Alah (kejuruteraan)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Suatu titik alah ialah titik dalam lengkung tegasan-terikan yang menandakan had pengakhiran sifat keanjalan dan permulaan sifat keplastikan sesuatu bahan.[1] Suatu kekuatan alah atau tegasan alah ialah tegasan di mana sesuatu bahan mengalami alah.

Sebelum titik alah, sesuatu bahan memiliki sifat keanjalan, di mana bahan tersebut dapat kembali ke bentuk asal apabila diregangkan manakala selepas titik alah, bahan tersebut tidak boleh lagi kembali ke bentuk asal apabila diregangkan dan oleh itu, memiliki sifat keplastikan.

Dalam sesetengah lengkung, apabila titik alah adalah tidak jelas, titik alah ofset pula digunakan, di mana titk alah dianggap berlaku selepas terikan plastik mencapai 0.1% atau 0.2% (lazimnya 0.2%) saiz bahan asal.[2]

Definisi alah[sunting | sunting sumber]

Titik-titik penentuan alah dalam sebuah lengkung tegasan-terikan (dari kiri): had kekenyalan benar, had kekadaran, had kekenyalan dan titik alah ofset.

Terdapat pelbagai jenis alah yang boleh dikira dan ditentukan, iaitu:[3]

  • Had kekenyalan benar
  • Had kekadaran
  • Had kekenyalan (kekuatan alah)
  • Titik alah
  • Titik alah ofset
  • Titik alah atasan dan bawahan

Ujian[sunting | sunting sumber]

Dalam menentukan kekuatan alah, ujian tengangan lazimnya digunakan. Dalam ujian ini, suatu bahan dengan luas keratan rentas tetap diletakkan dalam daya yang meningkat secara sekata dan terkawal sehingga bahan tersebut berubah bentuk atau patah.

Sifat alah juga boleh dikenal pasti melalui ujian maya seperti penggunaan model komputer, biasanya ketika alah makroskopik dikawal oleh reka bentuk struktur mikroskopik.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ross 1999, halaman 56.
  2. ^ Ross 1999, halaman 59.
  3. ^ G. Dieter, Mechanical Metallurgy, McGraw-Hill, 1986
  4. ^ Levrero, F.; Margetts, L.; dll. (2016). "Evaluating the macroscopic yield behaviour of trabecular bone using a nonlinear homogenisation approach". Journal of the Mechanical Behavior of Biomedical Materials. 61: 384–396. doi:10.1016/j.jmbbm.2016.04.008. PMID 27108348.