Masihkah Ada Rasa Itu?

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
"Masihkah Ada Rasa Itu?"
Single oleh Misha Omar
daripada album "Wanita Syurga"
Dilancarkan pada1 Mac 2024 (Digital)
FormatStrim, Muat Turun
GenrePop, Pop Indonesia
Panjang3:22
SyarikatSony Music Entertainment Malaysia
PenulisSharon Paul, Misha Omar, Que Afiqq
PenerbitMisha Omar / Sharon Paul
Kronologi single Misha Omar
""Tanpa Rela"
(2020)"
"Masihkah Ada Rasa Itu?" "-"
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Lagu Masihkah Ada Rasa Itu? (Inggeris: "Has The Senses Remain?") adalah lagu nyanyian penyanyi pop Misha Omar yang merupakan kerjasama kali kedua bersama komposer dan penerbit Sharon Paul [1]. Ia diterbitkan secara digital pada 1 Mac 2024 oleh Sony Music Entertainment Malaysia dengan kerjasama Alternate Records & Talents dan dimuatkan sebagai lagu tema asal drama siaran TV3 berjudul "Wanita Syurga".

Latar Belakang dan Rakaman[sunting | sunting sumber]

Misha menamatkan penantian empat tahun peminatnya apabila mengeluarkan single ini. Lagu ini berjaya dirakamkannya dalam kesibukan beliau menguruskan anak sulungnya Muhammad Adam Emir yang sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia [2]. Misha sekali mendapatkan khidmat Syafinaz Selamat sebagai pengarah vokal, manakala ia kerjasama pertama Misha bersama penulis lirik muda Que Afiqq.

Idea untuk menghasilkan lagu ini terjadi setelah Misha menerima demo awal daripada Sharon dan menyukai konsep minimalisnya dan membayangkan potensi lagu itu sebagaimana lagu "Masing Masing" ciptaan Ade Govinda untuk penyanyi Ernie Zakri yang baru diterbitkan ketika itu [3]. Lantas, Misha bersama Sharon menyudahkan penciptaan lagu tersebut dan kemudian mendapatkan khidmat penulis lirik muda Que Afiqq untuk disesuaikan dengan drama terbaru yang akan disiarkan di TV3 iaitu "Wanita Syurga". Misha membayangkan lagu tersebut sesuai buat mewakili perasaan watak kedua-dua wanita yang dimadukan di dalam drama itu iaitu Ardini dan Farah [4].

Lagu Tema[sunting | sunting sumber]

Lagu ini disiapkan sebagai lagu tema untuk drama berjudul "Wanita Syurga" siaran TV3.

Maklumat Rakaman[sunting | sunting sumber]

Penerbit: Sharon Paul , Misha Omar
Komposer : Sharon Paul, Misha Omar
Penulis Lirik : Que Afiqq
Penggubah Lagu : Sharon Paul
Pengarah Vokal : Syafinaz Selamat
Gitar : Jamie Wilson
Bass: Ken Chung
Penyanyi Latar: Paulway Chew
Jurutera Rakaman: Ben & JD
Adunan dan Mastering: Ari Renaldi
Studio : Werkit Records, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur
Terbitan Bersama : Alternate Records & Talents
Terbitan : Sony Music Entertainment Malaysia Sdn Bhd

Muzik Video[sunting | sunting sumber]

Penerimaan[sunting | sunting sumber]

Lagu ini memacu dengan pantas di carta playlist Spotify setelah beberapa hari dikeluarkan iaitu di kedudukan ke-16 dalam carta Hot Hits Malaysia, ke-10 (Carta Malaysia 50) dan ke-20 (EQUAL Singapore & Malaysia) [5]. Misha tidak begitu mempromosikan lagu ini kerana ia dikeluarkan menjelang bulan Ramadan, namun menyatakan ia akan dipromosikan setelah tayangan drama rantaian "Wanita Syurga" yang mula bersiaran pada 15 Mac 2024 di TV3. Misha turut hadir ke konti Hot FM pada 6 Mac 2024 untuk memperkenalkan lagu ini secara rasmi [6].

Promosi[sunting | sunting sumber]

Program/Temubual Persembahan Tarikh
Launch Countdown (Instagram Misha Omar/Sony Music Malaysia) - 29 Feb 2024
Bekpes Hot (Hot FM, Media Prima) - 6 Mac 2024
Spotify Hot Hits (Spotify Malaysia) - 10 Mac 2024
Suria Top 40 (Suria FM, Star) Akustik diiringi pemain gitar Dean Sim 27 April 2024
Bro Pagi Gegar (Gegar FM, Astro) - 29 April 2024
Carta Era (Era FM, Astro) Karaoke lagu "Asyik", duet bersama Elly Mazlein 4 Mei 2024
Era Sarawak (Era FM, Astro) Cover lagu dalam bahasa Iban 4 Mei 2024
Malaysia Hari Ini (TV3, Media Prima) Akustik diiringi pemain gitar Dean Sim 13 Mei 2024
Molek Pagi (Molek FM) - 14 Mei 2024

Carta[sunting | sunting sumber]

Carta Kedudukan
tertinggi
Tarikh
Youtube Malaysia Trending (Youtube) - -
Malaysia 50 (Spotify) 1 1 - 8 Mac 2024
Suria FM (Star) - -
Hot FM (Media Prima) - -
Carta Era (Astro) - -
Muzik Muzik (TV3) - -

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]