Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau Security Offences (Special Measures) Act - SOSMA dikuatkuasakan "bagi menyediakan langkah-langkah khas berkaitan dengan kesalahan keselamatan bertujuan mengekalkan keamanan dan keselamatan dan bagi hal-hal berkait". Akta ini digubal bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA). Akta tersebut telah diluluskan di Parlimen pada 17 April 2012, diberikan Perkenan Diraja pada 18 Jun 2012 dan diwartakan pada 22 Jun 2012. [1] Akta ini boleh membawa kepada hukuman mati mandatori ke atas sesiapa yang didapati bersalah.

Kuasa Penangkapan Dan Penahanan[sunting | sunting sumber]

Menurut Seksyen 4 (1) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 ini, penangkapan dan penahanan mana-mana orang yang berkenaan dengannya boleh dilakukan oleh seorang polis tanpa waran, atas sebab untuk mempercayai terlibat dalam kesalahan keselamatan. Orang tersebut boleh ditahan untuk tempoh selama 24 jam bagi maksud penyiasatan namun, tempoh siasatan boleh dilanjutkan tidak lebih dari tempoh 28 hari bagi membantu penyiasatan.

Perbicaraan Kesalahan Keselamatan[sunting | sunting sumber]

Di bawah akta ini, pesalah akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi seperti mana yang dinyatakan di dalam Seksyen 12 Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 di mana semua kesalahan keselamatan akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi. Hal ini dapat dikaitkan dengan kesalahan seperti membunuh dan memiliki dadah berbahaya apabila kes tidak akan dibicarakan di mahkamah rendah dan akan dibicarakan bermula di Mahkamah Tinggi.

Tangkapan Di Bawah Akta Ini[sunting | sunting sumber]

Tiga orang, termasuk bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) Yazid Sufaat, Halimah Hussein dan Mohd Hilmi Hasim, merupakan tahanan pertama di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 pada tahun 2013. Mereka ditahan atas dakwaan mencetuskan keganasan. [2] Susulan krisis pencerobohan Lahad Datu 2013, 104 warga Filipina yang disyaki ada kaitan dengan Jamalul Kiram III, salah seorang yang menuntut takhta Kesultanan Sulu, ditahan di bawah SOSMA. Mereka termasuklah beberapa ahli keluarga Kiram yang memasuki negeri Sabah menggunakan identiti palsu.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas)" Dicapai 11 Februari 2013
  2. New Straits Times. "Detention of trio under Security Offences Act has global impact" Dicapai 11 Februari 2013"
  3. Radzi Razak (17 Mac 2013). "Kiram's family members among 104 detained under SOSMA (Melayu)". The Sun Daily. Dicapai pada 19 Mac 2013.  Check date values in: |access-date= (bantuan)