A244-S

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

A244/S merupakan senjata anti-kapal selam lancar permukaan dan udara ringan.

Pembangunan[sunting | sunting sumber]

Tentera laut Itali telah membeli US Mark 44 Mod 2 bagi memenuhi keperluan bagi torpedo anti-kapal selam ringannya. Menjelang 1968, tentera laut Itali menyedari bahawa penggantian diperlukan bagi Mark 44 dan pada tahun tersebut menerbitkan keperluan staf bagi torpedo ringan yang baru.

Bagi memenuhi keperluan ini, Whitehead Motofides (kini Whitehead Alenia Sistemi Subacquei) mula membangunkan A244 dan, pada tahun 1973, menghasilkan senjata prototaip. Ia dilaporkan mula dihasilkan bagi Tentera laut Itali pada tahun 1975 tetapi kebanyakan model pengeluaran kelihatannya telah dieksport. Versi yang lebih sofsikated, A244/S, dibangunkan hampir serentak. Senjata ini bagaimanapun tidak dipilih oleh Tentera laut Itali. Bagaimanapun, Whitehead meneruskan pembangunan senjata tersebut dan mula memasarkannya sejak 1978. Sehingga 2000 A244/S telah dipasarkan pada 14 pelanggan.

A244 dicadangkan untuk digantikan dengan A 290, pembangunannya telah bermula sejak 1981, tetapi pada tahun 1990 program ini digabung dengan French Murene bagi membentuk program MU 90/Impact. Model terkini bagi A244/S adalah Mod 3, yang siap pembangunan pada 2000. A244/S dipasarkan oleh EuroTorp, bersama dengan torpedo ringan MU 90/ Impact.

Gambaran[sunting | sunting sumber]

A244 merupakan torpedo anti-kapal selam ringan direka bagi dilancarkan oleh kapal permukaan, pesawat berkipas dan sayap kekal.

Luaran ia berbentuk silinder dengan muncung bentuk paus, ridip segi empat dengan cecincin dan kipas berputar bertentangan setiap satu dengan empat bilah. Dalaman unit penjejak dan panduan terletak di hadapan torpedo dengan kepala peledak 40+ kilogram, dengan bahan letupan HBX3, dan fius hentaman. Pada bahagian tengah dan belakang terdapat bateri perak-zink dan motor eletrik.

Penjejak bagi A244 adalah unit pasif/aktif SEPA AG70 yang direka bagi menghindar gema akustik. Pada A244/S ini telah diganti dengan Alenia CIACIO-S yang memiliki mod pelbagaifrekuensi dan pemproses isyarat digital dalaman. CIACIO-S menggunakan mod akustik aktif, pasif atau campuran bagi menghampiri sasaran. Ia mampu membezakan antara umpan dan sasaran sebenar melalui gegaran berat melalui pancaran denyutan khas dan pemprosesan isyarat. Ia juga direka bagi membezakan antara bunyi sasaran dan pantulan gema, selain memiliki siri preset pola carian boleh diprogram dan pergerakan taktikal (termasuk prosedur serang semula). Penjejak memiliki ruang cari yang luas yang dilitupi oleh pancaran dan penerima prabentuk menurut sebilangan pola carian pilihan sendiri dan dilaporkan berkeupayaan mengesan sasaran pada -5dB dalam keadaan akustik yang bagus. Sistem menyasar berkomputer turut menyediakan gabungan yang boleh di preset bagi pemprosesan isyarat, tapisan spatial dan gerakan torpedo taktikal.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]