Lagu Misha Omar di Akademi Fantasia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Lagu-lagu rakaman penyanyi Misha Omar sering dijadikan rujukan untuk pertandingan nyanyian setelah kejayaannya menempa nama dalam bidang seni suara. Saban musim lagu nyanyian asalnya diberikan sebagai tugasan kepada pelajar-pelajar Akademi Fantasia. Sejak musim pertama kebanyakkan lagu-lagu Misha menghantui para pelajar kerana kesukaran untuk membawakan lagu-lagu tersebut tanpa ada sebarang pengaruh Misha yang sangat kuat identitinya.

Lagu Wajib Ujibakat[sunting | sunting sumber]

  • AF1 - "Bunga-bunga Cinta"
  • AF2 - "Semoga Abadi"
  • AF3 - "Dedebu Cinta"
  • AF9 - "Ku Seru"
  • AF11 - "Angin Syurga"

Lagu Tugasan[sunting | sunting sumber]

Ketika minggu ke 9 Akademi Fantasia 2 Misha dijemput sebagai pengkritik jemputan sekaligus menjadikan beliau sebagai pengkritik paling muda yang pernah diundang Akademi Fantasia (22 tahun).

Setakat ini belum ada peserta AF yang mendapat 100% kritikan positif apabila mendendangkan lagu-lagu Misha. Berikut adalah senarai peserta AF yang pernah mendapat lagu-lagu Misha. 19 peserta pernah menyanyikan 11 lagu Misha dan yang menariknya 14 daripada mereka bergelar finalis AF.

Lagu-lagu Misha sebagai tugasan di Akademi Fantasia
Musim Peserta Lagu Minggu Persembahan Nota
AF1 (2003) Nana (Nurul Hana Che Mahazan) Halaman Cinta 5 (12 Julai 2003)
  • Nana menghabiskan lagu ini dengan tangisan kerana gagal menyampaikan dengan baik selain diganggu hurungan lalat ketika menyanyi.
  • Kudsia Kahar, Azwan Ali & Siti Nurhaliza sekadar memberi kritikan sederhana terhadap persembahan Nana.
Liza (Nurlizawaty Mohd Ismail) Bunga-bunga Cinta 7 (26 Julai 2003)
  • Liza merupakan finalis AF1.
AF2 (2004) Linda Nanuwil Semoga Abadi 2 (19 Jun 2004)
  • Linda menyanyi sambil diserikan dengan buih sabun.
  • Pengkritik undangan, Yusof Haslam memberikan gelaran Pesona Bintang kepada Linda manakala Farihin Abdul Fatah menyelar masalah low note Linda yang merosakkan lagu ini.
  • Linda tersingkir minggu ke 8 dan diserapkan semula ketika final.
Zarina Zainoordin Pulangkan 5 (10 Julai 2004)
  • Zarina menyanyi bersama Sahri AF1 untuk lagu ini.
  • Andy (Flop Poppy) mengkritik nyanyian sengau Zarina, manakala Shuhaimi Baba yang juga penulis lirik lagu ini memberi komen sederhana.
AF3 (2005) Idayu (Nur Farah Idayu) Tiada Lagi Tangisan 4 (25 Jun 2005)
  • Persembahan mendapat pujian pengkritik, namun Idayu tersingkir.
  • Penyanyi Aishah hadir memberi sokongan, biarpun beliau merupakan penyanyi semula lagu ini.
Marsha (Marsha Milan Londoh) Destiny 6 (9 Julai 2005)
  • Marsha mempersembahkan lagu ini dengan iringan piano yang dimainkannya sendiri
  • Pengkritik Adlin Aman Ramli 'menobatkan' Marsha sebagai 'juara'.
Akma (Asiahtunakma Abdullah) Hati Keliru
  • Akma menambah bahagian rap yang dinyanyikan seorang lagi peserta, Aidil.
  • Pengkritik Iman Wan dan Sharifah Aini memberi komen membina.
Amylea Azizan & Marsha Londoh Bunga-bunga Cinta secara medley bersama 3 lagu lain. 9 (30 Julai 2005)
  • Minggu terakhir sebelum final dimana lagu BBC diletakkan dalam medley lagu-lagu ciptaan Adnan Abu Hassan selain Jerat Percintaan, Gubahan Rindu Puisi Syahdu, & Tangisan Dalam Kerinduan.
  • Amylea & Marsha mendapat komen sederhana daripada Suraya Alatas & Vince Chong.
  • Kedua-dua peserta ini mara ke final.
AF4 (2006) Farhan Azizan Tak Ingin Lagi 4 (24 Jun 2006)
  • Noraniza Idris memperbetulkan beberapa patah nyanyian Farhan manakala Harun Salim Bachik berpuas hati.
  • Farhan mara ke final AF4
AF5 (2007) Heliza Helmi Nafas Cahaya 6 (21 Apr 2007)
  • Fauziah Ahmad Daud, Hattan, Fauziah Latiff dan Kudsia Kahar menyifatkan nyanyian Heliza mirip Siti Nurhaliza serta kepayahan membawa lagu ini.
  • Fauziah Latiff mengkritik nada suara Heliza yang sedikit mendatar.
  • Heliza mara ke final AF5.
Candy (Candra Clement) Dedebu Cinta 10 (Final, 19 Mei 2007))
  • Semua pengkritik sekadar berpuas hati dengan persembahan vokal Candy.
  • Candy merupakan peserta pertama menyanyikan lagu Misha di final AF.
AF6 (2008) Mama Rina (Harina Abdul Halim) Ku Seru 2 (19 Mac 2008)
  • Aidit Alfian menyifatkan nyanyian Mama Rina sekadar cukup makan.
Top 6 (Nadia, Nubhan, Stacy, Stanley, Toi & Riz) Sembunyi 8
  • Pengkritik sekadar berpuas hati.
  • Semua mara ke final AF6 kecuali Stanley.
AF7 (2009) Isma (Ismaliza Ismail) Cinta Adam dan Hawa 10 (Final, 16 Mei 2009)
  • Edrie Hashim, Khatijah Ibrahim & Hattan menyifatkan suara Isma tidak kena dengan lagu yang sukar ini.
  • Isma peserta AF yang kedua membawakan lagu Misha di final.
  • Misha melawat Isma di akademi pada minggu terakhir untuk memberi tunjuk ajar dan semangat.
AF8 (2010) Ema (Erma Suhaimi) Tiada Lagi Tangisan 0 (Tirai)
  • Tiada komen daripada pengkritik kerana ia persembahan pembukaan.
AF10 (2013) Irmisa (Irmiza Binti Sahabuddin & Irsa Binti Sahabuddin) Angin Syurga 4 (6 Okt 2013)
  • Edry menyifatkan nyanyian duo ini kelaut
  • Sharifah Amani tidak faham alur lagu ini kerana nyanyian mereka berkecamuk.
  • Roslan Aziz menyifatkan lagu ini menjadi tidak tentu hala.
  • Disifatkan persembahan lagu Misha Omar yang terburuk sejak "Halaman Cinta" oleh Nana Mahazan.
Aishah (Nur Aishah binti Aziz) Sembunyi 7 (27 Okt 2013)
  • Aishah tampil berduet dengan Hafiz Suip
  • Persembahan memuaskan
AF11 (2014) Ziha (Norziha binti Salleh) Cinta Adam dan Hawa 5 (5 Okt 2014)
  • Juri jemputan Nash Elias menyifatkan nyanyian Ziha tidak kesampaian
  • Ziha tersingkir
AF12 (2015) Bila (Nurnajmi Nabila binti Samsaidi) Semoga Abadi 8 (27 Sept 2015)
  • Persembahan Bila mendapat pujian semua pengkritik kerana lari daripada gaya nyanyian Misha


Lagu Tugasan di Big Stage[sunting | sunting sumber]

Setelah francais Akademi Fantasia dihentikan, Astro mengubah format pertandingan dengan memperkenalkan pertandingan nyanyian melibatkan bakat baharu yang dikenali melalui platform digital iaitu Big Stage. Sebagaimana AF, lagu-lagu Misha juga sering menjadi pilihan untuk tugasan peserta.

Lagu-lagu Misha sebagai tugasan di Akademi Fantasia
Musim Peserta Lagu Minggu Persembahan Nota
BS1 (2018) Sissy Imann Semoga Abadi 2 (12 Ogos 2018; tema Lit Throwback)
  • Sissy bernyanyi menggunakan piano, dan susunan vokal diubah secara jaz klasikal
  • Juri berpendapat nyanyian Sissy tidak enak dipendengaran
  • Purata markah juri adalah 80%, dan undian Tiktok sekadar 6.8%
Wani Kayrie Sampai Bila 3 (19 Ogos 2018, tema Sama-sama Up)
  • Wani berduet bersama Hael Husaini
  • Persembahan kucar-kacir dan tidak kesampaian
  • Purata markah juri adalah 76%, dan undian Tiktok 10.25%
BS2 (2019) Fieya Julia Cinta 7 (29 September 2019; tema Road To Final)
  • Fieya membawakan bahagian Misha, dan berduet dengan Liza Hanim
  • Persembahan sekadar memuaskan
  • Fieya tersingkir
BS5 (2023) Nadeera Zaini Bunga-bunga Cinta 4 (28 Mei 2023; tema Hari Jiwa Galau)
  • Nadeera mengubah melodi dengan menggabungkan sedikit sampling lagu "Sial" (Mahalini Raharja)
  • Persembahan mendapat kritikan yang baik
  • Purata markah keseluruhan 80%,