Album konsep

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Album konsep merupakan satu bentuk album yang menggunakan atau mengangkat sebuah tema khusus, dalam instumental, komposisi, naratif atau lirik. Biasanya, album konsep memiliki keseluruhan lagu yang idea liriknya membentuk satu tema atau sebuah jalan cerita. Inilah yang menjadi perbezaan album konsep dengan album umum yang mengandungi lagu-lagu yang tidak berkaitan satu sama lain. Album konsep pertama kali dikeluarkan pada akhir tahun 1930-an oleh penyanyi Lee Wiley di bawah label Liberty Records.