A' Famosa Resort

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari A'Famosa Golf Resort)
Jump to navigation Jump to search

Koordinat: 02°24′18.19″N 102°13′13.84″E / 2.4050528°N 102.2205111°E / 2.4050528; 102.2205111

Resort Hotel

A' Famosa Resort atau A'Famosa Golf Resort terletak tidak jauh dari salah satu pintu masuk ke daerah Alor Gajah, Melaka iaitu melalui Persimpangan Plaza Tol Simpang Ampat, Lebuhraya Utara Selatan.[1] Namanya diambil sempena kota bersejarah A Famosa, peningggalan Portugis.

A Famosa Resort ini merupakan salah satu rangkaian hotel yang terdapat di Daerah Alor Gajah dan turut menawarkan pelabagai kemudahan rekreasi, hiburan, sukan kepada pengunjungnya.[2] Direka oleh pereka terkemuka Ross C.Watson.

Ia dilakar dengan mengambil kelebihan pada mukabentuk semulajadi yang ada membuatkannya sangat unik- dengan pembuatan tasik, tumbuhan tropika dan landskap yang sangat cantik.

A Famosa Resort menawarkan rangakaian kemudahan penginapan seperti hotel, kondotel dan banglo. Resort yang dilengkapi dengan padang golf 27 lubang ini turut menyedikan pelbagai kemudahan lain seperti kolam memancing, restoran, dewan banquet, bilik seminar, karaoke, kedai-kedai cenderhati, kereta kuda, keretapi, basikal dan sebagainya untuk keselesaan para pengunjung.

Lokasi yang menjadi tarikan pengunjung ialah Water World, Animal Safari, Cowboy Town, Golf dan Kelab Micro Light.

Alamat[sunting | sunting sumber]

A Famosa Golf Resort Bhd Jalan Kemus, Simpang Ampat, 78000 Alor Gajah, Melaka

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]