Bahasa Itali

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bahasa Itali
Italiano
wilayah Itali, Malta, Argentina, Uruguay, Somalia, Brazil, Libya, Habsyah, dan berbagai negara lain di Eropah dan Amerikas
asli penutur 60-65 juta  (tiada tarikh)
keluarga bahasa
Bahasa Indo-Eropah
status rasmi
Bahasa rasmi di Itali, Kesatuan Eropah, Switzerland, San Marino, Slovenia, Demokratik Republik Somali (bahasa kawasan), Kota Vatican, mukin Istria dari Croatia
Dikawal oleh Accademia della Crusca
kod bahasa
ISO 639-1 it
ISO 639-2 ita
[[File:
Map Italophone World - updated.png

Peta Dunia Italofon
|300px]]
Pengagihan lokasi geografi untuk bahasa Itali di Eropah.
Wikipedia
Edisi Bahasa Itali dari Wikipedia, ensiklopedia bebas
Wikibuku
Wikibuku mempunyai lebih lagi topik mengenai
Wiktionary-logo.svg
Carilah Italian dalam Wiktionary, kamus bebas.

Bahasa Itali (Mengenai bunyi ini italiano  atau lingua italiana) adalah bahasa Romawi yang dituturkan oleh hampir 63 juta orang, terutamanya di negara Itali dan Switzerland yang mejadikan bahasa ini sebagai bahasa rasmi. Piawaian bahasa Itali dipengaruhi kuat oleh dialek Tuscan dan berada di antara bahasa Italo-Dalmatian dari Mezzogiorno (selatan Itali) dan bahasa Gallo-Itali dari bahagian utara Itali.

Seperti banyak bahasa yang ditulis menggunakan abjad Latin, bahasa Itali mempunyai konsonan berganda. Bagaimanapun, berbanding dengan konsanan berganda bahasa Perancis , di dalam bahasa Itali, konsonan berganda itu adalah untuk sebutan panjang. Seperti dalam kebanyakan bahasa Romawi yang lain kecuali bahasa Perancis, corak sebutan pic adalah berbeza.

Diantara bahasa-bahasa Romawi, bahasa Itali umumnya dianggap sebagai bahasa yang paling mirip dengan bahasa Latin dari segi kosa kata, melalui bahasa Romania yang memelihara sistem deklensi dari bahasa Latin purba sementara bahasa Sardinia adalah paling konservatif dari segi fonologi.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah bahasa Itali amat panjang, tetapi piawaian moden bahasa ini banyak dibentuk dari peristiwa-peristiwa yang agak baru. Sumber teks terawal yang masih wujud dan boleh digelar sebagai Bahasa Itali (berbanding dengan bahasa sebelumnya iaitu "Latin Kasar" merupakan teks guaman dari daerah Benevento yang bertarikh dari 960-963.

Contoh bahasa[sunting | sunting sumber]

Bahasa Melayu Bahasa Itali
Bahasa Itali italiano
Bahasa Inggeris inglese
Ya
Tidak No
Hello! Ciao (tidak rasmi) / Salve / Buon giorno!
Apa khabar? Come stai? (tidak rasmi) / Come sta? (rasmi)
Selamat petang! Buona sera!
Selamat datang! Prego! / Benvenuto!
Selamat malam! Buona notte!
Selamat tinggal! Arrivederci!
Tolong Per piacere / Per favore
Terima kasih Grazie
Sama-sama Prego
Maafkan saya Mi dispiace/Mi scusi (rasmi)/Scusa(tidak rasmi)
/ desolato (bagi lelaki) / desolata (bagi wanita)
Siapa? Chi?
Apa? Che Cosa? / Cosa? / Che?
Bila? Quando?
Di mana? Dove?
Kenapa? Perché?
Siapa nama awak? Come ti chiami? (tidak rasmi),
Come si chiama?(rasmi)
Sebab / kerana Perché
Bagaimana? Come?
Berapa harganya? Quanto?
Saya tidak faham Non capisco. / Non ho capito.
Ya, saya faham Sì, capisco. / Ho capito.
Tolong! Aiuto!
Di manakah bilik air? Dove sono i bagni?
Adakah anda bertutur bahasa Inggeris? Parla inglese?(rasmi)/Parli inglese?(tidak rasmi)
/Parlate inglese? (ramai)
Sekali lagi di nuovo
Selalu sempre'
Aku cinta padamu Ti amo'

Kiraan hingga sepuluh:

  • Satu : uno /ˈuno/
  • Dua: due /ˈdue/
  • Tiga: tre /tre/
  • Empat: quattro /ˈkwattro/
  • Lima: cinque /ˈʧiŋkwe/
  • Enam: sei /ˈsɛi/
  • Tujuh: sette /ˈsɛtte/
  • Lapan: otto /ˈɔtto/
  • Sembilan: nove /ˈnɔve/
  • Sepuluh: dieci /ˈdjɛʧi/

Hari dalam seminggu:

  • Isnin: lunedì /lune'di/
  • Selasa: martedì /marte'di/
  • Rabu: mercoledì /merkole'di/
  • Khamis: giovedì /dʒove'di/
  • Jumaat: venerdì /vener'di/
  • Sabtu: sabato /ˈsabato/
  • Ahad: domenica /do'menika/

Klasifikasi[sunting | sunting sumber]

Bahasa Itali berkait rapat dengan dua lagi bahasa Italo-Dalmatian, iaitu bahasa Sicily and bahasa Dalmatian yang kini sudah tidak digunakan lagi (Bahasa lama negara Republik Croatia). Ketiga-tiga bahasa ini adalah sebahagian dari bahasa barat-Italo, yang diletakkan di dalam sub kumpulan bahasa di dalam rumpun bahasa Indo-Eropah.

Teks contoh[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]