483 SM

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Milenium: milenium pertama SM
Abad:
Dekad:
Tahun:


Peristiwa[sunting | sunting sumber]

Mengikut tempat[sunting | sunting sumber]

Empayar Parsi[sunting | sunting sumber]

  • Xerxes I dari Parsi digalakkan oleh Mardonius, sepupu dan adik iparnya yang disokong oleh sekumpulan orang buangan Yunani yang kuat, untuk membalas dendam terhadap penewasan Darius I di tangan Yunani dalam Pertempuran Marathon pada tahun 490 SM. Sebagai gerak balas, Xerxes menyediakan sebuah ekspedisi utama untuk menghancurkan tentera Yunani. Untuk mengelakkan pengulangan kerugian yang besar pada armada Parsi yang terjadi pada tahun 492 SM, Xerxes membina sebuah terusan merentasi tanjung tinggi Gunung Athos.

Yunani[sunting | sunting sumber]

  • Themistocles, arkon Athens menyedari bahawa tentera Yunani memerlukan keupayaan untuk menewaskan angkatan tentera laut Parsi. Bagaimanapun, untuk melaksanakan strateginya, Athens memerlukan lebih banyak daripada hanya 70 buah kapal perang (trirem khusus yang baru diperkembangkan) yang dimiliki mereka ketika itu. Pada mula-mulanya, Themistocles ditentang oleh pemimpin-pemimpin Athens yang lain. Bagaimanapun, apabila lombong-lombong perak hak milik kerajaan di Laurium menjadi tapak penemuan, Themistocles memujuk perhimpunan bahawa sebagai ganti untuk "mengisytiharkan dividen", kesemua keuntungan itu diperuntukkan untuk membina kapal-kapal tentera laut sehingga 200 buah, sebagaimana yang dicadangkan.

Sicily[sunting | sunting sumber]

  • Gelon, penzalim Syracuse, menaklukkan kota-kota Euboea dan Megara Hyblaea yang berhampiran di Sicily, dan menjual penduduk-penduduknya sebagai abdi. Beliau juga membawa pemerintah-pemerintah dikit ke Syracuse.

Kelahiran[sunting | sunting sumber]

Kematian[sunting | sunting sumber]