Aksara Lyk

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Aksara Lyk
Jenis
Alfabet
BahasaBahasa Lyk
Tempoh masa
500-330 SM
Aksara induk
Aksara kerabat
Aksara Lyd, Aksara Fryg
Arah tulisKiri-ke-kanan
ISO 15924Lyci, 202
Alias Unikod
Lycian
U+10280–U+1029F
Dekri Pixodaros dalam aksara Lyk

Aksara Lyk telah digunakan untuk menulis bahasa Lyk di Lykia, iaitu sebuah kawasan di rantau Asia Minor. Aksara tersebut merupakan tokokan ke atas aksara Yunani, dengan lebih-kurang enam huruf tambahan untuk bunyi yang tidak terdapat dalam bahasa Yunani. Sebilangan besarnya mirip akan aksara Lyd dan aksara Fryg .

Aksara[sunting | sunting sumber]

Aksara Lyk[1][2] mengandungi huruf untuk 29 bunyi. Beberapa bunyi dilambangkan oleh lebih dari satu simbol, yang dianggap sebagai satu "huruf". Terdapat enam huruf vokal, satu untuk setiap daripada empat vokal lisan bahasa Lyk dan huruf asing untuk dua daripada empat vokal sengauan. Sembilan huruf daripada aksara Lyk tampaknya tidak terbit daripada aksara Yunani.

Aksara Lyk
Huruf Lyk Transliterasi AFA Catatan
𐊀 a [a]
𐊂 b [β]
𐊄 g [ɣ]
𐊅 d [ð]
𐊆 i [i], [ĩ]
𐊇 w [w]
𐊈 z [t]
𐊛 h [h]
𐊉 θ [θ]
𐊊 j atau y [j]
𐊋 k [kʲ] [ɡʲ] selepas sengauan.
𐊍 l [l] dan [l̩]~[əl]
𐊎 m [m]
𐊏 n [n]
𐊒 u [u], [ũ]
𐊓 p [p] [b] selepas sengauan.
𐊔 κ [k]? [kʲ]? [h(e)]
𐊕 r [r] dan [r̩]~[ər]
𐊖 s [s]
𐊗 t [t] [d] selepas sengauan. ñt ialah [d] seperti dalam 𐊑𐊗𐊁𐊎𐊒𐊜𐊍𐊆𐊅𐊀 / Ñtemuχlida untuk Δημοκλείδης / Dēmokleídēs dalam bahasa Yunani.[3]
𐊁 e [e]
𐊙 ã [ã] 𐊍𐊒𐊖𐊙𐊗𐊕𐊀 / Lusãtra untuk Λύσανδρος / Lúsandros dalam bahasa Yunani.[4]
𐊚 [ẽ]
𐊐 [m̩], [əm], [m.] Asalnya mungkin sukukataan [m], kemudian koda [m]
𐊑 ñ [n̩], [ən], [n.] Asalnya mungkin sukukataan [n], kemudian koda [n].
𐊘 τ [tʷ]? [t͡ʃ]?
𐊌 q [k] [ɡ] selepas sengauan.
𐊃 β [k]? [kʷ]? Disuarakan selepas sengauan.
𐊜 χ [q] [ɢ] selepas sengauan.

Unikod[sunting | sunting sumber]

Aksara Lyk telah ditambahkan ke Piawaian Unikod pada bulan April, 2008 dengan edaran versi 5.1. Ia dikodkan dalam Satah 1 (Satah Nekabahasa Tambahan).

Blok Unikod untuk aksara Lyk ialah U+10280–U+1029F.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Adiego (2007) page 764.
  2. ^ Bryce (1986) pages 56-57.
  3. ^ Bryce, T. R. (January 1986). "The Pronunciation of Delta in Greek and Lycian". Classical Philology. 81 (1): 56–58. doi:10.1086/366958. JSTOR 269877. First page displayable no charge.
  4. ^ Bryce (1986) page 58.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Adiego, I. J. (2007). "Greek and Lycian". Dalam Christidis, A. F.; Arapopoulou, Maria; Chriti, Maria (penyunting). A History of Ancient Greek From the Beginning to Late Antiquity. Chris Markham (trans.). Cambridge University press. ISBN 0-521-83307-8.0-521-83307-8 . Penterjemah Chris Markham.
  • Bryce, Trevor R. (1986). The Lycians - Volume I: The Lycians in Literary and Epigraphic Sources. Copenhagen: Museum Tusculanum Press. ISBN 87-7289-023-1.87-7289-023-1
  • Roger D. Woodard, 2007, Bahasa Purba Asia Kecil .

Pautan luar[sunting | sunting sumber]