Ahmad Razali Yusof

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ahmad Razali Haji Yusof adalah penulis dari Malaysia. Dilahirkan pada 29 April 1936. Dilahirkan di Bukit Kapar, Klang. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Bukit Kapar pada tahun 1944-1949. Seterusnya di Sekolah Melayu Lelaki Klang sehingga tahun 1952. Pada umur 16 tahun, beliau mula bertugas sebagai pendidik. Selain itu, beliau telah mengikuti kursus penulisan kreatif di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada tahun 1976/1977. Selanjutnya, beliau mula bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai Penolong Pegawai Penyelidik di Bahagian Pengembangan Sastera pada tahun 1980. Beliau telah menamatkan perkhidmatan di Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1992.

Hasil penulisan[sunting | sunting sumber]

  1. Dan fikirkan sejenak = And think for a moment / diselenggarakan oleh S. Jaafar Husin, Ahmad Razali Haji Yusof ; DBP, 1994.
  2. Sempana : himpunan esei penelitian oleh sarjana kesusasteraan Melayu antarabangsa / diselenggarakan oleh Ahmad Kamal Abdullah, Shamsuddin Jaafar, Ahmad Razali Haji Yusof. ; DBP, 1994.
  3. Impian kecilku / penyelenggara Ahmad Razali; DBP,1991.
  4. Puisi baharu Melayu, 1961-1986 / diselenggarakan oleh Ahmad Kamal Abdullah & Ahmad Razali Haji Yusof ; DBP, 1990.
  5. Malaysia dalam puisi / diselenggarakan oleh Ahmad Kamal Abdullah & Ahmad Razali Haji Yusof. ; DBP, 1988.