Adnan Abu Hassan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Adnan Abu Hassan

Adnan di belakang pentas konsert Kilauan Emas.
Kelahiran
Adnan bin Abu Hassan

(1959-01-06)6 Januari 1959
Meninggal dunia18 Mac 2016(2016-03-18) (umur 57)
Sebab kematianSerangan angin ahmar, buah pinggang dan beberapa komplikasi
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Sungai Ramal, Kajang, Selangor
Nama lainAbang Dee
PekerjaanPenerbit rakaman, penggubah lagu, penulis lirik, penyanyi, pemuzik
Pasangan
  • Sitti Aminah Datu Bachtiyal (k. 1994; c. 2010)
  • Datin Rozinorhafiza Mohd. Fauzi (k. 2011–2016)
Anak-anak3
SaudaraAzman Abu Hassan (adik)
Azlan Abu Hassan (abang)
Azlina Abu Hassan (adik)
Kerjaya muzik
GenrePop, R&B, Jazz
InstrumenVokal, Gitar akustik
Tahun aktif1980–2016
Syarikat rakaman
WEA Records
Suria Records
GP Records
EMI Records
Blackboard Indonesia
Musica Studio's
Pengkarya berkait
Azlina Aziz, Sheila Majid, Jamal Abdillah, Aishah, Fauziah Latiff, Nora, Ziana Zain, Siti Nurhaliza, Liza Hanim, Dayang Nurfaizah, Misha Omar, Akademi Fantasia

Dato' Adnan bin Abu Hassan (6 Januari 1959 – 18 Mac 2016)[1] merupakan seorang penerbit rakaman, penggubah lagu, penulis lirik, penyanyi dan pemuzik Malaysia. Beliau juga mempunyai tiga orang adik iaitu Azlan Abu Hassan, Azman Abu Hassan dan Azlina (Nina) Abu Hassan. Sebagai penerbit rakaman, beliau telah banyak menerbitkan lagu-lagu hit seperti "Sinaran" nyanyian Sheila Majid dan "Janji Manismu" nyanyian Aishah. Lagu ciptaan beliau yang cukup popular antaranya "Jerat Percintaan" nyanyian Datuk Siti Nurhaliza.[2] ,"Bunga-bunga Cinta" (Misha Omar), "Camar Yang Pulang" (Aishah) dan "Di Persimpangan Dilema" ( Nora Ariffin)[3]

Beliau telah memenangi Anugerah Wirama pada tahun 2010 pada Anugerah Industri Muzik ke-17 atas kejayaannya dalam bidang rakaman. Beliau telah menghembuskan nafas yang terakhir pada pagi 18 Mac 2016.

Kehidupan awal dan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 6 Januari 1959 di Alor Star, Kedah dan merupakan anak sulung daripada empat orang adik-beradik. Saudara lelakinya ialah Azlan Abu Hassan, Azman Abu Hassan dan adik perempuannya, Azlina Abu Hassan, juga bergiat aktif dalam industri muzik Malaysia. Beliau memegang ijazah sarjana muda dari Berklee College of Music di Boston, Massachusetts, Amerika Syarikat. Beliau memulakan kerjaya sebagai pensyarah di Universiti Teknologi MARA.

Kerjaya muzik[sunting | sunting sumber]

Tidak lama selepas tamat pengajian, Adnan mula bekerja sebagai pemuzik dan penggubah susunan muzik untuk penerbitan album artis tempatan. Produksi pertama menampilkan beliau adalah untuk album Mata oleh Noor Kumalasari pada 1982. Setelah bekerjasama mencipta lagu untuk penyanyi yang telah mempunyai nama seperti Sudirman Arshad, Jay Jay, Aman Shah, Jamal Abdillah, Sheila Majid, Rahim Maarof,Azlina Aziz dan Aishah, beliau dilantik sebagai Pengarah A&R (CBS Records - kini Sony Music Entertainment Malaysia). Setelah itu beliau dilantik Pengarah Urusan di Happy Records (1991-1995) dan Suria Records (1995-1998). Ketika itu juga Adnan bertanggungjawab menjenamakan semula penyanyi pop Fauziah Latiff dibawah Happy Records, dan kemudian menaikkan nama penyanyi baharu seperti Nora Ariffin, Siti Nurhaliza, Camelia, Liza Hanim, Dayang Nurfaizah dan Misha Omar pernah menjadi perantisnya sebelum melanjutkan kerjaya mereka sebagai penyanyi profesional.

Tidak lama kemudian dia menjadi Pengarah A&R BMG Music dan Delima Records sebelum dilantik sebagai Pengetua dan Pengarah Jam Music Centre, Penerbit Album dan Komposer yang juga Pengarah Kreatif bagi Jam / Treeman Corporation. Setelah terkenal sebagai komposer ternama, khidmat Adnan pernah digunakan oleh penyanyi terkenal seperti Ziana Zain, Ramlah Ram, Mas Idayu, Noraniza Idris, Erra Fazira dan bintang-bintang program TV realiti pada era 2000an. Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai pengarah di saluran Dunia Hiburan TV atau DHTV, milik MiTV selain bergelar tenaga pengajar di dalam program realiti Akademi Fantasia dan Kilauan Emas.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Adnan mendirikan rumah tangga dengan Sitti Aminah Datu Bachtiyal pada tahun 1994. Beliau berjumpa isteri beliau melalui sahabat dan artis baru ketika itu iaitu Hasnol yang popular dengan lagu Sudi Katakan Sudi. Isteri beliau adalah anak kepada ahli politik dan ahli perniagaan Datu Hj. Bachtiyal Datu Tambuyong dari Sandakan, Sabah. Mereka dikurniakan tiga orang anak, Aiman Zamir Bin Adnan[1] [4][5][6], Aina Zamira Adnan[7] dan Adrian Zahir Bin Adnan

Isteri beliau yang lebih dikenali dikalangan artis sebagai Kak Min atau Sharmin Datu Bachtiyal bersama beliau telah menubuhkan syarikat rakaman SRD VILLA RECORDS SDN.BHD. yang beroperasi di alamat No.3, Jalan Teratai, Persiaran Teratai 2, Studio SRD Villa, 43000, Sg.Ramal Dalam, Kajang, Selangor, Malaysia. Artis pertama yang diterbitkan di Studio SRD Villa Records(studio peribadi milik Datuk Adnan) dan bernaung dibawah BMG Music ialah Misha Omar (Album Bunga - Bunga Cinta) dan ramai lagi.

Syarikat rakaman SRD Villa Records adalah syarikat ulung beliau bersama isteri beliau (Sharmin Datu Bachtiyal). Dia bertanggungjawab sebagai Pengurus Artis- Artis keluaran SRD Villa Records antaranya Misha Omar, Arnieza Amir, Sheila Abdul dan banyak lagi. Album pertama yang diterbitkan dibawah label SRD VILLA RECORDS ialah SEHATI SEJIWA edaran FMC Records ″[8] Album ini menampilkan Datuk Adnan Abu Hassan bersama gabungan artis popular Aishah [9] dan artis-artis baru didikan Dato' Adnan Abu Hassan.

Sharmin adalah Pengurus Promosi dan Pemasaran untuk album keluaran SRD Villa Records. Setelah album penuh terbitan Datuk Adnan siap untuk artis - artis SRD Villa Records, album artis - artis ini akan dipasarkan dibawah naungan syarikat rakaman utama seperti BMG Music. Sony Music, EMI Music dan lain- lain. Sebagai Pengurus Artis[10] , beliau banyak menyumbang kepada kejayaan artis SRD Villa Records, antaranya Arnieza Amir telah berjaya merakamkan Lagu duet bersama Jeff Timmons (salah seorang anggota kumpulan 98 Degrees) di Studio rakaman American Studio,Los Angeles pada tahun 2004. Arnieza Amir yang ditemani oleh Pengurusnya Sitti Aminah Datu Bachtiyal dan Encik Firhad Ahmad (Pengarah urusan Zezz Entertainment) merakamkan 2 buah lagu duet iaitu "Be The One" dan "Over And Over". Kedua-dua buah lagu ini telah dimuatkan dalam album solo Jeff Timmons bertajuk "Whisper That Way"[11] Selaku Pengurus Pemasaran SRD Villa Records, beliau telah berjaya membawa artis rakaman mereka Arnieza Amir untuk persembahan dan kolaborasi dengan artis antarabangsa. Beliau (Sitti Aminah Datu Bachtiyal) mendapat persetujuan untuk Arnieza Amir tampil di showcase di Jim Brickman di Arena of Stars, Genting Highland, Malaysia. Arnieza Amir menjayakan showcase bersama pemain piano terkemuka Amerika Syarikat, Jim Brickman, dengan menyanyikan lagu Destiny bersama Jim Birckman.[11]

Perkahwinan hanya bertahan selama 13 tahun dan mereka bercerai pada tahun 2010.[2] Datuk Adnan telah berkahwin dengan janda anak dua iaitu Rozinorhafiza Bte Mohd. Fauzi. Perkahwinan mereka tidak dikurniakan sebarang anak. Mereka hidup bersama dengan dua orang anak tiri beliau di kondominium terletak di Gombak. Perkahwinan mereka hanya berlangsung selama 7 tahun kerana Datuk Adnan menghembuskan nafas pada 18hb Mac 2016 . Sebelum itu, jenazah Adnan dimandi, dikafankan dan disembahyangkan di Masjid Al-Falah Sungai Ramal Dalam.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Lagu-lagu Yang Terkenal

Lagu Tahun Penyanyi Penulis lirik
"Aku Di Sini" 1984 Noor Kumalasari Saadah
"Suasana Hari Raya" 1985 Anuar Zain & Ellina Razak Habsah Hassan
"Perjalananku" 1986 Jamal Abdillah Seri Bayu
"Hitam Putih Kehidupan" 1987 Sheila Majid Habsah Hassan
"Kasihku" 1988 Rahim Maarof dicipta bersama Johan Nawawi
"Cintamu Muzik Di Hatiku" 1989 Anita Sarawak Seri Bayu
"Camar Yang Pulang" 1990 Aishah Amran Omar
"Gubahan Rindu Puisi Syahdu" 1992 Fauziah Latiff Fauziah Latiff
"Di Persimpangan Dilema" 1994 Nora Ariffin Elyna Abdullah / Amran Omar
"Jerat Percintaan" 1996 Siti Nurhaliza Othman Zainuddin/Hani MJ
"Puncak Kasih" 1997 Ziana Zain Maya Sari
"Getaran Cinta Di Jiwa" 1997 Liza Hanim Hani MJ
"Samar Bayangan" 2000 Nicky Astria Hani MJ
"Bunga-bunga Cinta" 2002 Misha Omar Adnan Abu Hassan
"Dambaan Pilu" 2003 Khai Wahi Mohariz Yaakup
"Memori Cinta Luka" 2004 Nassier Wahab Mohariz Yaakup
Misha Omar mendendangkan lagu juara ciptaan Adnan - "Bunga-Bunga Cinta" ketika penutup Anugerah Juara Lagu ke-18
Siti Nurhaliza (gambar) merupakan salah seorang anak didik Adnan yang mendidik beliau sehingga menjadi penyanyi yang berjaya.

Anugerah dan pencapaian[sunting | sunting sumber]

Penganugerahan Nasional dan Lain-lain[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
1986
Festival Filem Malaysia ke-6
Skor Muzik Terbaik
Muzik untuk filem "Ali Setan" Menang
1987
Festival Filem Malaysia ke-8
Muzik untuk filem "Rahsia" Menang
1989
Festival Filem Malaysia ke-9
Muzik untuk filem "Ujang" Tercalon
1993
Anugerah Juara Lagu ke-7
Kategori Pop Rock
Komposer untuk lagu "Sudi Katakan Sudi" oleh Hasnol Menang
Anugerah Industri Muzik Pertama
Album Terbaik
Penerbit untuk album "Epilog Memori Gelita" oleh Fauziah Latiff Tercalon
Lagu Terbaik
Komposer untuk lagu "Laguku Untukmu" oleh Hasnol Tercalon
1994
Anugerah Industri Muzik ke-2
Album Tradisional Terbaik
Penerbit untuk album "Zapin Panglima" oleh M. Daud Kilau Tercalon
1996
Anugerah Juara Lagu ke-11
Juara Keseluruhan
Komposer untuk lagu "Jerat Percintaan" oleh Siti Nurhaliza Menang
Kategori Balada
Menang
1997
Anugerah Industri Muzik ke-4
Lagu Terbaik
Menang
Festival Filem Malaysia ke-13
Skor Muzik Terbaik
Muzik untuk filem "Iman Alone" Tercalon
1998
Anugerah Industri Muzik ke-5
Album Terbaik
Penerbit untuk album "Puncak Kasih" oleh Ziana Zain Tercalon
Album Pop Terbaik
Menang
Penerbit untuk album "Siti Nurhaliza" oleh Siti Nurhaliza Tercalon
Lagu Terbaik
Komposer untuk lagu "Puncak Kasih" oleh Ziana Zain Tercalon
Anugerah Juara Lagu ke-13
Kategori Balada
Menang
1999
Anugerah Industri Muzik ke-6
Album Terbaik
Penerbit untuk album "Adiwarna" oleh Siti Nurhaliza Menang
Album Pop Terbaik
Menang
2000
Anugerah Industri Muzik ke-7
Penerbit untuk album "Pancawarna" oleh Siti Nurhaliza Tercalon
2001
Anugerah Industri Muzik ke-8
Penerbit untuk album "Kirana" oleh Nora Ariffin Menang
Penerbit untuk album "Istimewa" oleh Liza Hanim Tercalon
Penerbit untuk album "Kembali" oleh Intan Sarafina Tercalon
2002
Anugerah Industri Muzik ke-9
Penerbit untuk album "Aku Cintakan Mu" oleh Ziana Zain Tercalon
Penerbit untuk album "Safa" oleh Siti Nurhaliza Tercalon
2003
Anugerah Industri Muzik ke-10
Lagu Terbaik
Komposer untuk lagu "Bunga-bunga Cinta" oleh Misha Omar Tercalon
Anugerah Juara Lagu ke-18
Juara Keseluruhan
Menang
Kategori Balada
Menang
2004
Anugerah Media Hiburan 2003
Lagu Sepanjang Tahun
Menang
Anugerah Era 2004
Anugerah Carta Era
Komposer untuk lagu "Dambaan Pilu" oleh Khai Wahi Menang
2005
Anugerah Industri Muzik ke-12
Album Pop Terbaik
Penerbit untuk album "Aksara" oleh Misha Omar Tercalon
Anugerah Era 2005
Lagu Pop Pilihan
Komposer untuk lagu "Tiada Lagi Tangisan" oleh Aishah Tercalon
2007
Anugerah Industri Muzik ke-14
Album Pop Terbaik
Penerbit untuk album "Kurnia" oleh Aishah Tercalon
2008
Anugerah Industri Muzik ke-15
Anugerah Wirama
Pencapaian Sepanjang Hayat Menang
2009
Anugerah Industri Muzik ke-16
Album Terbaik
Penerbit untuk album "Lantera Timur" oleh Siti Nurhaliza Menang
Album Pop Etnik Terbaik
Menang

Anugerah Juara Lagu[sunting | sunting sumber]

Penyertaan sebagai Pencipta Lagu[sunting | sunting sumber]

Petunjuk
Menang juara keseluruhan
Tahun Kategori Judul Lagu Keputusan Lirik Penyanyi
1986 Terbuka "Perjalananku" Tercalon Seri Bayu Jamal Abdillah
digantikan oleh Azman Abu Hassan
1993 Pop Rock "Sudi Katakan Sudi" Menang Anoe Hasnol
1995 Balada "Di Persimpangan Dilema" Tercalon Elyna Nora Ariffin
1996 Balada "Jerat Percintaan" Menang Hani MJ & Othman Zainuddin Siti Nurhaliza
1998 Balada "Wajah Kekasih" Tercalon Hani MJ Siti Nurhaliza
"Puncak Kasih" Menang Maya Sari Ziana Zain
"Getaran Cinta Di Jiwa" Tercalon Hani MJ Liza Hanim
2003 Balada "Bunga-Bunga Cinta" Menang Adnan Abu Hassan Misha Omar
Etnik Kreatif "Hasrat Perindu" Tercalon Kumang Mas Idayu
2007 Etnik Kreatif "Kasihnya Balqis" Tercalon Mohariz Yaakup Aishah

Penyertaan sebagai Artis[sunting | sunting sumber]

Tahun Kategori Judul Lagu Keputusan Muzik & Lirik Nota
1992 Etnik Kreatif "Selasihku Sayang" Tercalon Taib Othman / Kasajiza Adnan Abu Hassan & Syaliaty Wahab

Penyertaan Peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik[sunting | sunting sumber]

Tahun Kategori Judul Lagu Muzik & Lirik Artis (Penyanyi Gantian) Nota
1992 Pop Kreatif "Gubahan Rindu Puisi Syahdu" Adnan Abu Hassan/Fauziah Latif Fauziah Latif (Zairani) Fauziah berada di United Kingdom
1993 Balada "Lagu Untukmu" Adnan Abu Hassan/Hasnol Hasnol
1994 Balada "Dalam Gerimis" Adnan Abu Hassan/Amran Omar Kumpulan Visa
1995 Irama Malaysia "Hujan Airmata" Adnan Abu Hassan/Amran Omar Siti Musliha
1996 Balada "Batas Menanti" Adnan Abu Hassan/Amran Omar Fauziah Latiff
1997 Irama Malaysia "Kau Kasih, Ku Sayang" Adnan Abu Hassan/Amir Hasan Asha Malik
2000 Balada "Kembali" Adnan Abu Hassan/Abot Intan Sarafina
"Kesuma Hati" Adnan Abu Hassan/Maya Sari Ziana Zain Menarik Diri Dari Penyertaan
"Samar Bayangan" Adnan Abu Hassan/Hani MJ Nicky Astria Menarik Diri Dari Penyertaan
2003 Balada "Halaman Cinta" Adnan Abu Hassan/Mohariz Yaakup Misha Omar
"Selamanya Takkan Berakhir" Adnan Abu Hassan/Nurkhalina Ashira Aziz
2004 Balada "Dambaan Pilu" Adnan Abu Hassan/Mohariz Yaakup Khai Wahi
"Memori Cinta Luka" Adnan Abu Hassan/Mohariz Yaakup Nassier Wahab
2005 Balada "Tangisan Dalam Kerinduan" Adnan Abu Hassan Farah Anuar Memenangi hadiah Lagu Popular Pilihan SMS
"Tiada Lagi Tangisan" Adnan Abu Hassan/Mohariz Yaakup Aishah Lagu asal pernah dirakam oleh Misha Omar
"Cinta Seorang Teman" Adnan Abu Hassan/Faris Zailani Bob Yusrizan Lagu ini dipilih secara wildcard ke Separuh Akhir
"Memori Bahagia" Adnan Abu Hassan/Faris Zailani Sahri
Etnik Kreatif "Nurul Ain" Adnan Abu Hassan/ Faris Zailani Rayna Hairina
2008 Etnik Kreatif "Puteri Tarian Kasih" Adnan Abu Hassan/ Faris Zailani Anis Anessa

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Adnan Abu Hassan". Murai.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-02-04. Dicapai pada 5 Februari 2013.
  2. ^ “Saya masih sihat” – Adnan Abu Hassan Diarkibkan 2015-12-25 di Wayback Machine The Rakyat Post (21 Mei 2015). Dicapai pada 21 Mei 2015.
  3. ^ Nor Atieyah Yusoff (16 April 2013). Adnan Abu Hassan masih punya magis Sinar Harian. Diperoleh pada 29 Mac 2014.
  4. ^ https://www.instagram.com/aimanzamir.wav/
  5. ^ https://www.linkedin.com/in/aiman-zamir-adnan-9b172b111/?originalSubdomain=my
  6. ^ http://www.macp.com.my/membership-listing.asp
  7. ^ "Instagram". www.instagram.com. Dicapai pada 2023-12-20.
  8. ^ http://fmcmusic.com.my/store/group/sehati-sejiwa/
  9. ^ Wan Aishah binti Wan Ariffin
  10. ^ https://www.linkedin.com/in/sharmin-bachtiyal-dhbasia16/?originalSubdomain=my
  11. ^ a b http://dutagemilang.blogspot.com/

Pautan luar[sunting | sunting sumber]