Along

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Along adalah gelaran panggilan bagi seorang ahli keluarga yang biasanya diberi pada seseorang mengikut turutan kelahirannya. Gelaran Along biasanya diberikan kepada saudara tertua, ringkasan kepada anak sulong. Selain Along, gelaran Alang , dan Angah turut digunakan bagi anak yang dilahirkan mengikut turutan yang berubah-ubah mengikut tempat dan kawasan.

Pinjaman Wang Berlesen[sunting | sunting sumber]

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya tidak pernah mengiktiraf kewujudan Ah Long dengan mengeluarkan permit kebenaran memberi pinjaman. Orang ramai perlu menggunakan medium yang dibenarkan seperti bank, koperasi dan juga Pemberi Pinjaman Wang Berlesen (PPWB) yang berada di bawah kelolaan Kementerian. Ini bagi mengelakkan sebarang musibah yang tidak diingini dari kegiatan Ah Long.

Di Malaysia, telah banyak skim pinjaman yang diwujudkan oleh bank-bank tempatan. Namun, semakin banyak skim yang ada, semakin banyak juga rakyat Malaysia yang lebih tertarik kepada Ah Long untuk meminta pinjaman wang secara membuta-tuli tanpa mengetahui akibat bahaya dari perbuatannya itu.

Kegunaan lain[sunting | sunting sumber]