Krisis tebusan Bangunan AIA

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Krisis tebusan Bangunan AIA berlaku pada 4 Ogos 1975 apabila pengganas Tentera Merah Jepun (JRA) merampas bangunan American International Assurance (AIA) di Jalan Raja Chulan / Jalan Ampang, Kuala Lumpur, Malaysia. JRA adalah serpihan daripada Liga Tentera Merah Komunis Jepun. Situasi ini bukan kali pertama Malaysia berhadapan dengan tebusan seumpama itu. Rampasan ini tiga tahun selepas peristiwa Black September di Munich, Jerman pada 5 September 1972.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

JRA dikenali juga sebagai Anti-Imperialist International Brigade (AIIB), Briged Perang Suci dan Barisan Demokratik Anti Peperangan. Pegasas JRA ialah Fusako Shigenobu, seorang wanita Jepun. Amerika terlibat dalam Perang Vietnam 1957-April 1975.

Sekitar 1970-an banyak serangan dan pembunuhan dilancarkan di seluruh dunia. Serangan pembunuhan dilakukan di Lapangan Terbang Lod di Israel pada 1972. Kumpulan Black September telah menyerang dan membunuh 11 atlet Israel di perkampungan Sukan Olimpik Munich, Jerman pada 1972.

Tujuan perjuangan JRA ialah menghapuskan kerajaan Jepun dan sistem monarki di Jepun dengan melancarkan revolusi di seluruh dunia sejak September 1969 . JRA dalam bahasa Jepun ialah 'Sekigun-ha'. pemimpin intelektual JRA iaitu Takaya Shiomi telah dipenjarakan pada 1970. Ahlinya seramai 200 orang, bergabung dengan Rengo Sekigun atau United Red Army pada Julai 1971. 12 daripada ahlinya mendapat latihan senjata di puncak gunung Jepun.

Pada 1971, JRA berkerjasama rapat dengan perjuangan Palestin iaitu Barisan pembebasan Popular Palestin (PFLF).[1]

Serangan[sunting | sunting sumber]

Bangunan AIA (American Inssurance Associates) menempatkan Kedutaan Amerika Syarikat dan Sweden. 10 orang Tentera Merah Jepun telah merempuh masuk dan menawan 53 orang di dalamnya selama 3 hari. Semua tebusan dikumpulkan di tingkat 9, bangunan AIA, Jalan Ampang. Tebusan ditahan selama 79 jam. Jika tuntutan tidak dipenuhi, semua 53 tebusan akan dibunuh. Akhirnya kerajaan Jepun berkompromi dan menghantar banduan dari penjara Jepun ke Malaysia dengan Syarikat Penerbangan Jepun (JAL). Kapal terbang yang sama membawa pengganas JRA ke Libya.

Hasil rundingan, JRA berjaya membebaskan lima orang pemimpin mereka yang dipenjarakan di Jepun dan Sweden . Seterusnya mereka diterbangkan dengan DC8 pada 7 Ogos 1975 ke Libya.

Mereka menuntut diterbangkan ke negara Libya. Reputasi umum ketika itu, Presiden Libya, Muammar al-Gaddafi menyokong perjuangan kemerdekaan di serata dunia, termasuk perjuangan PLO menuntut pembebasan bumi Palestin dari cengkaman Israel, gerakan Moro di Mindanao dan IRA di Ireland.

Perdana Menteri ketika itu ialah Tun Abdul Razak dan Ketua Polis Negara ialah Tan Sri Mohammed Hanif Omar. Menteri Dalam Negeri ialah Tun Ghazali Shafie. Ketika itu, Tun Ghazali berada di Indonesia tetapi berjaya berunding dengan tawanan. Beliau telah berkomunikasi dengan JRA. Beliau berada di dalam bangunan selama 3 hari. Hasilnya pegawai kedutaan Amerika berjaya dibebaskan.[2]

Tokoh yang ditukar ganti dalam tebusan itu ialah Timbalan Menteri Pengangkutan Dato’ Ramli Omar dan KSU kementerian Tan Sri Osman Samsuddin Cassim. Dua orang ini menjadi pengiring JRA ke Lapangan Terbang Subang. Kapal terbang DC8 sudah sedia menunggu, yang mereka rampas dari Korea Selatan.

Kapal terbang singgah di Lapangan Terbang Colombo, Sri Lanka. kemudian singgah di Lapangan Tripoli, Libya. Mereka sampai di Tripoli pada petang 8 Ogos 1975. Osman Samsuddin Cassim dan Ramli Omar kembali ke Malaysia pada 10 Ogos 1975.[3] Dari awal hingga akhir, tidak ada pertumpahan darah berlaku.

Antara tebusan itu ialah :

  1. Fredrik Bergenstrahle - Pegawai kedutaan Sweden
  2. Ulla Odqvist - setiausaha Kedutaan Sweden
  3. Gerald Lancaster - warganegara Amerika Syarikat
  4. Trudy Lancaster - warganegara Australia
  5. Vick Lancaster - warganegara Australia
  6. Rodney Lancaster - warganegara Australia
  7. Adrian Lancaster - warganegara Australia

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada April 1988, JRA yang dipimpin oleh Yu Kikumura ditahan bersama bahan peledak di New Jersey Turnpike. Dia merancang meletupkan USO club di Naples, Itali yang membunuh 5 orang termasuk seorang pegawai wanita Amerika Syarikat.

Kesan[sunting | sunting sumber]

Krisis ini dikira kemenangan kepada perjuangan organisasi JRA. Semakin banyak rampasan kapal terbang berlaku selepas itu . Tahun 1970-an adalah kemuncak perjuangan JRA.

Amerika memindahkan kedutaannya di lokasi baru di persimpangan Jalan Ampang.

Raja Sweden Carl XVI Gustaf menganugerahkan Royal Order of the Polar Star kepada Tan Sri Osman Samsuddin Cassim pada 16 September 2009 , kira-kira 34 tahun kemudian. Anugerah itu telah diadakan sejak 1748.[4] Anugerah itu disampaikan oleh duta Sweden ke Malaysia, H.E. Helena Sångeland.

Tun Abdul Razak meninggal dunia pada 14 Januari 1976 beberapa bulan selepas peristiwa itu.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Japanese Red Army
  2. ^ Tun Ghazali Sentiasa Ada Idea Baru - Musa Hitam Bernama
  3. ^ [?]
  4. ^ "His Majesty King Carl XVI Gustaf of Sweden awards Malaysian citizen Tan Sri Osman S. Cassim the Royal Order of the Polar Star". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-28. Dicapai pada 2011-07-28.