Agro Bank

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Agrobank (Bank Pertanian Malaysia Berhad)
Jenis Syarikat berkaitan kerajaan (GLC)
Industri Perkhidmatan kewangan dan perbankan
Ditubuhkan 1969 (Bank Pertanian Malaysia) 2008 (dikorporatkan dengan nama Agrobank)
Ibu pejabat Kuala Lumpur,
Malaysia Malaysia
Perancang utama Dato' Wan Mohd Fadzmi Wan Othman
(Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif)
Produk Kewangan dan perbankan
Laman web http://www.agrobank.com.my
Logo BPM
Agrobank (dahulunya dikenali sebagai Bank Pertanian Malaysia, singkatan BPM) adalah sebuah bank milik kerajaan di bawah bidang kuasa Menteri Kewangan Diperbadankan. Pembiayaan Bank dalam sektor pertanian adalah didorong oleh dasar yang ditetapkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA).

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Agrobank ditubuhkan pada tahun 1969 dengan matlamat menyediakan perkhidmatan kewangan yang menyeluruh khusus untuk menyokong dan memperkasakan sektor pertanian negara.

Sebagai Institut Pembangunan Kewangan (DFI) yang memberi tumpuan kepada sektor pertanian di Malaysia, Agrobank bertekad untuk mengimbangi peranan dalam aspek pembangunan dan komersil untuk pembangunan pertanian. Agrobank menyediakan solusi pembiayaan yang menyeluruh bagi pertanian; yang merangkumi aktiviti huluan seperti bekalan input pengeluaran pertanian dan juga aktiviti hiliran seperti pemprosesan dan jualan produk pertanian kepada pengguna

Dengan pengalaman lebih 46 tahun,, Agrobank secara aktif menyokong pembangunan pertanian negara dengan beroperasi di lapan (8) wilayah melalui 188 cawangan bank, Agrobank menawarkan produk dan perkhidmatan dalam bidang pembiayaan korporat, komersial dan mikro serta pembiayaan perdagangan, pembiayaan peribadi, perbankan elektronik dan deposit & perkhidmatan.

Pada 1 Julai 2015, Agrobank secara rasmi beralih kepada system perbankan Islam sepenuhnya.

Visi[sunting | sunting sumber]

Untuk menjadi sebuah Bank yang menerajui bidang perbankan dengan fokus kepada pertanian.

Misi[sunting | sunting sumber]

Menyediakan perkhidmatan kewangan yang lengkap mengikut kehendak pasaran dan pelanggan, dengan kewangan yang mapan untuk keperluan sasar tertentu:

  1. Usahawan Tani
  2. Usahawan mikro, kecil dan sederhana
  3. Individu persendirian
Ibu Pejabat Agrobank di Leboh Pasar Besar, Kuala Lumpur.
Ibu pejabat Agrobank.

Peranan & fungsi[sunting | sunting sumber]

  1. Menyediakan perkhidmatan kewangan dan perbankan dengan fokus kepada sektor pertanian.
  2. Meningkat dan menggalakkan pembiayaan pertanian oleh sektor perbankan komersil.
  3. Menjadi salah satu agen bagi program pembangunan kerajaan
  4. Menjadi pusat kepakaran pertanian
  5. Menyediakan penarafan kredit pertanian

Ahli Lembaga Pengarah[sunting | sunting sumber]

Bagi tahun 2016

  • Dato' Wan Mohd Fadzmi Wan Othman (Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif)
  • Datin Rashidah Mohd Sies (Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas )
  • Datuk Johar Che Mat (Pengarah Bebas Bukan Eksekutif)
  • Ng Chih Kaye (Pengarah Bebas Bukan Eksekutif)
  • Dato' Dr. Mohamad Hashim Ahmad Tajudin (Pengarah Bebas Bukan Eksekutif)
  • Datin Seri Hjh. Ruzaina Wan Haniff (Pengarah Bebas Bukan Eksekutif)
  • Dato' Mohd Arif Bin Ab Rahman (Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif)

Ahli Pengurusan Bank[sunting | sunting sumber]

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif

  • Dato' Wan Mohd Fadzmi Wan Othman


Ketua Pegawai Perkhidmatan Kewangan

  • Encik Asmuni Bin Sudin


Ketua Pegawai Transformasi

  • Encik Ahmad Shahril Bin Mohd Shariff


Ketua Pegawai Operasi

  • Encik Zahid Bin Ahmad Zawawi


Pemangku Ketua Pegawai Kewangan

  • Puan Masaat Binti Awadz


Ketua Pegawai Sumber Manusia

  • Encik Abdul Khalif Bin Mohammad Salleh


Ketua pegawai perkhidmatan

  • Encik Mad Yusof Bin Yazid


Ketua Pegawai Kredit

  • Encik Jasni Mohamed Yusoff


Ketua Pegawai Risiko

  • Encik Muslim bin Hussain

Produk dan perkhidmatan[sunting | sunting sumber]

Deposit

  • Akaun Simpanan Asas-i (Agro BSA-i)
  • AgroMuda-i
  • AgroTani-i
  • Agro Perdana-i Wadiah Yad Dhamanah
  • Akaun Pelaburan Pulangan Tetap-i (FRIA-i)
  • FRIA-i 45Plus

Peribadi

  • Hartani-i (Tawarruq)
  • Ar Rahnu
  • AgroCash-i
  • Advance khas untuk Aset Pelaburan-i (SAFIA-i)

Perniagaan

  • Modal Usahawan 1 Malaysia (MUS1M-i)
  • Private: Paddy Cash-i
  • Tanaman Semula Kelapa Sawit-i (SAWIT-i)
  • Pembiayaan Berjangka-i
  • Paddy-i (Tawarruq)
  • Kemudahan Pembiayaan Modal Kerja-i (Tawarruq)
  • Machinery & Equipment Financing-i (MAEF-i)
  • Agro Cash Line-i
  • Strategik Pembiayaan Alliance-i (SALF-i)
  • Program Pembiayaan
  • Tabung Untuk Makanan (3F)
  • Program Pembiayaan Agro Bakti

Perbankan Elektronik

  • AGRONet (Perbankan Internet)
  • AGRONetBIZ (Perbankan Internet Perniagaan)
  • Terminal Layan Diri (ATM/CDM/CQ,/CoDM/Internet Kiosk)
  • AgroAgent (Perkhidmatan Ejen Perbankan)
  • e-Pembayaran Fi & Caj
  • Agro Visa Debit Kad-i
  • Kad Agro VISA Bisnes Debit-i

Perkhidmatan

  • Bayaran Bil
  • Takaful
  • Wasiat
  • Cukai Taksiran
  • Zakat
  • SSPN-i
  • Peti Keselamatan Deposit
  • Kadar
  • Fi dan Caj
  • Pindahan Dana Antara Bank (IBG)
  • Pemindahan Wang Antara Bank (IBFT)
  • Agro Mabrur-i

Pembiayaan Perdagangan

  • Surat Kredit-i
  • Resit Amanah Murabahah-i
  • Pembiayaan Modal Kerja Perdagangan-i (TWCF-i)
  • Jaminan Bank-i
  • Jaminan Perkapalan-i (SG-i)
  • Koleksi Dokumentari-i

Rujukan[sunting | sunting sumber]