Zaman Pembaharuan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Zaman Pembaharuan (bahasa Inggeris, Bahasa Perancis: Renaissance, Bahasa Itali: Rinascimento "Kelahiran semula") ialah zaman pergerakan budaya yang bermula dari sekitar kurun ke-14 hingga kurun ke-17. Ia bermula di Itali pada akhir Zaman Pertengahan dan kemudiannya merebak ke seluruh Eropah. Zaman Pembaharuan melambangkan kelahiran semula Eropah dari tempoh ketandusan yang agak lama dengan kebangkitan dari segi perdagangan, penjelajahan, seni ukir, lukisan, muzik dan sains [1].

Bermula dengan zaman pembaharuan di Itali pada abad ke-15, ia membawa era baru di mana berlakunya:

  • penyambungan semula dunia Barat dengan bahan kepurbaan klasik
  • penyerapan ilmu – khususnya matematik – daripada Dunia Arab
  • penekanan kearah pengujikajian kesan pengaruh dari Dunia Arab
  • penumpuan kepada hidup selesa pada masa sekarang (umpamanya humanisme Zaman Pembaharuan)
  • letusan penyebaran pengetahuan yang disebabkan oleh pencetakan dan penciptaan teknik-teknik baru dalam bidang seni, puisi dan seni bina yang menyebabkan pula perubahan-perubahan yang pesat dalam gaya dan isi kandungan seni dan persuratan.

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Lukisan Leonardo da Vinci, Vitruvian Man menunjukkan dengan jelas kesan pemikiran Zaman Pembaharuan terhadap penulis. Berdasarkan perincian dalam De architectura Vitruvius, da Vinci cuba untuk melukis sesempurna mungkin bahagian-bahagian manusia.

Zaman Pembaharuan merupakan perubahan budaya yang mempengaruhi kehidupan intelek Eropah pada tempoh awal moden. Bermula di Itali, dan tersebar ke serata Eropah menjelang abad ke-16, pengaruhnya masih ada dalam kesusasteraan, falsafah, politik, seni, sains, agama dan aspek lain dalam penyelidikan intelek. Sarjana Zaman Pembaharuan menggunakan kaedah kemanusiaan dalam pembelajaran, dan mencari realisme dan emosi manusia dalam seni [1].

Pemikir Zaman Pembaharuan belajar dari teks purba, selalunya penulisan Latin atau Yunani purba. Sarjana-sarjana menubuhkan perpustakaan biara Eropah yang kemudian menjadi tidak popular. Dalam teks tersebut, mereka menemui hasrat untuk memperkembangkan dan menambah lagi pengetahuan mereka secara keduniaan; satu sentimen yang sangat berbeza kepada kerohanian transendental yang ditekankan oleh Kristian pertengahan.[1] Mereka tidak menolak Kristian; malah kebanyakan hasil kerja Zaman Pembaharuan adalah ke arah uty, dan Gereja kebanyakannya menaungi hasil kerja seni Zaman Pembaharuan. Walau bagaimanapun, peralian kecil berlaku dalam pendekatan intelektual keagamaan yang terpantul dalam banyak aspek kebudayaan.[2]

Artis seperti Masaccio berusaha untuk menampilkan bentuk manusia secara realistik, memperkembangkan teknik untuk menonjolkan perspektif dan cahay dengan lebih semula jadi. Ahli falsafah politik, yang paling terkenal Niccolò Machiavelli, ingin memperihalkan kehidupan berpolitik seadanya dan memperkembangkan kerajaan dalam asasnya. Sebagai tambahan, untuk mempelajari Latin dan Yunani klasik, penulis juga mula meningkatkan penggunaan bahasa vernakular; digabungkan dengan penciptaan percetakan, ini membolehkan ramai orang untuk memperolehi buku, terutama Bible.[3]

Secara keseluruhannya, Zaman Pembaharuan boleh dilihat sebagai satu percubaan oleh para cendekiawan untuk belajar dan memperbaiki sekular dan keduniaan, kedua-duanya melalui pemulihan idea dari antikuiti dan pemikiran.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 1.2 Open University, Looking at the Renaissance: Defining the Renaissance (Dicapai 10 Mei 2007)
  2. Open University, Looking at the Renaissance: Religious Context in the Renaissance (Dicapai 10 Mei 2007)
  3. Open University, Looking at the Renaissance: Urban economy and government (Dicapai 15 Mei 2007)

Buku rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Sumber interaktif[sunting | sunting sumber]

Galeri dan sumber ilmu[sunting | sunting sumber]