A Song of Ice and Fire

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
A Song of Ice and Fire

PengkaryaGeorge R. R. Martin
NegaraAmerika Syarikat
BahasaInggeris
GenreFantasi epik[1]
Penerbit
Tahun terbitOgos 1996–kini
Jenis mediaCetakan
Buku suara

A Song of Ice and Fire ialah siri novel fantasi epik yang ditulis oleh novelis dan penulis skrip Amerika Syarikat, George R. R. Martin. Ia mengandungi jilid pertama siri ini yang berjudul A Game of Thrones pada tahun 1991 dan menerbitkannya tahun 1996. Pada awalnya Martin mereka trilogi, beliau akhirnya memutuskan menerbitkan tujuh jilid. Jilid kelima, A Dance with Dragons, ditulis selama lima tahun dan diterbitkan tahun 2011. Beliau masih menulis jilid keenam, The Winds of Winter.

A Song of Ice and Fire berlatar di benua fiksyen bernama Westeros dan Essos. Sudut pandang setiap bab dihadkan dari sembilan orang di novel pertama menjadi 31 orang di novel kelima. Tiga plot utamanya menceritakan perang dinasti antara beberapa keluarga yang ingin menguasai Westeros, meningkatnya ancaman bangsa ghaib di bahagian utara Westeros, dan cita-cita Daenerys Targaryen, puteri raja yang tersisih, untuk merebut Takhta Besi.

Pengkaryaan Martin terhadap siri ini banyak diinspirasikan oleh Perang Bunga Mawar dan siri novel sejarah Perancis Les Rois maudits karya Maurice Druon.[2][3] A Song of Ice and Fire menerkma pujian atas gambaran terhadap wanita dan agama serta realismenya. Pembaca dibawa dengan pelbagai sudut pandang yang berasingan dan subjektif. Kejayaan atau keselamatan tokoh tidak pernah pasti. Persoalan kesetiaan, kebanggaan, seksualiti manusia, ketaatan, dan moraliti kekerasan sering diangkat dalam dunia A Song of Ice and Fire.

Setakat April 2015, 60 juta cetakan telah terjual di seluruh dunia.[4] Pada Januari 2017, siri novel ini telah diterjemahkan ke dalam 47 bahasa.[5][6] Jilid keempat dan kelima menaiki The New York Times Best Seller List sebaik sahaja diterbitkan.[7] Karya turunannya termasuk beberapa novela prekuel, siri TV, komik, dan beberapa permainan kad, papan, dan video.

Sejarah terbitan[sunting | sunting sumber]

# Tajuk Halaman Bab Kata Audio Amerika Syarikat
1 A Game of Thrones 694[8] 73 292.727[9] 33j 53m Ogos 1996[8]
2 A Clash of Kings 768[10] 70 318.903[11] 37j 17m Februari 1999[10]
3 A Storm of Swords 973[12] 82 414.604[13] 47j 37m November 2000[12]
4 A Feast for Crows 753[14] 46 295.032[15] 31j 10m November 2005[14]
5 A Dance with Dragons 1040[16] 73 414.788[17] 48j 56m Julai 2011[16]
6 The Winds of Winter Akan datang[18]
7 A Dream of Spring Akan datang[19]
Jumlah 4.451 344 1.736.054 198j 53m

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Flood, Alison (April 13, 2011). "George RR Martin: Barbarians at the gate". The Guardian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-04. Dicapai pada January 21, 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  2. ^ Milne, Ben (April 4, 2014). "Game of Thrones: The cult French novel that inspired George RR Martin". BBC. Dicapai pada April 6, 2014.
  3. ^ Kamin, Debra (May 20, 2014). "The Jewish legacy behind Game of Thrones". The Times of Israel. Dicapai pada May 31, 2015. They struck gold, however, with their next attempt: a television series based on a French fantasy series which in turn was based on a seven-part set of stories by a French Jewish immigrant. Maurice Druon was born in France in 1918 to Jewish immigrants from Russia and first made a name for himself in the realm of academic journals.
  4. ^ Alter, Alexandra. "'Game of Thrones' Writer George R.R. Martin Posts 'Winds of Winter' Novel Excerpt". New York Times. New York Times. Dicapai pada April 20, 2015.
  5. ^ "'George RR Martin revolutionised how people think about fantasy' | Books | The Guardian". theguardian.com. Dicapai pada October 2, 2015.
  6. ^ grrm (2017-01-16). "Another Precinct Heard From". Not A Blog. Dicapai pada 2017-02-18.
  7. ^ Smith, Dinitia (Disember 12, 2005). "A Fantasy Realm Too Vile For Hobbits". The New York Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-04. Dicapai pada January 21, 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  8. ^ a b "Fiction review: A Game of Thrones". Publishers Weekly. Julai 29, 1996. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-04. Dicapai pada February 13, 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  9. ^ "A Game of Thrones Book Details". AR BookFinder. Dicapai pada 28 November 2016.
  10. ^ a b "Fiction review: A Clash of Kings". Publishers Weekly. Februari 1, 1999. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-04. Dicapai pada February 13, 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  11. ^ "A Clash of Kings Book Details". AR BookFinder. Dicapai pada 28 November 2016.
  12. ^ a b "Fiction review: A Storm of Swords". Publishers Weekly. Oktober 30, 2000. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-04. Dicapai pada February 13, 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  13. ^ "A Storm of Swords Book Details". AR BookFinder. Dicapai pada 28 November 2016.
  14. ^ a b "Fiction review: A Feast for Crows: Book Four of A Song of Ice and Fire". Publishers Weekly. Oktober 3, 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-04. Dicapai pada February 13, 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  15. ^ "A Feast for Crows Book Details". AR BookFinder. Dicapai pada 28 November 2016.
  16. ^ a b "Fiction review: A Dance with Dragons: A Song of Ice and Fire, Book 5". Publishers Weekly. Mei 30, 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-04. Dicapai pada February 13, 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  17. ^ "A Dance with Dragons". AR BookFinder. Dicapai pada 28 November 2016.
  18. ^ Brown, Rachael (Julai 11, 2011). "George R.R. Martin on Sex, Fantasy, and A Dance With Dragons". The Atlantic. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-04. Dicapai pada February 2, 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  19. ^ Martin, George R. R. (Mac 28, 2006). "this, that, and the other thing". grrm.livejournal.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-04. Dicapai pada October 18, 2011. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]