2014 S/S

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
2014 S/S
Edisi digital
Album studio oleh
Dilancarkan pada12 Ogos 2014 (Digital)
14 Ogos 2014 (Fizikal)
(sejarah pelancaran)
GenreK-pop, Balada, Hip-hop, Elektronik, Raggae
Panjang35:53
BahasaKorea
SyarikatYG Entertainment
PenerbitKang Seung-yoon Edit the value on Wikidata
Kronologi Winner
FINAL BATTLE
(2013)
2014 S/S
(2014)
2014 S/S -Japan Collection-
(2014)
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

2014 S/S merupakan album penuh pertama daripada kumpulan muzik Korea, Winner. Ia dilancarkan dalam dua edisi iaitu edisi digital serta edisi fizikal (dengan 2 versi terhad dan 1 versi pelancaran) di bawah YG Entertainment dan diedarkan oleh KT Music. Runut utamanya, "Kosong" berjaya menduduki tangga teratas dalam carta-carta muzik utama di Korea Selatan dan beberapa lagu lain juga berada dalam tangga 10 teratas dalam iTunes di beberapa buah negara lain.[1]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Winner mula melancarkan teaser yang berjudul 'The Visitor' di laman YouTube rasmi mereka pada 10 Jun 2014[2][3] dan ini diikuti rancangan pelancaran rasmi yang memaparkan jadual teaser seterusnya dalam jangka masa tiga minggu kemudian akan datang.[4][5] Teaser-teaser tersebut dibahagikan kepada tiga bahagian dengan tiga judul iaitu 'Test Week' pada minggu pertama, 'New York Week' (minggu kedua) dan minggu yang terakhir dengan tajuk 'Winner Week'. Untuk teaser terakhir dalam jangka masa tersebut, ia memaparkan satu lagi tarikh untuk teaser pelancaran besar 'WINNER Debut Album 2014 S/S' pada 1 Ogos.[6] Selepas dua bulan dalam menjalani promosi, akhirnya teaser dengan tarikh penampilan sulung di Korea dengan wadah pelancaran diadakan pada 6 Ogos serta album 2014 S/S akan dilancarkan secara digital pada 12 Ogos dan secara fizikal pada 14 Ogos.[7]

Album ini terdiri daripada sepuluh buah lagu di mana dua daripadanya telah dijadikan sebagai runut utama iaitu "Kosong" (tajuk asal: 공허해) dan "Color Ring" (tajuk asal: 컬러링). Dua buah lagu lagi daripada album ini adalah lagu solo iaitu "Aku Dia" (tajuk asal: 걔 세) nyanyian Song Min-ho dan "Pengakuan" (tajuk asal: 고백하는 거야) nyanyian Nam Tae-hyun. Kesemua ahli Winner telah mengambil bahagian dalam kesemua lagu yang terdapat dalam album ini termasuklah dari segi gubahan, seni kata dan juga susunan lagu.[8]

Promosi dan pelancaran[sunting | sunting sumber]

Bagi mempromosikan album ini, satu acara wadah telah diadakan pada 6 Ogos 2014 di Hotel Conrad Seoul sebelum penampilan sulung Winner dibuat.[9][10] Dua buah video muzik juga dilancarkan iaitu untuk lagu "Kosong" dan "Color Ring".[9] Winner akan membuat penampilan sulung di rancangan muzik televisyen bermula di SBS Inkigayo pada 17 Ogos.[11]

Senarai runut[sunting | sunting sumber]

※ Lagu yang digelapkan merupakan lagu utama bagi album itu.

No.TajukSeni kataGubahanSusunanMasa
1."공허해" (Kosong) B.I, Song Min-ho, BobbyPK, B.IPK3:40
2."컬러링" (Color Ring) Kang Seung-yoon, Song Min-ho, Lee Seung-hoonKang Seung-yoon, Kang Uk-jin, Ham Seung-chun, Dee.P, Cho Sung-hwakKang Uk-jin, Ham Seung-chun3:55
3."끼부리지마" (Jangan Mengurat) Kang Uk-jin, Song Min-ho, Lee Seung-hoon, Ham Seung-chun, Cho Sung-hwakKang Uk-jin, Ham Seung-chun, Cho Sung-hwakKang Uk-jin, Ham Seung-chun3:25
4."걔 세" (Aku Dia) (solo Minho) Song Min-hoSong Min-ho, Teddy, Choice37Teddy, Choice372:52
5."척" (Pura-pura) Song Min-hoKang Seung-yoon, Song Min-ho, The FliptonesThe Fliptones3:23
6."고백하는 거야" (Pengakuan) Nam Tae-hyunNam Tae-hyun, AiRPLAY, Cho Sung-hwakAiRPLAY4:07
7."사랑하지마" (Jangan Bercinta) Nam Tae-hyun, Song Min-ho, Lee Seung-hoonKang Uk-jin, Nam Tae-hyun, Ham Seung-chunKang Uk-jin, Ham Seung-chun3:53
8."Different" (Lain) Kang Seung-yoon, Song Min-ho, Lee Seung-hoonKang Seung-yoon, Song Min-hoAiRPLAY3:57
9."이 밤" (Malam Ini) Nam Tae-hyun, Song Min-hoNam Tae-hyun, AiRPLAYAiRPLAY3:22
10."Smile Again" (Senyum Lagi) Kang Seung-yoon, Song Min-ho, Lee Seung-hoonKang Seung-yoon, Song Min-ho, Dee.PThe Fliptones3:19
Jumlah masa: 35:53


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ 김윤지 (Kim Yoon-ji) (16 Ogos 2014). "위너, 22일 사인회 개최 '특급 팬 서비스'" [Winner mengadakan sesi 'khidmat peminat ekspres' pada 22 hari bulan] (dalam bahasa Korea). MSN Korea. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-08-19. Dicapai pada 16 Ogos 2014.
  2. ^ "[Video] YG Makes a Surprise Attack with Teaser for Winner" [[Video] YG membuat serangan mengejut dengan teaser untuk Winner]. CJ E&M enewsWorld (dalam bahasa Inggeris). Mwave. Dicapai pada 26 Jun 2014.
  3. ^ "Debuting YG boy group WINNER release first teaser for 'The Visitor'!" [Kumpulan lelaki yang akan debut WINNER melancarkan teaser pertama untuk 'The Visitor'] (dalam bahasa Inggeris). allkpop. 10 Jun 2014. Dicapai pada 16 Ogos 2014.
  4. ^ "YG Entertainment release their 'launching campaign plan' for new group WINNER" [YG Entertainment melancarkan 'rancangan kempen pelancaran' untuk kumpulan baharu WINNER] (dalam bahasa Inggeris). allkpop. Dicapai pada 14 Ogos 2014.
  5. ^ "YG Entertainment gears up for WINNER debut" [YG Entertainment membuat persiapan untuk penampilan pertama WINNER] (dalam bahasa Inggeris). HELLOKPOP. Dicapai pada 14 Ogos 2014.
  6. ^ "WINNER to tease all this week as revealed through 'WINNER Week' schedule" [WINNER akan mengganggu sepanjang minggu ini seperti yang didedahkan melalui jadual 'WINNER Week'] (dalam bahasa Inggeris). allkpop. 30 Jun 2014. Dicapai pada 14 Ogos 2014.
  7. ^ Vanessa Phan (3 Ogos 2014). "Buckle Up and Get Ready for Winner's Grand Launch" [Siapkan diri dan bersedia untuk pelancaran besar Winner] (dalam bahasa Inggeris). HelloKpop. Dicapai pada 16 Ogos 2014.
  8. ^ "WINNER reveal track list for debut album '2014 S/S'" [WINNER dedahkan senarai runut untuk album debut '2014 S/S'] (dalam bahasa Inggeris). allkpop. 6 Ogos 2014. Dicapai pada 16 Ogos 2014.
  9. ^ a b "WINNER makes a grand debut with 2 MV releases" [WINNER membuat debut besar dengan pelancaran 2 MV] (dalam bahasa Inggeris). Korea.com. 12 Ogos 2014. Dicapai pada 16 Ogos 2014.
  10. ^ "WINNER share photos from 'Grand Launch' event for '2014 S/S' album" [WINNER berkongsi gambar daripada acara 'Pelancaran Besar' untuk album '2014 S/S'] (dalam bahasa Inggeris). allkpop. 7 Ogos 2014. Dicapai pada 16 Ogos 2014.
  11. ^ "WINNER to Hold a Launching Show for Their Awaited Debut" [WINNER akan mengadakan rancangan pelancaran untuk penampilan sulung mereka yang dinantikan] (dalam bahasa Inggeris). Soompi.com. Dicapai pada 14 Ogos 2014.