Pergi ke kandungan

3 Idiots

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
3 Idiots
Theatrical release poster
PengarahRajkumar Hirani
Lakon layarAbhijat Joshi
Rajkumar Hirani
Vidhu Vinod Chopra
Cerita olehAbhijat Joshi
Rajkumar Hirani
BerdasarkanFive Point Someone – What not to do at IIT! oleh Chetan Bhagat
Dihasilkan olehVidhu Vinod Chopra
DibintangiAamir Khan
Kareena Kapoor
R. Madhavan
Sharman Joshi
Boman Irani
Omi Vaidya
Mona Singh
Parikshit Sahni
Dikisahkan olehR. Madhavan
SinematografiC. K. Muraleedharan
Disunting olehRanjeet Bahadur
Rajkumar Hirani
Muzik olehShantanu Moitra
Diedarkan olehVinod Chopra Productions
Tarikh tayangan
25 Disember, 2009
Masa tayangan
170 minit[1]
NegaraIndia
Bahasa
  • Hindi
  • Inggeris
BajetAS$9 juta[2]
Pecah panggungAS$88 juta[[3]

3 Idiots (ditulis sebagai 3 idiots) ialah filem komedi-drama India tahun 2009 diarahkan Rajkumar Hirani, dengan skrip lakon layar ditulis Abhijat Joshi, dan diterbitkan Vidhu Vinod Chopra. Ia diadaptasikan secara longgar dari novel Five Point Someone oleh Chetan Bhagat. 3 Idiots dibintangi Aamir Khan, Kareena Kapoor, R. Madhavan, Sharman Joshi, Omi Vaidya, Parikshit Sahni dan Boman Irani.

  • Aamir Khan sebagai Ranchhoddas "Rancho" Shamaldas Chanchad/ Chhote/ Phunsukh Wangdu - Seorang pelajar riang yang semula jadi bijak dan cerdas. Dia kemuadiannya menjadi seorang usahawan dan saintis terkenal yang mengajar apabila dia tidak menjalankan penyelidikan (berdasarkan Sonam Wangchuk)
  • Kareena Kapoor sebagai Pia Sahastrabuddhe - Seorang doktor yang berjaya, anak bongsu Virus dan adik perempuan Mona.
  • R. Madhavan sebagai Farhan Qureshi - Seorang pelajar yang meminati fotografi yang belajar kejuruteraan untuk memuaskan hati bapanya. Dia kemudian didedahkan sebagai jurugambar hidupan liar yang berjaya.
  • Sharman Joshi sebagai Raju Rastogi - Seorang pelajar yang memasuki ICE untuk menamatkan kemiskinan keluarganya dan takut akan kegagalan. Dia kini mempunyai kerjaya korporat yang berjaya dan menjadi orang kaya.
  • Boman Irani sebagai Dr. Viru "Virus" Sahastrabuddhe - Pengetua ICE yang tegas yang hanya percaya pada sistem pendidikan kejam yang kompetitif dan hafalan.
  • Mona Singh sebagai Mona Sahastrabuddhe - Anak sulung Virus dan kakak Pia.
  • Omi Vaidya sebagai Chatur "Silencer" Ramalingam - Seorang pelajar Puducherrian kelahiran Uganda yang percaya pada kaedah hafalan dan mengambil pil penambah ingatan dengan kesan sampingan kembung perut yang senyap tetapi berbau.
  • Ali Fazal sebagai Joy Lobo - Pelajar senior yang membunuh diri kerana Virus tidak membenarkannya menamatkan pengajian.
  • Rahul Kumar sebagai Manmohan a.k.a Millimetre
    • Dushyaht Wagh sebagai Manmohan dewasa a.k.a "Centimetre" yang menjadi pembantu Rancho (Phunsukh) di sekolahnya di Ladkh.
  1. ^ "3 IDIOTS (12A)". British Board of Film Classification. 17 December 2009. Dicapai pada 5 October 2012.
  2. ^ "'3 Idiots' grosses Rs.140 crore in opening weekend". The Economic Times. 28 December 2009. Dicapai pada 29 April 2010.[pautan mati kekal]
  3. ^ "Top Worldwide Grossers ALL TIME: 37 Films Hit 100 Crore". Boxofficeindia.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-08. Dicapai pada 3 February 2012.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]