462 SM

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Milenium: milenium pertama SM
Abad:
Dekad:
Tahun:


Peristiwa[sunting | sunting sumber]

Mengikut tempat[sunting | sunting sumber]

Yunani[sunting | sunting sumber]

  • Tentera Sparta cuba menaklukkan kubu Gunung Ithome di Messenia yang melindungi sekumpulan besar pemberontak hamba. Sparta meminta bantuan daripada sekutu-sekutunya yang bertempur dalam Perang-perang Parsinya, termasuk Athens.
  • Kimon meminta penduduk-penduduk Athens untuk membantu Sparta. Walaupun Ephialtes mendesak bahawa Sparta ialah pesaing Athens untuk kuasa dan harus dibiarkan menjaga diri sendiri, pandangan Kimon mengatasi pandangannya. Kimon kemudian mengetuai 4,000 orang hoplit (askar infantri) ke Gunung Ithome.
  • Selepas percubaannya untuk menggempur Gunung Ithome gagal, Sparta mula mencurigai Athens kerana risau bahawa mereka mungkin menyebelahi pihak hamba. Mengekalkan sekutu-sekutunya yang lain, Sparta menghantar Kimon dan askar-askarnya balik. Penolakan yang menghina ini mengakibatkan kepopularan Kimon jatuh di Athens. Kemarahan terhadap pemecatan itu menyebabkan pendapat Athens berubah kepada pandangan Ephialtes.
  • Ephialtes meluluskan undang-undang dalam eklesia Athens yang membaharui mahkamah Areopagus melalui pengehadan kuasanya kepada menghakimi kes-kes homisid dan jenayah agama. Beliau menganggap Aeropagus sebagai sebuah pusat konservatisme, dan kemenangan Ephialtes dilihat sebagai suatu kekalahan para ahli konservatisme dan ahli oligarki.
  • Argos yang mengambil kesempatan yang diwujudkan oleh keasyikan Sparta terhadap pemberontakan hamba-hambanya, akhirnya menewaskan Mycenae. Penduduk-penduduk kota itu berselerak, dengan sesetengah mereka masuk ke Macedon.
  • Pericles mula menjadi ketua Athens secara berkesan.

Mengikut topik[sunting | sunting sumber]

Falsafah[sunting | sunting sumber]

  • Anaxagoras, ahli falsafah Yunani, berpindah ke Athens dan memulakan pengajarannya di sana.

Kelahiran[sunting | sunting sumber]

Kematian[sunting | sunting sumber]