Ahmad Jauhari Yahya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Ahmed Jauhari Yahya)

Ahmad Jauhari Yahaya adalah Pengarah Urusan atau Ketua Pegawai Eksekutif, Penerbangan Malaysia.

Ahmad Jauhari, dilantik oleh Danaharta sebagai Pengarah Urusan Penerbangan Malaysia pada 19 September 2011. Beliau berkelulusan Ijazah Sajana Muda (Kepujian) jurusan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik di Universiti Nottingham, United Kingdom.

Sebelum menyertai Penerbangan Malaysia beliau merupakan pengarah urusan Premium Renewable Energy (M) Sdn Bhd. Karier beliau bermula dengan ESSO Malaysia Berhad kemudiannya menyertai The New Straits Times Press (M) Berhad dengan jawatan terakhir sebagai Pengurus Besar Kanan Kumpulan, Pengeluaran dan Pengedaran pada tahun 1990.

Pada tahun 1992, beliau menjadi Timbalan Pengarah Urusan kemudiannya sebagai Pengarah Urusan Time Engineering Berhad pada tahun yang sama. Seterusnya beliau menjawat Pengarah Urusan Malaysian Resources Corporation Berhad kemudiannya Malakoff Berhad.

Ahmad Jauhari juga pernah berkhidmat sebagai Pengarah dan Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Pusat Penjana Elektrik (Jordan) dan Pengarah Projek Pengembangan Shuaibah (Arab Saudi). Beliau juga merupakan bekas Presiden Kehormat Penjanabebas (Persatuan Penjana Tenaga Bebas Malaysia).[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]