Alif Ba Ta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Alif Ba Ta
Album Alif Ba Ta.jpg
Album Alif Ba Ta keluaran Wayang Tinggi Entertainment
Latar belakang
Berasal dari Malaysia Malaysia
Pekerjaan Vokal / Pemuzik
Tahun aktif 1990-an
Kegiatan berkait Berkumpulan


Kumpulan Alif Ba Ta merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini khusus mengajar kanak-kanak mengenal dan mengaji Quran mendapat sambutan hangat di pasaran sehingga mencecah jualan menghampiri angka 150,000 unit.

Sebelum ini album kanak-kanak bagaikan terkeluar daripada agenda syarikat rakaman yang lebih banyak memberi tumpuan kepada album bercorak komersial di pasaran.

Kejayaan Wayang Tinggi Entertainment (WTE) menerbitkan album Iqraq-Alif Ba Ta bagaimanapun membuka mata semua pihak apa yang dihasilkan untuk kanak-kanak juga mempunyai nilai komersialnya yang tersendiri.

Kejayaan tersebut telah mendorong pihak Wayang Tinggi Entertainment menerbitkan album kedua kumpulan Alif Ba Ta yang di pasarkan pada Ogos.

Album berjudul Alif Vol. 1 ini merupakan kesinambungan kepada usaha mereka sebelum ini yang membawa kanak-kanak mengenal dan mempelajari Muqadam. Album itu dijual secara pakej yang mengandungi set kaset, cakera padat dan buku panduan mengaji dengan harga RM19.90. Pihak Wayang Tinggi Entertainment menganggap ia sebagai satu sumbangan kepada masyarakat. Meskipun album berkenaan mendapat sambutan menggalakkan di pasaran, Wayang Tinggi Entertainment tidak mendapat keuntungan yang maksimum kerana harganya dijual secara lebih murah dan dalam bentuk pakej.


Ahli-ahli[sunting | sunting sumber]

Album pertama[sunting | sunting sumber]

  • Siti Aisyah Ishak,
  • Nurul Shahida Samsulazlan,
  • Muhammad Faiz Mahmod,
  • Muhammad Azri Muizz Maslan,
  • Muhammad Daniel Syazwan
  • Fatin Rosbella Rohaiza

Album kedua[sunting | sunting sumber]

Alif Ba Ta dianggotai oleh lima kanak-kanak berbakat dalam bidang nyanyian iaitu :-

  • Mustafa Kamal Abdul Aziz (7 tahun),
  • Mohd Fai'z Abdul Mahmud (7),
  • Ummu Umairah Roslan (6),
  • Nurul Shalida Samsulazlan (9)
  • Siti Athirah Roslan (9).

Meskipun tiga daripada mereka merupakan ahli baru, ia tidak menjejaskan penjualan album kedua ini.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album[sunting | sunting sumber]

  • Iqraq-Alif Ba Ta
  • Alif Vol. 1

Lagu-lagu[sunting | sunting sumber]

  1. Selamat pagi putera puteri

Pautan luar[sunting | sunting sumber]