ipoh
  7. Masjid Panglima Kinta 30300 Ipoh
  8. Masjid As-Saadah, Kampung Dato' Ahmad Said, 30020 Ipoh
  9. Masjid Sultan Azlan Shah, Jalan Dairy, Ipoh
  10. Masjid Sultan Idris II (Masjid Negeri) Jalan Dato Sagor, 30000 Ipoh
  11. Masjid Ar-Rahmaniah, Kampung Dato' Ahmad Said Tambahan 3, 30020 Ipoh
  12. Masjid Tayibbin, Kampung Tersusun Tanah Hitam, 31200 Ipoh
  13. Masjid Al-Muttaqin Taman Meru, Jelapang, 30020 Ipoh
  14. Masjid Ahmadiah , Kampung Kepayang, Kampung Sungai Raya, 31300 Ipoh
  15. Masjid Al-huda, Kampung Sungai Tapah 30020 Ipoh
  16. Masjid Idrisiah, Kuala Pari, 31450 Ipoh
  17. Masjid Kampung Kepayang Fair Park]], Kampung Kepayang, 31400 Ipoh
  18. Masjid Raja Nazrin Shah, Kampung Rapat Jaya Tambahan 31350 Ipoh
  19. Masjid Taman Keledang Jaya 30100 Ipoh
  20. Masjid Al-Ahmadiah, Kampung Changkat Larang, Lahat 31500 Ipoh
  21. Masjid Al-Khairiah, Pengkalan Stesyen Lahat, 31500 Ipoh
  22. Masjid Ghufran, Kampung Manjoi, 30020 Ipoh
  23. Masjid Menglembu, Menglembu 31450 Ipoh
  24. Masjid Al-Furqan, Taman Pengkalan Jaya(sppk) 31650 Ipoh
  25. Masjid Al-Rahmaniah, Pengkalan Baru, Kampung Kepayang, 31300 Ipoh
  26. Masjid Ibnu Salam, Pengkalan Pegoh 31500 Lahat Ipoh
  27. Masjid Kampung Pasir Putih 31650 Ipoh
  28. Masjid Sultan Yusuf, Jalan Raja Musa Mahadi, Rapat Setia, 31350 Ipoh
  29. Masjid Kampung Taufiqiyah, Rapat Setia 31350 Ipoh
  30. Masjid Al-Ittiahadiah, Kampung Tengku Hussein Baru, Taman Silibin, 30020 Ipoh
  31. Masjid Jamil Al-Kholidi, Kampung Sengat, Sungai Raya, 31300 Ipoh
  32. Masjid Kampung Melayu, Sungai Rapat,31350 Ipoh
  33. Masjid Sultan Iskandar Shah 1, Kampung Sungai Rokam 31350 Ipoh
  34. Masjid As-Syakirin, Kampung Tersusun 31400 Tasek Ipoh
  35. Masjid As-Syarifah, Kampung Tasek 31350 Ipoh
  36. Masjid Jamek Al-Amin, Tambun 31400 Ipoh
  37. Masjid Pasukan Gerakan Am, Ulu Kinta, 31150 Ipoh

Seni, budaya dan hiburan[sunting | sunting sumber]

Ipoh telah dilabelkan oleh para seniman dan penerbit sebagai salah satu lokasi sesuai untuk penggambaran melihatkan kepada kecantikan alam semula jadinya. Filem-filem yang diterbitkan dan dilakonkan di Ipoh diantaranya ialah:

Bandaraya kembar[sunting | sunting sumber]

Ipoh telah menjalinkan hubungan bandaraya kembar (sister city) dengan bandaraya-bandaraya berikut:

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]