411 SM
Penampilan
Milenium: | milenium pertama SM |
---|---|
Abad: | |
Dekad: | |
Tahun: |
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]Mengikut tempat
[sunting | sunting sumber]Yunani
[sunting | sunting sumber]- Demokrasi Athens digulingkan oleh Antiphon, Theramenes, Peisander, dan Phrynichus dalam sebuah usaha oleh pelampau-pelampau oligarki untuk mengenakan lebih kawalan terhadap pengendalian perang dengan Sparta dan sekutu-sekutunya. Sebuah "Majlis Empat Ratus" ditubuhkan. Kekalahan sama sekali ekspedisi Athens terhadap Sicily dan pemberontakan-pemberontakan yang menyusul antara banyak daripada sekutu-sekutu taklukannya telah melemahkan kedudukan kewangan Athens secara teruk; tujuan gerakan revolusi yang diakui adalah untuk mengubah perlembagaan Athens agar mengendalikan kewangan Athens dengan lebih baik. Bagaimanapun, pemerintahannya begitu angkuh dan Majlis Empat Ratus hanya dapat mengekalkan diri selama empat bulan.
- Apabila sebuah dahagi tercetus di kalangan askar-askar yang mengubui Piraeus (pelabuhan untuk Athens), Majlis Empat Ratus menghantar Theramenes untuk mematahkannya. Sebaliknya, Piraeus menjadikan diri sebagai ketua pendahagi-pendahagi itu. Selepas Phrynichus, ketua puak pelampau, dibunuh, sebuah mesyuarat Dewan Undangan Athens yang menyusul menggulingkan Majlis Empat Ratus dan memulihkan perlembagaan tradisional, tetapi mengehadkan sebilangan hak istimewa kewarganegaraan kepada sebuah badan yang dipanggal Lima Ribu. Dewan Undangan itu meneruskan bentuk lama sebagai sebuah jawatankuasa untuk semua warganegara.
- Angkatan tentera laut Athens di bawah Thrasybulus memanggil pulang Alcibiades dari Sardis. Pemilihan Alcibiades disahkan oleh Athens atas permintaan Theramenes. Sebuah armada Sparta di Hellespont yang terletak di Cynossema kemudian ditewaskan oleh armada Athens yang diketuai oleh Thrasybulus dan Alcibiades.
- Atiphon membela diri dalam sebuah ucapan yang diperihalkan oleh Thucydides sebagai ucapan yang teragung yang tidak pernah diberikan oleh seorang yang dibicarakan atas tuduhan yang membawa hukuman mati. Bagaimanapun, Atiphon tidak berjaya memujuk penuduh-penuduhnya dan menjalani hukuman mati kerana penderhakaan.
Mengikut topik
[sunting | sunting sumber]Kesusasteraan
[sunting | sunting sumber]- Drama Iphigeneia di Tauris oleh Euripides dipersembahkan.
- Drama-drama Lysistrata dan Wanita-wanita Meraikan Thesmophoria oleh Aristophanes dipersembahkan.