AF88 Simfoni

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

AF88 Simfoni merupakan telefon bimbit pertama buatan Malaysia. Antara kelebihannya ialah ia mempunyai aplikasi waktu solat yang membolehkan pengguna-pengguna Muslim sentiasa diingatkan dengan laungan azan apabila masuk sesuatu waktu solat. Telefon ini juga telah mendapat kelulusan sepenuhnya daripada SIRIM.

Telefon bimbit keluaran Aifa ini mempunyai beberapa spesifikasi penting seperti menyokong kegunaan tiga jalur (tri-band) GSM 900/1800/PCS 1900. Ciri ini penting bagi mereka yang sering mengembara ke luar negara yang membolehkan mereka mengaktifkan fungsi perayauan antarabangsa,

Model sulung yang memasuki pasaran tempatan adalah AF88 Simfoni dilengkapi dengan fungsi GPRS 10, SMS (khidmat pesanan ringkas) dan MMS (khidmat pesanan multimedia).

Fungsi GPRS akan membolehkan pengguna mengakses Internet dengan lebar jalur yang lebih luas dan cepat untuk mendapatkan imej, data dan suara. Model AF88, juga mempunyai fungsi WAP 1.2.1 dan 14.4 KBit/s yang membolehkan pengguna dapat menggunakan pelbagai aplikasi GPRS seperti melihat trafik, menghantar/menerima gambar MMS dan sebagainya.

Telefon ini mempunyai dua skrin iaitu skrin biasa di dalam dengan resolusi warna 65,000 dan skrin luaran (apabila ditutup) warna 4,000. Untuk skrin luaran, selain daripada boleh melihat paparan nombor dan nama pemanggil, telefon ini juga mempunyai aplikasi jam analog yang boleh disesuaikan mengikut cita rasa pengguna untuk menambah keceriaan skrin.

Beberapa perkara yang menarik dengan AF88 seperti penyimpanan SMS dalam memori sehingga 150 hingga 200 mampu membuat pengguna selesa menggunakannya. Begitu juga dengan memori penyimpanan nama boleh menampung sehingga 500 nama.

AF88 mempunyai folder peribadi yang bertujuan memastikan mesej diterima disimpan dalam satu folder rahsia yang hanya boleh dibuka menggunakan kata laluan.

Telefon berkenaan telah diolah untuk menepati kehendak khususnya masyarakat Muslim dengan menambah azan secara rakaman penuh daripada Imam Masjidil Haram bagi jam penggera.

Memandangkan ia merupakan telefon keluaran tempatan, Aifa juga telah memasukkan sebanyak 20 lagu Melayu popular yang boleh dijadikan sebagai nada dering. Pengguna boleh terus memilih lagu-lagu yang sesuai tanpa perlu berbelanja lebih dan bersusah payah memuat turun lagu-lagu lain. AF88 juga dilengkapi dengan 40 bunyi polifonik dan hiasan skrin (wallpaper) bagi menepati cita rasa pengguna.

Kuasa bateri untuk tempoh menunggu ialah sehingga 180 jam dan bercakap sehingga tiga jam.

Jenama[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]