Algoritma garisan Bresenham

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Algoritma garisan Bresenham ialah algoritma yang menentukan titik-titik raster berdimensi n yang perlu dipilih supaya suatu lukisan yang seakan-akan garisan lurus antara dua titik dapat dibentuk. Algoritma ini biasanya digunakan untuk melukis garisan di skrin komputer, kerana ia hanya melakukan operasi-operasi ringan bagi seni bina komputer biasa, iaitu menambah, menolak dan menganjak bit keatas integer. Ia merupakan antara algoritma terawal dalam bidang grafik komputer. Pelanjutan algoritma ini boleh digunakan untuk melukis bulatan.