Melaka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Rencana ini mengenai negeri Melaka di Malaysia. Klik di sini untuk pokok melaka atau buah melaka.
Flag of Malaysia.svg
Negeri-negeri di Malaysia
نڬري٢ دمليسيا
ﻣﻼﻙ بندراي برسجاره
Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah
马六甲
Bendera Melaka Lambang Melaka
Bendera Lambang
Cogan kata: Bersatu Teguh
Lagu negeri: Melaka Maju Jaya
Lokasi Melaka
Ibu negeri Bandaraya Melaka
Parti memerintah Pakatan Harapan (PAN)
 - Yang di-Pertua Mohd Khalil Yaakob
 - Ketua Menteri Haji Adly Zahari
Sejarah  
 - Kesultanan Melaka Abad ke-15 
 - Penjajahan Portugis[1] 24 Ogos 1511 
 - Penjajahan Belanda[2][3] 14 Januari 1641 
 - Penjajahan Inggeris[4][5][6][7] 17 Mac 1824 
 - Penjajahan Jepun[8][9] 11 Januari 1942 
 - Pembentukan Malayan Union[10] 1 April 1946 
 - Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu[11] 1 Februari 1948 
 - Kemerdekaan sebagai sebahagian daripada Persekutuan Tanah Melayu[12] 31 Ogos 1957 
 - Pembentukan Kerajaan Persekutuan Malaysia[13] 16 September 1963 
Keluasan
 - Jumlah 1,650 km²
Populasi
 - banci 2010 821,110 [14]
 - Kepadatan 493/km²
Kod panggilan kebangsaan 06
Poskod kebangsaan 75xxx to 78xxx
Huruf pertama plat kenderaan M
Laman sesawang: www.melaka.gov.my

Negeri Melaka (Tulisan Jawi: ملاك; juga dikenali sebagai Melaka Negeri Bersejarah atau Negeri Hang Tuah) adalah sebuah negeri di Malaysia. Pada tahun 2008 Melaka diisytiharkan oleh UNESCO sebagai Bandar Warisan Dunia (World Heritage).[15] Negeri Melaka juga diisytiharkan sebagai 'Melaka Maju' pada 20.10.2010 pada jam 20:10 di Stadium Hang Jebat yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia langsung dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Melaka juga dinyatakan sebagai Negeri Bandar Teknologi Hijau.[16][17] Pada tahun 2016, Melaka menjadi tempat paling selamat untuk tinggal di Malaysia.[18] Kadar jenayah indeks negeri mencatatkan penurunan sebanyak 15.5 peratus pada tahun 2017 dengan 3,096 kes direkodkan berbanding 3,663 pada 2016.[19] Melaka mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 8.1% pada 2017, yang kedua tertinggi di negara ini selepas Sabah. Sektor perkhidmatan kekal sebagai penyumbang utama kepada ekonomi negeri ini pada 44.8% daripada KDNK. KDNK per kapita juga berkembang 11.2% kepada RM46,015 pada 2017, melebihi angka peringkat nasional sebanyak RM42,228.[20] Laporan Sosioekonomi Negeri 2017 yang diterbitkan pada 26 Julai 2018 melaporkan bahawa Melaka merupakan negeri yang merekodkan kadar pengangguran terendah pada tahun 2017 dengan hanya 1.0 peratus.[21]

Melaka ialah sebuah negeri yang terletak di barat Semenanjung Malaysia dan bersempadankan (lihat peta):

Kedudukan Melaka dalam persekutuan Malaysia yang terdiri daripada 14 negeri (termasuk Wilayah Persekutuan) adalah seperti berikut:

  • Keluasan: keempat terkecil di Malaysia (tangga ke-11).
  • Penduduk: kedua terkecil di Malaysia (tangga ke-13).
  • Kepadatan penduduk: ke-4 terpadat di Malaysia.

Ibu negerinya Bandaraya Melaka. Walaupun merupakan negeri pertama mengasaskan Kesultanan Melayu, Melaka kini tidak mempunyai seorang Sultan, sebaliknya negeri ini diketuai oleh seorang Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Rencana–rencana utama: Daerah di Melaka dan Geografi Melaka

Negeri Melaka terletak di pantai barat daya Semenanjung Malaysia, serta bertentangan dengan Sumatera. Berkeluasan 1,650 kilometer persegi, ia bersempadankan Negeri Sembilan di utara dan Johor di timur. Pulau Besar juga termasuk dalam sempadan negeri. Jumlah penduduk Melaka pada tahun 2001 ialah 648,000.

Penduduk-penduduk negeri Melaka terdiri daripada kaum:

Melaka merupakan antara negeri-negeri di kawasan pantai barat yang membangun di mana mempunyai peratus kaum Melayu antara yang terbesar (67%) berbanding negeri-negeri lain yang membangun di kawasan pantai barat seperti Johor, Negeri Sembilan, Selangor, Perak dan Pulau Pinang.

Bandar-bandar utama di negeri Melaka ialah Bandaraya Melaka, Alor Gajah, Masjid Tanah, Jasin, Merlimau, Tampin/Pulau Sebang, Ayer Keroh dan Asahan.

Bandaraya Bersejarah Melaka juga berkembar dengan sepuluh buah bandar terkemuka yang lain iaitu - Lisbon, Portugal (19 Januari 1984)[22][23][24], Kuala Lumpur, Malaysia (15 April 1989)[25], Hoorn, Belanda (8 November 1989)[26], Valparaiso, Chile (23 June 1991)[27], Nanjing[28][29] di Wilayah Jiangsu, China (18 September 2002)[30][31], Changsha, China (2004)[32], Sawahlunto, Indonesia (8 Oktober 2004)[33], Padang Panjang, Indonesia (2006)[34], Kota Tua Jakarta, Indonesia (12 Disember 2014)[35] dan Guangdong, China (21 September 2015).[36][37]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kesultanan Melaka[sunting | sunting sumber]

Sultan Melaka Tempoh memerintah
Parameswara
(Raja Iskandar Shah)
1400 – 1414
Megat Iskandar Shah 1414 – 1424
Sultan Muhammad Shah, Melaka 1424 – 1444
Sultan Abu Syahid 1444 – 1446
Sultan Muzaffar Shah 1446 – 1456
Sultan Mansur Shah 1456 – 1477
Sultan Alauddin Riayat Shah 1477 – 1488
Sultan Mahmud Shah 1488 – 1511
Rencana utama: Kesultanan Melaka

Sejarah kesultanan Melaka bermula dengan kedatangan Parameswara, seorang raja Srivijaya dari Palembang, yang memerintah pada abad ke-15. Nama Melaka diambil sempena nama pohon tempat Parameswara berteduh. Pada ketika itu, satu perkara aneh berlaku yang mana seekor kancil putih telah menendang anjing-anjing raja. Melihatkan kejadian itu Parameswara merasa kagum dan memerintahkan agar kawasan tersebut dibuka dan dinamakan sebagai Negeri Melaka. Kesultanan ini memerintah Melaka selama 110 tahun sehingga ditewas oleh pihak Portugis pada tahun 1511.[38]

Empayar Melaka mencapai kemuncak kuasanya semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah, dan terdiri daripada Tanah Melayu, (kini, Semenanjung Malaysia), Singapura, dan sebahagian besar Sumatera. Pesaing utama Melaka ialah Siam di utara dan Majapahit di selatan (pulau Jawa). Semasa zaman kegemilangan Kesultanan Melaka, lahirlah nama-nama besar seperti Tun Perak, Hang Tuah lima bersaudara yang merupakan pahlawan besar ketika itu.[39][40]

Sultan Mahmud Shah, Sultan terakhir Kesultanan Melayu Melaka, merupakan mangsa keadaan disebabkan Portugal pada awal abad ke-16 sedang meluaskan kuasanya ke luar negara bagi merealisasikan impiannya iaitu 3K (Keagamaan, Kekuasaan, Kekayaan).[41][42]

Pemerintahan penjajah[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Sejarah Melaka
Kubu A Famosa, bekas penjajahan Portugis di Melaka

Melaka dikuasai oleh pihak Portugis di bawah pimpinan Alfonso de Albuquerque pada 24 Ogos 1511.[43] Ia menjadi suatu pangkalan strategik bagi pengembangan pihak Portugis di Hindia Timur dan diperintah oleh mereka selama 130 tahun.

Pada tahun 14 Januari 1641, pihak Belanda menguasai Melaka dengan menewasan pihak Portugis melalui bantuan Sultan Johor. Walau bagaimanapun, pihak Belanda tidak berminat menjadikan Melaka sebagai sebuah pusat perdagangan di antara Timur dan Barat tetapi lebih mementingkan pembangunan Batavia (Jakarta) di Indonesia sebagai pusat pentadbiran mereka. Mereka menyerahkan Melaka kepada pihak British mengikut Perikatan British-Belanda pada 17 Mac 1824.

Belanda memerintah Melaka dari tahun 1641 hingga 1798 tetapi mereka tidak berminat membangunkannya sebagai pusat perdagangan tetapi memberi tumpuan yang lebih penting kepada Batavia (Jakarta) di Jawa sebagai pusat administrasi mereka. Walau bagaimanapun, mereka masih membina mercu tanda mereka, lebih dikenali sebagai Stadthuys. Di zaman Belanda bangunan itu berwarna putih, cat merah adalah tarikh kemudiannya.

Melaka diserahkan kepada British dalam Perjanjian Anglo-Belanda pada 1824 sebagai pertukaran untuk Bencoolen di Sumatra. Dari tahun 1824 hingga 1942, Melaka berada di bawah pemerintahan British, yang pertama oleh British East India Company dan kemudian sebagai koloni mahkota. Disebabkan ketidakpuasan dengan bidang kuasa British terhadap Naning, Dol Said, ketua tempatan dan Syarikat India Timur telah berperang dari 1831 hingga 1832, yang menyebabkan kemenangan British yang tegas. Ia membentuk sebahagian daripada Negeri-negeri Selat, bersama-sama dengan Singapura dan Pulau Pinang. Melaka secara ringkas di bawah pemerintahan Kerajaan Jepun pada tahun 1942-1945[44] semasa Perang Dunia II.

Era pasca penjajahan[sunting | sunting sumber]

Selepas pembubaran koloni mahkota ini, Melaka dan Pulau Pinang menjadi sebahagian daripada Malayan Union pada 1 April 1946,[45] yang kemudiannya menjadi Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948.[46] Pengisytiharan kemerdekaan telah dibuat oleh Perdana Menteri Malaya pertama, Tunku Abdul Rahman, di Padang Pahlawan pada 20 Februari 1956, yang akhirnya membawa kepada kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.[47] Pada 16 September 1963,[48] Malaysia dibentuk dengan penggabungan Tanah Melayu dengan Sabah, Sarawak dan Singapura, dan Melaka menjadi sebahagian daripadanya. Pada 15 April 1989, Melaka telah diisytiharkan sebuah bandar bersejarah. Ia kemudiannya disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO sejak 7 Julai 2008.[49]

Kerajaan negeri[sunting | sunting sumber]

Negeri Melaka ditadbir oleh Dewan Undangan Negeri dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka (Exco) sendiri. Dewan Undangan Negeri merupakan kuasa tertinggi dalam menetapkan polisi di dalam negeri. Exconya bertanggungjawab kepada Dewan Undangan Negeri yang diwakili oleh pelbagai orang yang dilantik setiap lima tahun. Ia diketuai oleh Yang di-Pertua Negeri yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong Malaysia.

Jabatan Ketua Menteri ialah tiang pentadbiran negeri yang meletakkan pejabat Ketua Menteri, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri serta lain-lain jabatan. Bagi pentadbiran, Melaka dibahagikan kepada tiga daerah di bawah majlis daerah masing-masing, iaitu:

Mereka menyediakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan kepada penduduk dalam menjalankan kehidupan harian mereka.

Senarai TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka[sunting | sunting sumber]


Nama Mula berkhidmat Tamat berkhidmat
Tun Leong Yew Koh 31 Ogos 1957 31 Ogos 1963
Tun Haji Abdul Malek bin Yusuf 31 Ogos 1963 30 Ogos 1971
Tun Haji Abdul Aziz bin Abdul Majid 31 Ogos 1971 9 Mei 1975
Tun Syed Zahiruddin bin Syed Hassan 23 Mei 1975 30 Nov 1984
Tun Syed Ahmad Bin Syed Mahmud Shahabuddin 4 Dis 1984 3 Jun 2004
Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Yaakob 4 Jun 2004 kini


Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan[sunting | sunting sumber]

Melaka dibahagikan kepada 3 buah daerah dan 4 pihak berkuasa tempatan.

Kedudukan Daerah Keluasan (kmsq) Penduduk (2008) Jabatan Daerah Kerajaan Tempatan
!000001 Melaka Tengah 279.85 503,127 Bandaraya Melaka Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah
Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya
!000002 Alor Gajah 660.00 182,666 Alor Gajah Majlis Perbandaran Alor Gajah
!000003 Jasin 676.07 135,317 Jasin Majlis Perbandaran Jasin

Kebudayaan dan ekonomi[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Budaya di Melaka

Sektor pelancongan dan perkilangan ialah sektor utama dalam menjana ekonomi negeri. Melaka telah mengamalkan slogan "Melawat Melaka Bererti Melawat Malaysia". Melaka kaya dengan tempat-tempat yang menarik dan bersejarah. Terdapat peta pelancongan yang disediakan oleh Melaka.[50][51]

Pada 2017, negeri ini mencatatkan 16.79 juta kedatangan pelancong, jumlah tertinggi setakat ini. Walaupun negeri ini kecil, yang merangkumi 1,644 meter persegi, Melaka menjadi destinasi pilihan untuk pelancong dari China, Singapura, Indonesia, Taiwan dan Hong Kong.[52] Sepanjang tempoh enam bulan pertama (Januari-Jun) 2018, lebih 8.73 juta pelancong direkodkan telah melawat Melaka iaitu lebih tujuh peratus berbanding 8.14 juta pelancong bagi tempoh enam bulan pertama 2017. Ia menunjukkan peningkatan sebanyak 599,037 pelancong. Peningkatan ini disumbangkan oleh penambahan pelancong domestik ke Melaka iaitu lebih 72,000 atau 1.36 peratus. Bagi pelancong domestik lima negeri yang dilaporkan ramai mengunjungi negeri ini ialah dari Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor, Terengganu dan Negeri Sembilan. Kebanyakan pelancong ini gemar menikmati ikan bakar dan asam pedas di Melaka. Selain itu, kedatangan pelancong asing turut mengalami peningkatan mendadak iaitu lebih 520,000 atau 19.03 peratus. Pelancong dari lima negara merekodkan kadar tertinggi iaitu China, Singapura, Indonesia, Korea Selatan dan Vietnam.[53]

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, Melaka menerima banyak penghargaan antarabangsa. Bandar ini telah disenaraikan oleh beberapa penerbitan, termasuk Forbes dan Lonely Planet, sebagai salah satu Destinasi Pelancongan Utama di Asia dan Dunia.[54][55] Melaka disenaraikan sebagai salah satu daripada 10 Destinasi Terbaik di Malaysia oleh Tripadvisor.[56] Aplikasi Waze mengiktiraf Melaka dengan Anugerah 'The Best City to Drive In'.[57] Di peringkat global, bandar bersejarah ini menduduki tangga hadapan mendahului kota metropolitan utama seperti Sydney, Lisbon, dan Barcelona.[58] Bandar ini juga telah diiktiraf oleh HuffPost sebagai antara 15 dari Best Street Art Cities.[59] Di samping itu, penerbitan Time meletakkan Melaka sebagai salah satu tempat terbaik untuk hidup dan bersara.[60]

Melaka juga terkenal dengan makanannya, terutamanya gaya masakan Baba dan Nyonya yang terdiri daripada gaya masakan Cina dan Melayu. Kebanyakan hidangannya adalah pedas dan berempah. Bagi makanan, Melaka mendapat pengiktirafan daripada World Street Food Congress untuk Mee Siam Nyonya (ke-34) dan Satay Jalan Kuli (ke-43).[61] Pelbagai hidangan jalanan dan makanan lazat di Melaka termasuk (tetapi tidak terhad kepada) sate celup; bebola nasi ayam; mi itik; mi wantan gaya Melaka; laksa nyonya; pai tee (juga dikenali sebagai pie tee dan topi atas); ayam pongteh; asam pedas dengan ikan; ikan panggang dan makanan laut Portugis; fishball lobak; coconut shake; cendol nyonya; putu piring; dan kuih nyonya.[62]

Rumah baba-nyonya di Melaka.

Sehingga hari kini, kebanyakan adat-adat kuno yang berasal daripada pendudukan Portugis masih diamalkan, termasuknya "Intrudu" (sejenis perayaan air yang menandakan permulaan musim Lent, iaitu musim puasa bagi orang Katolik), "branyu" (sejenis tarian tradisional) dan "santa cruz" (sejenis perayaan jalan tahunan)

Selain daripada pelancongan, Melaka juga menjadi pusat pengeluaran barangan tempatan daripada makanan dan barangan konsumer kepada barangan komponen-komponen senjata dan automotif berteknologi tinggi, elektronik serta komponen-komponen komputer. Terdapatnya sekurang-kurang 23 kawasan perindustrian yang merangkumi lebih kurang 500 kilang Amerika Syarikat, Jerman, Jepun, Taiwan dan Singapura.

Perkhidmatan perubatan swasta di Melaka semakin dicari oleh pesakit-pesakit sejauh Indonesia dan Singapura. Hospital Straits, Hospital Putra (dulu dikenali sebagai Hospital Southern), Hospital Melaka dan Pusat Perubatan Pakar Pantai merupakan pusat perubatan swasta yang amat popular. Mereka menyediakan perkhidmatan perubatan yang setaraf dengan kebanyakan negara maju yang lain. Kerajaan Negeri Melaka ialah pemegang saham utama Hospital Putra.

Seni jalanan[sunting | sunting sumber]

Pulau Pinang memulakan trend seni jalanan di Malaysia dan Melaka tidak lama selepas itu mengikutinya dengan Projek Seni Sungai pada tahun 2012. Air selalu menjadi sebahagian besar sejarah Melaka. Ia merupakan salah satu pelabuhan perdagangan paling penting di dunia, jadi Melaka telah memilih untuk memulakan seni jalanan dengan bangunan di seberang sungai. Untuk meningkatkan lanskap seni di Melaka, sembilan karyawan seni telah mencurahkan idea mereka di sepanjang dinding rumah kedai bersejarah sepanjang sungai di Jalan Kampung Hulu. Dikenali sebagai ProjectARM, karya seni ini direka khas untuk menyerlahkan keindahan Melaka. Mural tersebut diilhamkan oleh perwakilan pelukis di Melaka dan turut diceriakan dengan memasukkan gambar dan corak berwarna-warni yang dicat di dinding kedai Kiehl.[63][64]

Tarikan bersejarah utama[sunting | sunting sumber]

Destinasi pelancongan terutama ialah:

Tarikan utama lain[sunting | sunting sumber]

  • Sungai Melaka: Persiaran santai ke sungai dari Jalan Munshi Abdullah. Laluan ini membawa ke sepanjang Sungai Melaka yang bersejarah dan melewati beberapa rumah yang dihiasi dengan lukisan besar. Pemandangan Bukit St. Paul di bandar juga boleh dilihat dari sini.
  • Pantai Klebang: Pantai ini terletak di selatan Melaka dan menghadap terus ke Selat Melaka. Terdapat bas-bas lama yang telah diperbaharui dan diubah menjadi kafetaria di sepanjang jalan di Pantai Klebang.
  • Kampung Morten: Perkampungan tradisional yang terletak di tebing barat Sungai Melaka.
  • Menara Taming Sari: Menara setinggi 110 m yang boleh memuatkan 66 orang pada satu-satu masa, membawa mereka dalam perjalanan 7 minit untuk pemandangan ke Melaka, menawarkan pemandangan 360 darjah bandar bersejarah Melaka dan Sungai Melaka.
  • Istana Kesultanan Melaka: Pembinaan semula Istana Sultan Mansur Shah. Ia dibina pada tahun 1985.
  • Bukit Cina: Bukit Cina merupakan salah satu kuburan Cina terbesar di luar tanah besar China. Tanah perkuburan yang boleh didapati di sini sezaman dengan dinasti Ming (pertengahan abad ke-17). Kubur paling awal yang dijumpai setakat ini hingga 1622. Bukit Cina adalah tempat berjoging yang terkenal untuk penduduk tempatan.
  • Muzium Warisan Baba & Nyonya: Muzium ini merupakan sebuah rumah bandar warisan Peranakan yang sebenar dan merupakan contoh budaya Peranakan yang hebat. Ia berada di Heeren Street (kini dikenali sebagai Jalan Tun Cheng Lock).
  • Masjid Selat Melaka: Masjid yang baru dibina di pulau buatan manusia, Pulau Melaka terletak tidak jauh dari bandar.
  • Tokong Cheng Hoon Teng: Tokong Cina yang tertua di Malaysia dan mempunyai tulisan bertarikh 1673,[65] dibina oleh Kapitan China Li Wei King.
  • Kuil Sri Poyyatha Vinayagar Moorthi: Kuil ini dibina oleh Thavinayagar Chitty, pemimpin orang Chitty, pada 1781 selepas kerajaan penjajah Belanda Melaka memberinya plot tanah.
  • Masjid Kampung Hulu: Dibina pada tahun 1728, ia merupakan salah satu masjid yang paling lama berfungsi di Melaka bersama dengan Masjid Kampung Keling dan Masjid Tengkera (Tranquerah), Jalan Tengkera. Terdapat campuran seni bina Cina, Jawa dan Arab di bahagian menara dan bumbung.
  • Masjid Cina Melaka: Masjid ini direka dengan senibina Cina yang unik dengan pagoda dan kaligrafi Cina dari gabungan reka bentuk seni bina beberapa masjid di Beijing, Shanghai dan Xi'an di China. Terletak di belakang Stadium Hang Jebat di Krubong.[66][67][68]

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Pengangkutan di Melaka

Pulau Sebang yang terletak 30 kilometer ke utara Bandaraya Melaka dan 10 kilometer dari Bandar Alor Gajah merupakan stesen keretapi yang terdekat bagi Bandaraya Melaka. Dahulunya, stesen keretapi ini dikenali sebagai Tampin oleh sebab kedudukan dari segi geografinya berada di wilayah Negeri Melaka dalam daerah Alor Gajah dan atas arahan Kerajaan Negeri Melaka serta saranan rakyat Melaka, maka nama stesen ini dikenali sebagai Stesen KTM Pulau Sebang. Sebuah lagi stesen keretapi dalam daerah Alor Gajah ialah Stesen Tebong akan tetapi tren antara bandar tidak berhenti di stesen ini. Walau bagaimanapun stesen ini turut dinaik taraf berikutan pembinaan landasan berkembar antara Seremban ke Gemas yang turut melalui stesen ini. Bagi penduduk di daerah Jasin terutamanya di kawasan Selandar, Asahan (dahulunya Bukit Asahan), Simpang Bekoh, Nyalas boleh menggunakan perkhidmatan keretapi di stesen keretapi Batang Melaka yang terletak 22 kilometer ke utara Bandar Jasin. Stesen ini bersempadankan Melaka dan Negeri Sembilan.[69]

Pernah adanya landasan keretapi dari Pulau Sebang ke Bandaraya Melaka sebelum Perang Dunia II, tetapi ia telah dirombak oleh tentera Jepun untuk pembinaan Landasan Keretapi Maut di Burma.[70] Pada 10 Oktober 2015, perkhidmatan komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah memperkenalkan laluan baharu, perkhidmatan pergi-balik antara stesen Seremban-Pulau Sebang/Tampin-Gemas.[71][72]

Bandaraya Melaka mempunyai sebuah Terminal Pengangkutan antara bandar yang moden yang dikenali Melaka Sentral dengan perkhidmatan pengangkutan yang tetap ke Kuala Lumpur, Johor Bahru dan lain-lain bandar-bandar utama di Semenanjung Malaysia. Melaka Sentral merupakan sistem pengangkutan bas dan teksi yang tercanggih di Malaysia semasa penubuhannya. Tiada perhentian bas dan teksi di mana-mana bandar utama di Malaysia selain Melaka Sentral ketika itu.

Melaka juga mempunyai sebuah lapangan terbang di Batu Berendam yang melayankan penerbangan karter dari kawasan sekitar. Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (IATA: MKZ, ICAO: WMKM) (dahulunya dikenali sebagai Lapangan Terbang Batu Berendam) adalah sebuah lapangan terbang yang terletak di Batu Berendam, Melaka, Malaysia. Lapangan terbang tersebut memberi kemudahan penerbangan untuk negeri Melaka, serta utara Johor, dengan menghubungkan ke bandar-bandar seperti Guangzhou,[73] Haikou,[74] Ho Chi Minh,[75] Kota Bharu,[76][77][78] Kuala Lumpur,[79] Langkawi,[80] Medan,[81][82][83] Pekanbaru,[84] Penang,[85] dan Subang.[86]

Jalan keluar Ayer Keroh di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) merupakan jalan masuk utama ke Melaka. Terdapatnya juga dua jalan keluar tambahan di Lebuhraya Utara-Selatan, iaitu di jalan keluar Alor Gajah dan Jasin.

Bandaraya kembar[sunting | sunting sumber]

Melaka mula berkembar pada tahun 1984 dengan bandar Lisbon, Portugal.[87] Ia kini berkembar atau ditubuhkan sebagai bandar persahabatan[88] dengan yang berikut:

Kedudukan Bandar Negara Tahun
1 Lisbon[89][90][91][92]  Portugal 1984
2 Kuala Lumpur[93][94]  Malaysia 1989
3 Hoorn[95][96][97]  Belanda 1989
4 Valparaiso[98][99][100]  Chile 1991
5 Nanjing[101][102] di wilayah Jiangsu[103][104][105]  China 2002
6 Changsha[106][107] 2004
7 Sawahlunto[108][109]  Indonesia 2004
8 Padang Panjang[110][111] 2006
9 Kota Tua Jakarta[112][113]  Indonesia 2014
10 Guangdong[114][115]  China 2015

Seni budaya dan hiburan[sunting | sunting sumber]

Melaka merupakan lokasi penggambaran yang sesuai bagi syarikat penerbitan filem dari dalam dan luar negara dengan adanya pelbagai tempat tumpuan pelancong serta kesan peninggalan sejarah dunia. Artis Bollywood ikonik, Shahrukh Khan menyifatkan Melaka sebagai sebuah negeri yang cantik dan beliau akan kembali untuk berlakon dan bercuti di negeri ini.[116] Filem-filem yang dilakonkan dan muzik video yang diterbitkan di Melaka antaranya ialah:

Penduduk terkenal[sunting | sunting sumber]

Galeri imej[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Power Over Peoples: Technology, Environments, and Western Imperialism, 1400 to the present, Daniel R. Headrick, page 63, 2010
  2. ^ http://hids.arkib.gov.my/peristiwa/-/asset_publisher/WAhqbCYR9ww2/content/melaka-jatuh-ke-tangan-belanda/pop_up?_101_INSTANCE_WAhqbCYR9ww2_viewMode=print
  3. ^ https://books.google.com.my/books?id=XHRsCgAAQBAJ&pg=PA34&lpg=PA34&dq=melaka+ditawan+belanda+1641&source=bl&ots=-krNMc6iIG&sig=0xIhCk1p05yL4U9_LgJ9pZmbC1M&hl=en&sa=X&ved=2ahUKEwi75vvjku7cAhWWWysKHQFzBs44FBDoATAHegQIAxAB#v=onepage&q=melaka%20ditawan%20belanda%201641&f=false
  4. ^ http://hids.arkib.gov.my/peristiwa/-/asset_publisher/WAhqbCYR9ww2/content/melaka-jatuh-ke-tangan-belanda/pop_up?_101_INSTANCE_WAhqbCYR9ww2_viewMode=print
  5. ^ https://books.google.com.my/books?id=XHRsCgAAQBAJ&pg=PA34&lpg=PA34&dq=melaka+ditawan+belanda+1641&source=bl&ots=-krNMc6iIG&sig=0xIhCk1p05yL4U9_LgJ9pZmbC1M&hl=en&sa=X&ved=2ahUKEwi75vvjku7cAhWWWysKHQFzBs44FBDoATAHegQIAxAB#v=onepage&q=melaka%20ditawan%20belanda%201641&f=false
  6. ^ https://books.google.com.my/books?id=TMrICgAAQBAJ&pg=PA76&lpg=PA76&dq=malacca+British+control+17+March+1824&source=bl&ots=5yG8fUWw-_&sig=AwLnw37FoSba3S-VqOhmqLpwrpg&hl=en&sa=X&ved=2ahUKEwjNvKbgmu7cAhWBe30KHSEqA3QQ6AEwBXoECAUQAQ#v=onepage&q=malacca%20British%20control%2017%20March%201824&f=false
  7. ^ http://eresources.nlb.gov.sg/history/events/5005d886-9c27-421e-a22d-44fb5965350c
  8. ^ http://eresources.nlb.gov.sg/infopedia/articles/SIP_2013-07-19_162143.html
  9. ^ http://studentsrepo.um.edu.my/428/2/BAB1.pdf
  10. ^ http://hids.arkib.gov.my/peristiwa/-/asset_publisher/WAhqbCYR9ww2/content/penubuhan-malayan-union/pop_up?_101_INSTANCE_WAhqbCYR9ww2_viewMode=print
  11. ^ http://eresources.nlb.gov.sg/history/events/72e9ebe6-7a0f-4512-aa48-3da99d598525
  12. ^ http://www.arkib.gov.my/en/web/guest/pengisytiharan-kemerdekaan-tanah-melayu
  13. ^ http://www.arkib.gov.my/web/guest/penubuhan-malaysia-16-september-19632
  14. ^ http://www.statistics.gov.my/portal/download_Population/files/census2010/Taburan_Penduduk_dan_Ciri-ciri_Asas_Demografi.pdf
  15. ^ https://www.star2.com/culture/2018/07/05/making-melaka-liveable/
  16. ^ http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/penafian/7622-melaka-maju-2011.html
  17. ^ http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1019&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_06.htm
  18. ^ https://www.nst.com.my/news/2016/01/123463/terengganu-second-safest-place-live-after-malacca
  19. ^ http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/kadar-jenayah-di-melaka-turun-15-5-peratus-1.797613
  20. ^ http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2018/08/13/melaka-posts-second-highest-gdp-growth-in-malaysia/
  21. ^ https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/pdfPrev&id=d21BMHFxZFBIcFlCNExIYUQ1cE92Zz09
  22. ^ https://web.archive.org/web/20150925091437/http://library.perdana.org.my/Digital_Content/Prominent_Leaders/Mahathir/News_1968-2004/1989-1992/1989/00008175.pdf
  23. ^ https://www.anmp.pt/anmp/pro/mun1/gem101l0.php?cod_ent=M1100
  24. ^ http://www.cm-lisboa.pt/municipio/relacoes-internacionais
  25. ^ http://library.perdana.org.my/Digital_Content/Prominent_Leaders/Mahathir/News_1968-2004/1989-1992/1989/00008175.pdf
  26. ^ https://seminar.utmspace.edu.my/imat2011/venue.aspx
  27. ^ http://www.kln.gov.my/web/chl_santiago/n2007/-/asset_publisher/ME2g/blog/anniversary-of-the-twinning-of-the-cities-of-melaka-and-valparaiso?redirect=%2Fweb%2Fchl_santiago%2Fn2007%3Fp_p_id%3D101_INSTANCE_ME2g%26p_p_lifecycle%3D0%26p_p_state%3Dnormal%26p_p_mode%3Dview%26p_p_col_id%3D118_INSTANCE_2hIE_column-1%26p_p_col_pos%3D1%26p_p_col_count%3D2%26_101_INSTANCE_ME2g_keywords%3D%26_101_INSTANCE_ME2g_advancedSearch%3Dfalse%26_101_INSTANCE_ME2g_andOperator%3Dtrue%26_101_INSTANCE_ME2g_delta%3D30
  28. ^ http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0703&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_07.htm
  29. ^ https://www.pressreader.com/malaysia/the-star-malaysia-star2/20131004/282166468894336
  30. ^ http://en.jiangsu.gov.cn/col/col54176/index.html
  31. ^ https://www.pressreader.com/malaysia/the-star-malaysia-star2/20131004/282166468894336
  32. ^ http://www.mbmb.gov.my/en/mbmb-muo-twin-cities
  33. ^ http://www.academia.edu/8021809/sawahlunto_malaka
  34. ^ http://www.mbmb.gov.my/en/mbmb-muo-twin-cities
  35. ^ https://web.archive.org/web/20140206133222/http://www.jakpost.travel/news/jakartas-kota-tua-and-melaka-are-now-sister-cities-6j9lkLRp0senA7K4.html
  36. ^ https://web.archive.org/web/20150925084738/http://www.newsgd.com/news/2015-09/23/content_133454460.htm
  37. ^ http://www.kln.gov.my/c/document_library/get_file?p_l_id=73198&folderId=5316759&name=DLFE-159420.pdf
  38. ^ Ricklefs, M.C. (1991). A History of Modern Indonesia Since c.1300, 2nd Edition. London: MacMillan. m/s. 19. ISBN 0-333-57689-6. 
  39. ^ "Origin of Malacca". Dicapai 6 May 2017. 
  40. ^ Jin, Shaoqing (2005). Office of the People's Government of Fujian Province, penyunting. Zheng He's voyages down the western seas. Fujian, China: China Intercontinental Press. m/s. 58. ISBN 978-7-5085-0708-8. Dicapai 2 August 2009. 
  41. ^ Royal Asiatic Society of Great Britain and Ireland. Straits Branch, Reinhold Rost (1887). Miscellaneous papers relating to Indo-China: reprinted for the Straits Branch of the Royal Asiatic Society from Dalrymple's "Oriental Repertory," and the "Asiatic Researches" and "Journal" of the Asiatic Society of Bengal, Volume 1. LONDON: Trübner & Co. m/s. 252. Dicapai 9 January 2011. . 
  42. ^ Shih-shan Henry Tsai (1996). The eunuchs in the Ming dynasty (edisi illustrated). SUNY Press. m/s. 15. ISBN 0-7914-2687-4. Dicapai 28 June 2010. Other reports condemned Annamese alleged violation of an Asian "diplomatic protocol" as they killed and enslaved several Southeast Asian envoys who carried tributary missions to China in 1469. Older members of the mission were all killed while younger members were castrated and sold into slavery 
  43. ^ Power Over Peoples: Technology, Environments, and Western Imperialism, 1400 to the present, Daniel R. Headrick, page 63, 2010
  44. ^ http://www2.arkib.gov.my/hids/print.php?type=A&item_id=3858
  45. ^ http://hids.arkib.gov.my/peristiwa/-/asset_publisher/WAhqbCYR9ww2/content/penubuhan-malayan-union/pop_up?_101_INSTANCE_WAhqbCYR9ww2_viewMode=print
  46. ^ http://eresources.nlb.gov.sg/history/events/72e9ebe6-7a0f-4512-aa48-3da99d598525
  47. ^ http://www.arkib.gov.my/en/web/guest/pengisytiharan-kemerdekaan-tanah-melayu
  48. ^ http://www.arkib.gov.my/web/guest/penubuhan-malaysia-16-september-19632
  49. ^ https://www.star2.com/culture/2018/07/05/making-melaka-liveable/
  50. ^ https://www.melaka.gov.my/ms/pelancongan/peta-melaka/peta-negeri-melaka/mlk-state.pdf
  51. ^ https://www.melaka.gov.my/ms/pelancongan/peta-melaka/peta-bandar-melaka/mlk-town.pdf
  52. ^ https://www.pressreader.com/malaysia/new-straits-times/20180307/281569471234867
  53. ^ http://www.astroawani.com/berita-bisnes/melaka-catat-kedatangan-lebih-8-73-juta-pelancong-183032
  54. ^ https://www.forbes.com/sites/annabel/2018/02/22/the-10-coolest-cities-around-the-world-to-visit-in-2018/
  55. ^ https://www.lonelyplanet.com/travel-tips-and-articles/lonely-planets-best-in-asia-2017/40625c8c-8a11-5710-a052-1479d2755b7b
  56. ^ https://www.tripadvisor.com.my/TravelersChoice-Destinations-cTop-g293951
  57. ^ https://www.pressreader.com/malaysia/new-straits-times/20180307/281569471234867
  58. ^ http://says.com/my/news/waze-says-this-historic-city-is-the-best-place-to-drive-in-the-country
  59. ^ https://www.huffingtonpost.com/vicki-louise/15-of-the-best-street-art_b_9444242.html
  60. ^ http://time.com/money/5021651/4-under-the-radar-ultra-cheap-overseas-retirement-destinations/
  61. ^ http://wsfcongress.com/wp-content/uploads/2014/10/Top-50-Street-Food-Awards-WSFC17.pdf
  62. ^ http://says.com/my/lifestyle/melaka-food
  63. ^ http://www.theculturemap.com/street-art-malacca-malaysia/
  64. ^ https://theculturetrip.com/asia/malaysia/articles/the-best-mural-artworks-in-malaysia/
  65. ^ https://books.google.com.my/books?id=u4_4DAAAQBAJ&pg=PA133&lpg=PA133&dq=cheng+hoon+teng+temple+inscription+was+built+on&source=bl&ots=EoQLCn9Q6O&sig=rFSKzF5ecpPabF8bA41LKwV1f1U&hl=en&sa=X&ved=2ahUKEwj_k7-l2PDcAhUBfysKHT21BJo4ChDoATAJegQIAhAB#v=onepage&q=cheng%20hoon%20teng%20temple%20inscription%20was%20built%20on&f=false
  66. ^ https://www.nst.com.my/lifestyle/jom/2017/06/244835/go-melaka-mosques
  67. ^ https://www.bharian.com.my/node/181245
  68. ^ https://m.facebook.com/MasjidCinaNegeriMelaka/
  69. ^ "Melaka Information". asiatravel.com. Dicapai 6 May 2017. 
  70. ^ https://www.nst.com.my/news/2015/09/we-can-revive-tampin-malacca-rail-service
  71. ^ https://www.bharian.com.my/node/85731
  72. ^ https://www.malaysiakini.com/news/410837
  73. ^ http://www.astroawani.com/berita-bisnes/melaka-mahu-buka-semula-laluan-penerbangan-domestik-antarabangsa-di-ltam-123237
  74. ^ https://www.bharian.com.my/node/194032
  75. ^ http://www.mstar.com.my/niaga/2015/07/01/ltam/
  76. ^ http://www.astroawani.com/berita-bisnes/melaka-mahu-buka-semula-laluan-penerbangan-domestik-antarabangsa-di-ltam-123237
  77. ^ http://www.bhplus.com.my/node/15789
  78. ^ http://www.mstar.com.my/niaga/2014/11/10/malindo-melaka/
  79. ^ http://www.utusan.com.my/bisnes/korporat/malindo-air-memulakan-operasi-di-melaka-1.21206
  80. ^ http://www.astroawani.com/berita-bisnes/melaka-mahu-buka-semula-laluan-penerbangan-domestik-antarabangsa-di-ltam-123237
  81. ^ https://www.utusanborneo.com.my/2018/04/05/penerbangan-sulung-wings-air-medan-melaka-20-april
  82. ^ https://www.malindoair.com/news-events/2018/04/23/Add-International-Route-Wings-Air-Comes-to-Melaka
  83. ^ https://www.thestar.com.my/business/business-news/2018/04/04/wings-air-to-launch-maiden-medan-melaka-flight/
  84. ^ http://www.astroawani.com/berita-bisnes/melaka-mahu-buka-semula-laluan-penerbangan-domestik-antarabangsa-di-ltam-123237
  85. ^ http://www.astroawani.com/berita-bisnes/melaka-mahu-buka-semula-laluan-penerbangan-domestik-antarabangsa-di-ltam-123237
  86. ^ http://www.utusan.com.my/bisnes/korporat/malindo-air-memulakan-operasi-di-melaka-1.21206
  87. ^ http://www.mbmb.gov.my/en/mbmb-muo-twin-cities
  88. ^ http://www.mbmb.gov.my/en/mbmb-muo-twin-cities
  89. ^ "Acordos de Geminação, de Cooperação e/ou Amizade da Cidade de Lisboa" [Lisbon - Twinning Agreements, Cooperation and Friendship]. Camara Municipal de Lisboa (dalam bahasa Portuguese). Diarkibkan daripada asal pada 31 October 2013. Dicapai 23 August 2013. 
  90. ^ https://news.google.com/newspapers?nid=1295&dat=20020425&id=S10uAAAAIBAJ&sjid=SHsFAAAAIBAJ&pg=1392,2075248
  91. ^ https://www.anmp.pt/anmp/pro/mun1/gem101l0.php?cod_ent=M1100
  92. ^ https://web.archive.org/web/20150925091437/http://library.perdana.org.my/Digital_Content/Prominent_Leaders/Mahathir/News_1968-2004/1989-1992/1989/00008175.pdf
  93. ^ http://library.perdana.org.my/Digital_Content/Prominent_Leaders/Mahathir/News_1968-2004/1989-1992/1989/00008175.pdf
  94. ^ http://msdesk.mbmb.gov.my/twincities/glance.cfm
  95. ^ http://library.perdana.org.my/Digital_Content/Prominent_Leaders/Mahathir/News_1968-2004/1989-1992/1989/00008175.pdf
  96. ^ https://news.google.com/newspapers?nid=1295&dat=20020425&id=S10uAAAAIBAJ&sjid=SHsFAAAAIBAJ&pg=1392,2075248
  97. ^ https://web.archive.org/web/20150925090623/http://www.dutchmalaysia.net/lang_en/press/article_200105_malacca_a_dutch_conquest_forgotten.html
  98. ^ Marina Tan (9 January 1998). "Valpairaso, land of steep hills, trains, sea and curves". New Straits Times. Dicapai 25 September 2015. 
  99. ^ http://www.kln.gov.my/web/chl_santiago/n2007/-/asset_publisher/ME2g/blog/anniversary-of-the-twinning-of-the-cities-of-melaka-and-valparaiso?redirect=%2Fweb%2Fchl_santiago%2Fn2007%3Fp_p_id%3D101_INSTANCE_ME2g%26p_p_lifecycle%3D0%26p_p_state%3Dnormal%26p_p_mode%3Dview%26p_p_col_id%3D118_INSTANCE_2hIE_column-1%26p_p_col_pos%3D1%26p_p_col_count%3D2%26_101_INSTANCE_ME2g_keywords%3D%26_101_INSTANCE_ME2g_advancedSearch%3Dfalse%26_101_INSTANCE_ME2g_andOperator%3Dtrue%26_101_INSTANCE_ME2g_delta%3D30
  100. ^ http://www.kln.gov.my/web/chl_santiago/n2007/-/asset_publisher/ME2g/blog/melaka-is-keen-to-get-valparaiso-s-help?redirect=%2Fweb%2Fchl_santiago%2Fn2007%3Fp_p_id%3D101_INSTANCE_ME2g%26p_p_lifecycle%3D0%26p_p_state%3Dnormal%26p_p_mode%3Dview%26p_p_col_id%3D118_INSTANCE_2hIE_column-1%26p_p_col_pos%3D1%26p_p_col_count%3D2%26_101_INSTANCE_ME2g_delta%3D20%26_101_INSTANCE_ME2g_keywords%3D%26_101_INSTANCE_ME2g_advancedSearch%3Dfalse%26_101_INSTANCE_ME2g_andOperator%3Dtrue%26cur%3D1
  101. ^ http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0703&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_07.htm
  102. ^ https://www.pressreader.com/malaysia/the-star-malaysia-star2/20131004/282166468894336
  103. ^ http://en.jiangsu.gov.cn/col/col54176/index.html
  104. ^ http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0415&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_04.htm
  105. ^ https://www.pressreader.com/malaysia/the-star-malaysia-star2/20131004/282166468894336
  106. ^ http://www.enghunan.gov.cn/AboutHunan/GlobalAssociations/SisterCities/
  107. ^ http://www.mbmb.gov.my/en/mbmb-muo-twin-cities
  108. ^ http://www.mbmb.gov.my/en/mbmb-muo-twin-cities
  109. ^ http://www.academia.edu/8021809/sawahlunto_malaka
  110. ^ http://www.mbmb.gov.my/en/mbmb-muo-twin-cities
  111. ^ https://web.archive.org/web/20171231002356/http://msdesk.mbmb.gov.my/twincities/glance.cfm
  112. ^ Edna Tarigan (2 January 2014). "Jakarta's 'Kota Tua' and Melaka are now sister cities". The Jakarta Post. The Jakarta Post Travel. Diarkibkan daripada asal pada 6 February 2014. Dicapai 25 September 2015. 
  113. ^ https://travel.detik.com/international-destination/d-2613111/melaka-kembaran-kota-tua-jakarta-di-malaysia
  114. ^ Chan (23 September 2015). "Guangdong & Malacca sign sister relationship memo". News Guangdong. Diarkibkan daripada asal pada 25 September 2015. Dicapai 25 September 2015. 
  115. ^ http://www.kln.gov.my/c/document_library/get_file?p_l_id=73198&folderId=5316759&name=DLFE-159420.pdf
  116. ^ http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0625&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm
  117. ^ "7 Hollywood Movies Filmed in Malaysia". Expat Go Malaysia. 
  118. ^ http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0625&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm
  119. ^ https://www.thestar.com.my/lifestyle/entertainment/tv/news/2009/11/22/big-little-nyonya/
  120. ^ "10 Movies You Didn't Know Were Filmed In Malaysia. Spot The Bas Sekolah!". Says.com. 
  121. ^ http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2011/02/16/shah-rukh-khan-jalani-penggambaran-don-2-di-melaka/
  122. ^ http://www.sinarharian.com.my/hiburan/nora-danish-suami-aku-ustaz-1.174519
  123. ^ https://www.hmetro.com.my/node/101805
  124. ^ http://cosmopolitan.my/ayda-jebat-tampil-dengan-telefon-edisi-istimewa/
  125. ^ https://www.pressreader.com/malaysia/harian-metro/20170417/282819306082590
  126. ^ https://www.facebook.com/SkyTowerMelaka/posts/hey-peeps!-guess-who-is/1131053200354183/
  127. ^ https://www.huffingtonpost.com/entry/crazy-rich-asians-locations-you-can-visit-in-real-life_us_5b5f7f55e4b0de86f49a1602

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Borschberg, Peter, "The Seizure of the Santa Catarina Revisited: The Portuguese Empire in Asia, VOC Politics and the Origins of the Dutch-Johor Alliance (c. 1602–1616)", Journal of Southeast Asian Studies, 33.1 (2002): 31–62. (This article can be downloaded free of charge at www.cambride.org, doi:10.1017/S0022463402000024)
  • Borschberg, Peter, ed., (2004). Iberians in the Singapore-Melaka Area and Adjacent Regions (16th to 18th Centuries). Germany: Harrassowitz. ISBN 3-447-05107-8.  https://www.academia.edu/4302755
  • Borschberg, Peter (2010). The Singapore and Melaka Straits. Violence, Security and Diplomacy in the Seventeenth Century. Singapore: NUS Press. ISBN 978-9971-69-464-7.  https://www.academia.edu/4302722
  • Borschberg, Peter, ed., (2015). Journal, Memorial and Letters of Admiral Cornelis Matelieff de Jonge. Security, Diplomacy and Commerce in 17th Century Southeast Asia. Singapore: NUS Press. ISBN 978-9971-69-798-3.  https://www.academia.edu/4302783
  • De Witt, Dennis (2010). Melaka from the Top. Malaysia: Nutmeg Publishing. ISBN 978-983-43519-2-2. 
  • De Witt, Dennis (2007). History of the Dutch in Malaysia. Malaysia: Nutmeg Publishing. ISBN 978-983-43519-0-8. 
  • "Popular History of Thailand" by M.L. Manich Jumsai, C.B.E., M.A.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Kerajaan tempatan[sunting | sunting sumber]

Sejarah Melaka[sunting | sunting sumber]

Lokasi tempatan[sunting | sunting sumber]

Pelancongan di Melaka[sunting | sunting sumber]

Blog Tempatan[sunting | sunting sumber]