86 (novel)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
86
Fail:86 light novel volume 1 cover.jpg
86-エイティシックス-
(Eiti Shikkusu)
Genre
Novel ringan
PengarangAsato Asato
IlustrasiShirabii
PenerbitASCII Media Works
Penerbit Lain
DemografikLelaki
PencetakanDengeki Bunko
Tarikh Pengeluaran10 Februari, 2017 – kini
Jilid13
Manga
PengarangAsato Asato
IlustrasiMotoki Yoshihara
PenerbitSquare Enix
Penerbit Lain
Yen Press
DemografikSeinen
Majalah AsalYoung Gangan
Tarikh Pengeluaran16 Februari, 2018Jun 2021
Jilid3
Manga
86: Operation High School
PengarangAsato Asato
IlustrasiSuzume Somemiya
PenerbitMedia Factory
DemografikSeinen
Majalah AsalMonthly Comic Alive
Tarikh Pengeluaran27 Jun, 202027 Ogos, 2021
Jilid2
Manga
86: Run Through the Battlefront
PengarangAsato Asato
IlustrasiHakuya Yamasaki
PenerbitSquare Enix
DemografikSeinen
Majalah AsalManga UP!
Tarikh Pengeluaran24 Januari, 2021September 2021
Jilid1
Anime
PengarahToshimasa Ishii
Penerbit
  • Nobuhiro Nakayama
  • Mayu Miyako
  • Takao Kiyose
Skrip/PenulisToshiya Ōno
Lagu/Muzik
StudioA-1 Pictures
Dilesenkan olehCrunchyroll
Penyiaran AsalTokyo MX, BS11, GYT, GTV, ytv, CTV
Dikeluarkan pada11 April, 202119 Mac, 2022
Manga
86: Fragmental Neoteny
PengarangAsato Asato
IlustrasiShinjo Takuya
PenerbitMedia Factory
DemografikSeinen
Majalah AsalMonthly Comic Alive
Tarikh Pengeluaran26 April, 202127 Oktober, 2022
Jilid3
Manga
86: Mahō Shōjo Regina Lena ~Tatakae! Ginga Kōkō Senkan San Magnolia
PengarangAsato Asato
IlustrasiSuzume Somemiya
PenerbitMedia Factory
DemografikSeinen
Majalah AsalMonthly Comic Alive
Tarikh Pengeluaran27 Mac, 2023 – kini
Portal Anime dan Manga

86 -Eighty Six- (Jepun: 86-エイティシックス-, Hepburn: Eiti Shikkusu) ialah siri novel ringan bergenre cereka sains Jepun yang ditulis oleh Asato Asato dan dilukis oleh Shirabii. Novel ini diterbitkan ASCII Media Works dibawah pencetakan Dengeki Bunko pada bulan Februari 2017. Lelesenkan siri ini dirasmikan ke Amerika Utara oleh Yen Press.

Bentuk ke dalam manga digambar oleh Motoki Yoshihara telah mendapat penerbitan siri dalam majalah manga seinen Square Enix, Young Gangan dari Februari 2018 hingga Jun 2021, dengan dua siri manga cerita ranting, 86: Operation High School oleh Suzume Somemiya dan 86: Fragmental Neoteny yang sedang bersiri dalam majalah manga seinen Media Factory Monthly Comic Alive dari Jun 2020 hingga Ogos 2021 dan dari April 2021 hingga Oktober 2022, masing-masing. Siri televisyen anime yang diterbitkan oleh A-1 Pictures, disiarkan dari bulan April 2021 sehingga Mac 2022.

Ikhtisar[sunting | sunting sumber]

Republik San Magnolia telah berperang melawan Empayar Giad selama sembilan tahun lamanya. Angkatan bersenjata robot tanpa pemandu dari empayar bernama Legions telah mengugut keselamatan di dalam negara. Republik ikut membina senjata robot tanpa pemandu yang dibangunkan oleh mereka sendiri bernama Juggernauts. Pihak pentadbir meyakinkan kepada masyarakat awam bahawa robot-robot di dalam angkatan itu dikawal dari jarak jauh oleh penyelia yang disebut Handler.

Secara zahir perang di antara kedua negara digalakkan oleh robot dan enjin tempur, tetapi penunggang Juggernaut ialah etnik minoriti yang ditakrif oleh pentadbir republik sebagai "86". Sebutan bagi minoriti etnik yang bermastautin di bawah naungan selain etnik atau ras Alba yang mempunyai rambut dan iris mata berwarna perak. Awalnya etnik-etnik yang semuanya dijuluki 86 hidup bersama dengan damai, hak mereka setara dan identiti yang diakui tetapi seiras dengan keadaan yang semakin mengugut pemerintah mulai mengazamkan kepada masyarakat bahawa etnik selain Alba ialah sebab bermulanya perang yang menjejaskan kehidupan mereka yang tenang.

Etnik-etnik minoriti tidak peduli asal mereka meskipun ada darah Alba di dalam diri, tetap diiktiraf sebagai ras 86 dan mereka seperti haiwan ternak di mata pemerintah. Ras 86 diberi keazaman tidak boleh mempunyai nama, tidak bebas bepergian, dan saki-baki daripada hidup mereka harus merana di kem tahanan terbuka bernama 86th District (sempena dari nama baharu takrifan pentadbiran). Mereka dipaksa bertempur menjadi penunggang Juggernaut dan berterima kasih kepada ras Alba yang sudah membiarkan mereka hidup sampai mati di medan pertempuran.

Mejar Vladilena Milizé, sering dipanggil Lena ialah gadis bangsawan dari ras Alba dan pegawai tentera kanan di ketenteraan republik. Jikalau ada peluang, Lena akan membangkang kepada keazaman pemerintah dan semua kebohongan mengenai 86 kepada masyarakat awam. Dia berkhidmat sebagai seorang Handler, memimpin Spearhead Squadron di Eastern Front: unit khas tempur 86 yang berusia muda tetapi tidak ada yang meragukan keganasan mereka dalam pertempuran. Mata tombaknya ialah Sarjan Shinei "The Undertaker (Sang Penggali Kubur)" Nouzen, seorang keturunan keluarga diraja Giad.

Pemerintah ingin membinasakan Spearhead Squadron dengan mengkhidmatkan misi yang hampir mustahil ditamatkan oleh unit lain, tetapi Shinei dan rakan-rakannya selalu berjaya dalam pertempuran meski pada akhirnya jumlah penunggang dalam unit semakin berkurang. Handler lain telah menjadi gila kerana rasa bersalah mereka pada Spearhead Squadron dan sekarang Lena pemimpin baharu. Perlahan Shinei mulai mencintai Lena meskipun mereka belum pernah berhadapan muka dan selama ini bukan Empayar Giad yang salah dalam serangan-serangan Legion ke atas Republik San Magnolia.

Watak[sunting | sunting sumber]

Watak Utama[sunting | sunting sumber]

Shinei Nouzen (Jepun: シンエイ・ノウゼン, Hepburn: Shin'ei Nōzen) / Undertaker (Jepun: アンダーテイカー, Hepburn: Andāteikā)
Disuarakan oleh: Shōya Chiba,[3] Asuna Tomari (semasa kecil) (Bahasa Jepun), Billy Kametz,[4] Aleks Le[5] (eps. 22–23), Tiana Camacho[6] (semasa kecil), Alejandro Saab (hanya bagi buku audio)[7] (Bahasa Inggeris)
Shinei biasa dipanggil oleh sahabat-sahabatnya dengan nama Shin (Jepun: シン). Dia merupakan pemimpin Spearhead (Jepun: スピアヘッド, Hepburn: Supiaheddo) Squadron, terkenal di pihak ketenteraan baik dari ras Alba maupun ras 86 atas kemampuan dan kehandalannya yang mengagumkan di medan pertempuran meskipun baru berusia 16 tahun. Dia dijuluki dengan nama cembung Penggali Kubur kerana tabiatnya menyimpan kalung yang dibuat oleh Shin dari bahagian enjin Juggernaut bawahannya yang telah maut. Shin berjanji akan menguburkan kalung-kalung mereka ke tempat yang lebih damai selepas berakhirnya peperangan menentang Legions. Shin sebenarnya ialah ahli daripada keluarga diraja Giad.
Vladilena Milizé (Jepun: ヴラディレーナ・ミリーゼ, Hepburn: Vuradirēna Mirīze)
Disuarakan oleh: Ikumi Hasegawa[3] (Bahasa Jepun), Suzie Yeung[4] (Bahasa Inggeris)
Biasa dipanggil dengan nama Lena (Jepun: レーナ, Hepburn: Rēna). Seorang gadis pegawai kanan San Magnolia yang mendapat kelayakan menjadi mejar di usianya yang ke-16 kerana kemampuan dan keturunan bekas diraja republik. Lena memimpin bawahan dari ras 86 dengan rasa hormat dan bersimpati dengan keperitan hidup mereka, berbeza dari Handler-Handler lain. Lena ialah Handler baharu bagi unit khas Juggernaut San Magnolia bernama Spearhead Squadron.
Frederica Rosenfort (Jepun: フレデリカ・ローゼンフォルト, Hepburn: Furederika Rōzenforuto)
Disuarakan oleh: Misaki Kuno[8] (Bahasa Jepun), Kimberley Anne Campbell[9] (Bahasa Inggeris)
Puteri angkat daripada Ernst, pemberontak yang telah memadam sistem beraja negara Giad dan menukar bentuk pentadbiran kepada persekutuan-demokratik yang liberal. Nama gelaran bangsawannya ialah Augusta Frederica Adel-Adler (Jepun: アウグスタ・フレデリカ・アデルアドラー, Hepburn: Augusuta Furederika Aderuadorā), waris terakhir diraja Giad dan sepupu Shin. Dia mula menyertai Shin dan rakan-rakannya saat latihan tempur di Maktab Pegawai Ketenteraan. Frederica ingin menghancurkan otak kesatria peribadinya, Kiriya yang telah dicuri untuk dijadikan bio-enjin sebuah Legion Shepherd.

Ahli Spearhead Squadron[sunting | sunting sumber]

Raiden Shuga (Jepun: ライデン・シュガ, Hepburn: Raiden Shuga) / Wehrwolf (Jepun: ヴェアヴォルフ, Hepburn: Veavorufu)
Disuarakan oleh: Seiichirō Yamashita[10] (Bahasa Jepun), Jonah Scott[4] (Bahasa Inggeris)
Raiden ialah sahabat paling akrab Shin dan berkhidmat sebagai naib pemimpin Spearhead Squadron. Dia mempunyai bekas luka di wajahnya dan kemampuannya sebagai jurupenunggang labah-labah tempur model Juggernaut sudah dibuktikan semasa pertempuran.
Theoto Rikka (Jepun: セオト・リッカ, Hepburn: Seoto Rikka) / Laughing Fox (Jepun: ラフィングフォックス, Hepburn: Rafingu Fokkusu)
Disuarakan oleh: Natsumi Fujiwara[10] (Bahasa Jepun), Casey Mongillo[4] (Bahasa Inggeris)
Nama panggilannya ialah Theo (Jepun: セオ, Hepburn: Seo). Lakaran di Juggernautnya terinspirasi dari seorang panglima ras Alba yang telah menyelamatkan hidupnya. Sejak saat itu, Theo tidak ingin melupakan kebaikan sang panglima. Theo gemar menggambar di buku lakaran peribadinya ketika bersantai dan pernah membuat contoh sederhana perkahwinan Shin dan Lena.
Anju Emma (Jepun: アンジュ・エマ, Hepburn: Anju Ema) / Snow Witch (Jepun: スノウウィッチ, Hepburn: Sunō Witchi)
Disuarakan oleh: Saori Hayami[10] (Bahasa Jepun), Maureen Price[4] (Bahasa Inggeris)
Seorang gadis pemalu, ayahnya berasal dari ras alba sedangkan ibunya dari salah satu etnik 86. Anju sering mendapat bulian dan hinaan dari rakan-rakan ras 86 kerana darah ayahnya.
Kurena Kukumila (Jepun: クレナ・ククミラ, Hepburn: Kurena Kukumira) / Gunslinger (Jepun: ガンスリンガー, Hepburn: Gansuringā)
Disuarakan oleh: Sayumi Suzushiro[10] (Bahasa Jepun), Erica Mendez[4] (Bahasa Inggeris)
Seorang gadis yang periang dan bertubuh pendek. Kedua orang tuanya dibunuh oleh prajurit Alba dan saudarinya dipaksa bertempur sehingga pada satu hari khabar darinya tidak pernah terdengar lagi. Kurena memendam rasa terhadap Shin dan cemburu kepada Lena sebab hubungan di antara mereka berdua.
Dustin Jaeger (Jepun: ダスティン・イェーガー, Hepburn: Dasutin Iēgā) / Sagittarius (Jepun: サギタリウス, Hepburn: Sagitarius)
Seorang Sarjan Alba dan anggota baharu Spearhead Squadron; rakan sedarjah Anju dia memutuskan menyertai unit pimpinan Shin kerana amarahnya yang membara memandang ketidakadilan yang dirasa oleh "ras 86". Jaeger sendiri bukan warganegara asli San Magnolia tetapi pendatang dari Giad, hanya kerana dia berasal dari etnik Alba dia sudah dianggap pribumi sedangkan teman-temannya ras yang dipandang hina oleh pemerintah, penduduk asli dari tempat itu. Ayahnya berkawan baik dengan Ayah Anju dan dari pertemuan itu, cintanya kepada Anju tumbuh; meskipun cintanya harus ia pendam kerana gadis yang ia sukai masih mencintai Daiya yang telah tiada saat berperang.

Republik San Magnolia[sunting | sunting sumber]

Henrietta "Annette" Penrose (Jepun: アンリエッタ・ペンローズ, Hepburn: Anrietta Penrōzu)
Disuarakan oleh: Riho Sugiyama[10] (Bahasa Jepun), Morgan Lauré[11] (Bahasa Inggeris). Salah satu sahabat dekat Lena di ketenteraan San Magnolia. Gadis itu bekerja sebagai Divisyen Pengkajian Sains, mengkilangkan sebuah teknologi baharu bernama "Para-RAID", yang membolehkan handler-handler bercakap dan mengetahui lima deria tentera 86. Reka awal teknologi yang dibinanya, pertama diasas oleh mendiang ayahnya. Annete ialah salah satu daripada teman semasa kecil Shin dan gadis itu merasa bersalah sebab tidak mahu menyokongnya selepas perang mulai berlaku tetapi berhelah seakan tidak peduli dengan nasib 86, perkara ini sempat membuat pertemanan Lena dan Annete memburuk.
Jérôme Karlstahl (Jepun: ジェローム・カールシュタール, Hepburn: Jerōmu Kārushutāru)
Disuarakan oleh: Satoshi Mikami[10]
Seorang Pegawai Kanan ketenteraan republik dan salah satu teman ayah Lena, walaupun ia perhatian kepada Lena sebagaimana keponakan sendiri, sifat aslinya ialah orang yang mudah pesimis dan kecewa dengan keadaan negara. Dia percaya jika republik tanah air mereka suatu saat akan hancur kerana jenayah jahat yang selama ini diperbuat kepada 86, dirinya tidak luput dari penilaian kerana membiarkan sahaja perkara rasis itu terus berlaku. Karlstahl merasa malu menyebut dirinya seorang tentera dan bertempur sampai mati menghadapi Legion yang telah mencuri otak sahabatnya.
Lev Aldrecht (Jepun: レフ・アルドレヒト, Hepburn: Refu Arudorehito)
Disuarakan oleh: Taiten Kusunoki[10] (Bahasa Jepun), Imari Williams[12] (Bahasa Inggeris)
Seorang jurutera yang berkhidmat di Spearhead squadron. Aldrecht ialah seorang Alba; isteri dan puterinya berasal daripada salah satu etnik 86, untuk mendapat pengakuan dari republik ia pun menyertai volunter negara dan mewarnai rambutnya seperti warna rambut isteri dan puterinya dengan harapan agar mendapatkan semula hak azaz warganegara (perkara yang tidak akan pernah berlaku sebab Republik bersikap ingkar). Dari luar, Aldrecht tampak seperti lelaki yang acuh tetapi dia sangat peduli dengan keselamatan Shin dan sahabat-sahabatnya. Aldrect sering memarahi Shin sebab gaya bertarungnya yang tidak mementingkan hidupnya sendiri. Setiap kali pemuda itu datang ke bengkelnya, ia membawa labah-labah tempurnya dengan keadaan bahagian kaki-kaki yang rosak. Aldrect maut saat Legion menghancurkan republik dan otaknya dicuri oleh pengganas yang menyerang.
Shiden Iida (Jepun: シデン・イーダ, Hepburn: Shiden Īda) / Cyclops (Jepun: サイクロプス, Hepburn: Saikuropusu)
Disuarakan oleh: Asuna Tomari[8] (Bahasa Jepun), Rebeka Thomas[13] (Bahasa Inggeris)
Pemimpin Brísingamen Squadron, unit 86 yang dipimpin oleh Lena selepas bersurainya Spearhead Squadron. Nama cembung Shiden ialah sempena kepada kedua mata yang berbeza warna, kerana terlahir dalam keadaan itu beberapa orang dari etnik 86 menghina dan membulinya semasa kecil di kem. Shiden tidak menyukai kehadiran Shin, tetapi kagum dengan kemampuannya dalam berperang dan menunggang labah-labah tempur.
Alice Araish (Jepun: アリス・アライシュ, Hepburn: Arisu Araishu)
Bekas Kapten Halberd Squadron yang berjumpa maut 5 tahun sebelum kisah utama bermula. Pada cerita prekuel, Shin menganggap dia sebagai akak yang menyertai Squadron yang sama. Araish ialah pemilik awal skarf Shin, sebab rasa kehilangan itu Shin bertekad bagi membawa saki baki daripada item rakan-rakan perangnya.
Isuka (Jepun: イスカ) / Vulture (Jepun: ヴァルチャー, Hepburn: Varuchā)
Bekas Kapten Stiletto Squadron yang berjumpa maut 5 tahun sebelum kisah utama bermula. Vulture mempunyai sikap yang tidak beradab, tetapi Shin tetap mengakuinya sebagai guru. Pistol yang selalu dibawa oleh Shin sebelumnya ialah miliknya. Ia menghibahkan pistol kepunyaannya kepada Shin selepas tubuhnya terkoyak dalam serangan lawan. Vulture menyuruh Shin untuk membunuhnya sederum menghancurkan otaknya. Kata-kata terakhirnya ialah: "Shin awak sedia selalu satu peluru untuk boleh membunuh diri".

Persekutuan Tanah Giad[sunting | sunting sumber]

Ernst Zimmerman (Jepun: エルンスト・ツィマーマン, Hepburn: Erunsuto Tsimāman)
Disuarakan oleh: Yūya Uchida[8] (Bahasa Jepun), Keith Silverstein[9] (Bahasa Inggeris)
Presiden tertinggi persekutuan yang mengkudeta empayar, seorang lelaki tua idealis pembenci kerajaan yang mengasuh Frederica dan Shin bersama sahabatnya sebagaimana kanak-kanaknya.
Eugene Rantz (Jepun: ユージン・ランツ, Hepburn: Yūjin Rantsu)
Disuarakan oleh: Atsushi Tamaru (Bahasa Jepun), Howard Wang (Bahasa Inggeris)
Abang daripada Nina, dan teman pertama Shin semasa ia mendapat kewarganegaraan dari persekutuan. Eugene dibunuh oleh Shin selepas cedera fatal yang membuat tentera persekutuan lain menganggap hina etnik 86.
Nina Rantz (Jepun: ニーナ・ランツ, Hepburn: Nīna Rantsu)
Disuarakan oleh: Madoka Asahina (Bahasa Jepun), Abby Espiritu (Bahasa Inggeris)
Adik perempuan Eugene, ia memaafkan Shin setahun selepas peristiwa maut abangnya di pertempuran.
Grethe Wenzel (Jepun: グレーテ・ヴェンツェル, Hepburn: Gurēte Ventseru)
Disuarakan oleh: Kana Ueda
Pemimpin Unit Nordlicht, etnik 86 yang berjaya selamat dari serangan legion ke atas Republik San Magnolia berkhidmat di bawah kepimpinannya. Dia dijuluki sebagai "wanita labah-labah" kerana sifat ketaksubannya mengguna Reginleifs; model labah-labah tempur Persekutuan baharu yang terinspirasi daripada model Juggernaut milik Republik.

Legion's Shephard[sunting | sunting sumber]

Shourei Nouzen (Jepun: ショーレイ・ノウゼン, Hepburn: Shōrei Nōzen)
Disuarakan oleh: Makoto Furukawa (Bahasa Jepun), Robbie Daymond (Bahasa Inggeris)
Abang Shin yang sempat menyelamatkan Lena dari serangan tiba-tiba Legion semasa gadis itu kecil. Shourei merasa gagal sebagai orang yang baik kerana tidak mampu melakukan apapun saat kedua orang tuanya dibunuh di depan matanya. Shourei yang hampir gila mencekik leher Shin dan mengkambing hitamkan semua masalah kepada adik lelakinya. Shourei terbunuh di tahun pertama Shin dipaksa berperang dan otaknya diguna untuk jenis mesin khas Legion bernama Shephard (penggembala). Pada misi terakhir Spearhead Squadron, Shin berjaya menghancurkan otak abangnya.
Kiriya Nouzen (Jepun: キリヤ・ノウゼン, Hepburn: Kiriya Nōzen)
Disuarakan oleh: Yūto Uemura (Bahasa Jepun), Zeno Robinson (Bahasa Inggeris)
Kiriya ialah keturunan keluarga diraja Nouzen dan salah satu daripada kerabat kerajaan yang layak mewarisi takhta. Kiriya berkhidmat mengawasi keselamatan Puteri Frederica sebagai bahagian daripada Unit Kesatria. Pada perang yang menghancurkan kerajaan, dia berdiri sendirian selepasnya bertarung sampai mati demi melindungi Maharaja Giad. Kiriya maut dalam pertarungan itu dan otaknya dicuri oleh legion. Shin berjaya menghancurkan otaknya dibawah naungan Persekutuan Giad.

Ahli Spearhead Squadron yang telah berjumpa dengan maut semasa pertempuran[sunting | sunting sumber]

Kaie Taniya (Jepun: カイエ・タニヤ, Hepburn: Kaie Taniya) / Kirschblüte (Jepun: キルシュブルート, Hepburn: Kirushuburūto)
Disuarakan oleh: Haruka Shiraishi[10] (Bahasa Jepun), Jenny Yokobori[14] (Bahasa Inggeris)
Kaie ialah salah satu senior di Spearhead squadron, sifat gadis itu ialah senang jahil kepada temannya. Dia tewas dalam pertempuran selepas kaki labah-labah tempurnya tidak dapat bergerak di tanah gelongsor dan tubuhnya hancur bersama dengan kenderaannya.
Daiya Irma (Jepun: ダイヤ・イルマ, Hepburn: Daiya Iruma) / Black Dog (Jepun: ブラックドグ, Hepburn: Burraku Dogu)
Disuarakan oleh: Haruki Ishiya[10] (Bahasa Jepun), Alejandro Saab[4] (Bahasa Inggeris)
Teman Anju yang memendam rasa kepada gadis itu, Daiya dikenali oleh rakan-rakannya sebagai peribadi yang pemalu dan penyayang. Shin terpaksa membunuhnya agar otak Daiya tidak dicuri untuk dikilangkan ke dalam salah satu jenis unit Legion 'Black Sheep'.
Haruto Keats (Jepun: ハルト・キーツ, Hepburn: Haruto Kītsu) / Falke (Jepun: ファルケ, Hepburn: Faruke)
Disuarakan oleh: Daiki Yamashita[10]
Ahli skuad yang senang bergaduh dan kanji, memandang rakan perempuannya diam-diam semasa mandi. Haruto maut dalam misi terakhir Spearhead Squadron sebelum diazamkan bersurai oleh ketenteraan republik.
Kujo Niko (Jepun: クジョー・ニコ, Hepburn: Kujō Niko)
Disuarakan oleh: Taishi Murata[10] (Bahasa Jepun), Mark Allen, Jr.[15] (Bahasa Inggeris)
Shin membunuhnya dalam salah satu misi mereka yang pertama, selepas kakinya hancur.
Rui Kino (Jepun: ルイ・キノ) / Fafnir (Jepun: ファフニール, Hepburn: Fafunīru)
Disuarakan oleh: Shinei Ueki[10] (Bahasa Jepun), Kevin Thelwell[16] (Bahasa Inggeris)
Chise Osen (Jepun: チセ・オーセン, Hepburn: Chise Ōsen) / Griffin (Jepun: グリフィン, Hepburn: Gurifin)
Disuarakan oleh: Masamu Ono[10] (Bahasa Jepun), Kevin Thelwell[16] (Bahasa Inggeris)
Toma Sobi (Jepun: トーマ・ソービ, Hepburn: Tōma Sōbi) / Helianthus (Jepun: ヘリアンサス, Hepburn: Heriansus)
Disuarakan oleh: Katsumi Fukuhara[10]
Tozan Sasha (Jepun: トウザン・サシャ, Hepburn: Tōzan Sasha)
Disuarakan oleh: Taito Ban[10]
Lecca Lin (Jepun: レッカ・リン, Hepburn: Rekka Rin) / Burnt Tayl (Jepun: バーントテール, Hepburn: Bānto Tēru)
Disuarakan oleh: Shizuka Ishigami[10] (Bahasa Jepun), Kristen McGuire[17] (Bahasa Inggeris)
Gadis yang bunuh diri selepas labah-labah tempurnya tidak boleh bergerak lagi dan unit-unit lawan Legion berada di hadapannya.
Mikuri Kairo (Jepun: ミクリ・カイロゥ, Hepburn: Mikuri Kairō) / Leukosia (Jepun: ロイコシア, Hepburn: Roikoshia)
Disuarakan oleh: Yuka Nukui[10] (Bahasa Jepun), Tiana Camacho[6] (Bahasa Inggeris)
Maina Atomika (Jepun: マイナ・ヤトミカ, Hepburn: Maina Yatomika)
Disuarakan oleh: Mayuko Kazama[10] (Bahasa Jepun), Emi Lo[18] (Bahasa Inggeris)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Chapman, Paul (October 4, 2021). "Check Out the 2nd Cour OP Animation for the 86 EIGHTY-SIX TV Anime". Crunchyroll. Dicapai pada July 5, 2022.
  2. ^ Martin, Theron (April 19, 2019). "Review: Eighty-Six, novel 1". Anime News Network. Dicapai pada March 15, 2021. This novel is probably going to be most commonly classified as a military science fiction story, but it should be considered at least as much a horror story.
  3. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan ANN2 tidak disediakan
  4. ^ a b c d e f g Luster, Joseph (May 26, 2021). "Crunchyroll Reveals Spring 2021 Anime Dub Cast Lists, Launch Dates". Crunchyroll. Dicapai pada May 26, 2021.
  5. ^ Mateo, Alex (May 5, 2022). "Crunchyroll Streams Final 2 English-dubbed Episodes for '86' Anime". Anime News Network. Dicapai pada May 5, 2022.
  6. ^ a b Camacho, Tiana [@TianaCamachoVO] (August 1, 2021). "OH WOW I completely forgot to announce that I'm in the English dub of 86 EIGHTY SIX as Mikuri and Young Shin!! Check it out on Crunchyroll!!" (Twit). Dicapai pada August 22, 2021 – melalui Twitter.
  7. ^ Yen Press [@yenpress] (July 15, 2022). "Experience 86--EIGHTY-SIX like never before with the audiobook from Yen Audio! Relive the tales of [[:Templat:As written]] Republic's War Without Casualties through Lena and Shin narrated by@SuzieYeung&@KaggyFilms!" (Twit) – melalui Twitter. URL–wikilink conflict (bantuan)
  8. ^ a b c Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan cast2 tidak disediakan
  9. ^ a b Mateo, Alex (October 28, 2021). "Crunchyroll Announces Dubs, Casts for Platinum End, ODDTAXI, Don't Toy With Me, Miss Nagatoro, Sakugan, More Anime". Anime News Network. Dicapai pada October 28, 2021.
  10. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan cast tidak disediakan
  11. ^ Garrett, Morgan [@morganlaure] (July 16, 2021). "A little late, but The 86 is out on Crunchyroll! You can catch me as (surprise) wry best friend to @SuzieYeung, Annette (short for Henrietta von Penrose🤣)! Thank you @BangZoom @Crunchyroll @mummynyan for the chance to play and @Warmupguy for being my new bestie. Yeah I said it" (Twit). Dicapai pada July 18, 2021 – melalui Twitter.
  12. ^ Williams, Imari [@ImariSpeaks] (July 5, 2021). "I'm late announcing this, but I'm pumped to announce my involvement with #EightySix streaming on Crunchy Role, 🥰❤️🙏🏾. This stud in the video I voice is Lev, a repairman for the 86 Sector. He's salty and takes no sh**, just the way I like it. Thank you to @BangZoom for the chance" (Twit). Dicapai pada July 11, 2021 – melalui Twitter.
  13. ^ Thomas, Rebeka [@rebekastuff] (December 22, 2021). "Delighted to say I play SHIDEN on 8⃣6⃣ #EightySix streaming on Crunchyroll. :D So great to work with @Warmupguy and appreciate the folks at @BangZoom for havin me ✨" (Twit). Dicapai pada December 22, 2021 – melalui Twitter.
  14. ^ Yokobori, Jenny [@JennyYokobori] (June 19, 2021). "Honored to be a part of the dub cast of "86 - Eighty Six". I'm the English voice of Kaie Teniya! Thank you so much to @BangZoom, @mummynyan, @Crunchyroll, and @Warmupguy for letting me be a part of this wonderful show 💕 you can watch the first dubbed episode on Crunchyroll, now!" (Twit). Dicapai pada June 19, 2021 – melalui Twitter.
  15. ^ Allen Jr., Mark [@MarkAllenJr] (June 19, 2021). "Excited to say that you can hear me in 86 EIGHTY-SIX as Kujo Nico, as well as several other faces around the world! Big thanks to @Warmupguy for his direction, & to @mummynyan for bringing me on! Check out the show's dub on @Crunchyroll now!" (Twit). Dicapai pada June 19, 2021 – melalui Twitter.
  16. ^ a b Thelwell, Kevin [@KevinDThelwell] (June 19, 2021). "It's Saturday! The 1st English ep of 86 EIGHTY-SIX dropped on @Crunchyroll. You can hear as the voice of Kino and Chise. Thanks a bunch to @mummynyan and @Warmupguy for the pleasure!" (Twit). Dicapai pada July 12, 2021 – melalui Twitter.
  17. ^ McGuire, Kristen [@KrisComics] (June 19, 2021). "I'm thrilled to playing Lecca in the English dub of 86! Thank you so much @mummynyan, @BangZoom and @Warmupguy for having me! You can watch the first dubbed episode on @Crunchyroll ! #エイティシックスー #86anime" (Twit). Dicapai pada June 19, 2021 – melalui Twitter.
  18. ^ Lo, Emi [@KitsuneSqueak] (July 3, 2021). "You can hear me as Myna Yatomika in 86 EIGHTY-SIX on @Crunchyroll! Thanks a bunch to @mummynyan and @BangZoom for having me, at last well as wonderful director @Warmupguy !!" (Twit). Dicapai pada July 12, 2021 – melalui Twitter.