Agama Labus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Agama Labus adalah satu agama nenek moyang kaum Momogun Rungus di mana menurut tradisi di asaskan oleh Bobolizan Guraumanuk. Momogun Rungus menamakannya sebagai agama Labus yang bermakna:

Agama berasal dari bahasa Rungus yang bermakna "boleh dilakukan atau baik di lakukan" penjelasan padat mengenai agama adalah seperti berikut, ‘A’ adalah membawa makna "boleh" dan ‘Gama’ adalah membawa maksud "buat atau lakukan".

Jadi "Agama" bermakna boleh di lakukan atau baik di lakukan di izinkan atau di perkenankan. Manakala "Labus" membawa makna "keluar" atau "lepas" dalam bahasa Momogun Rungus.

Secara ringkasnya Agama Labus bermakna satu himpunan hukum-hukum, peraturan-peraturan dan adab masyarakat Momogun Rungus yang di perbolehkan untuk di lakukan bagi melepaskan bangsa mereka dari hukuman, murka, sumpahan, tulah dan laknat dari Kinoringan. Kinoringan adalah Tuhan yang menciptakan alam semesta.