Abdu Heba
Abdu Heba (kurun ke-14 sebelum masihi.) Putera Jerusalem, di Israel moden. Dia berhubung dengan Akhenaten (memerintah 1353–1335 sebelum masihi.) dari Dinasti ke Lapan Belas mengenai masalah era tersebut.
Perutusan yang dihantar oleh Abdu Heba termasuk dalam himpunan surat yang dijumpai di ibukota, Amarna, himpunan surat yang menakjubkan yang dengan jelas melakarkan kehidupan dan kekacauan politik pada tempoh bersejarah tersebut. Putera Jerusalem kelihatannya mengekalkan hubungan tegang dengan pemerintah sekelilingnya, kesemuannya negeri lindungan Empayar Mesir. Shuwardata, putera Hebron, mengadu mengenai Abdu Heba, mendakwa bahawa dia menyerang tanah negeri lain dan membuat perikatan dengan puak nomad yang dikenali sebagai Apiru.
Apabila Abdu-Heba mendengar mengenai aduan Shuwardata, dia menulis pada Akhenaten untuk menyatakan bahawa dia tidak bersalah. Dia turut menyeru firaun Mesir untuk mengambil langkah mengamankan wilayah tersebut disebabkan peningkatan keresahan dan pemindahan dari utara. Dalam satu surat, Abdu Heba membantah dengan kerasnya terhadap kehadiran tentera Mesir di Jerusalem secara berterusan. Dia mengatakan bahawa mereka merbahaya dan menceritakan tentang bagaimana tentera tersebut mabuk dan merompak istananya dan hampir membunuhnya ketika melakukannya. [1]