Alidad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Alidad ringkas yang digunakan dengan lampu suluh awan.

Alidad ialah sebuah alat yang digunakan untuk melihat objek jauh dan menggunakan garis penglihatan untuk melakukan sesuatu tugas, contohnya melakar garisan kepada objek dengan menggunakan meja ukur, atau mengukur sudut objek tersebut dengan titik rujukan. Sudut boleh jadi pada satah mendatar, menegak atau apa jua satah. Kegunaan utama alidad ialah bagi membuat peta dengan satah mendatar.

Pada mulanya alidad menjadi sebahagian daripada beberapa jenis alat sains dan astronomi, dan pada suatu ketika alidad juga dikenali sebagai diopter.[1]

Asal-usul[sunting | sunting sumber]

Contoh alidad, dipetik daripada buku Table of Surveying, Cyclopaedia, Volume 2, tahun 1728

Perkataan "alidad" ialah terbitan perkataan Arab العهدة al-idhadah, "pembaris".

Alidad yang terawal dibuat daripada batang dengan sebuah bilah pada kedua-dua bahagian hujung. Setiap bilah mempunyai lubang, alur atau penanda. Pemerhati dapat melihat objek jauh melaui lubang atau alur tersebut dan menandakan kedudukannya pada skala yang terdapat pada alidad. Alidad dibuat daripada besi, kayu, gangsa atau bahan-bahan lain.

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "diopter", The Compact Edition of the Oxford English Dictionary, Oxford University Press, 1971