Anglofilia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Anglofilia (Anglophilia) atau "pemujaan Inggeris" ialah orang yang menyukai kebudayaan England dan England secara amnya.[1] Antonimnya ialah Anglofobia (Anglophobia).[2]

Mengikut Oxford English Dictionary, perkataan ini datangnya daripada bahasa Perancis, dan pada akhirnya daripada Latin Anglus "British"/"Inggeris" + Greek Kuno φίλος - philos, "kawan"). Ia memberikan penggunaan pertama berlaku pada 1867, di mana jurnal Revue des deux mondes diperikan sebagai "jurnal betul-betul Anglofilia".[3]

Dalam sesetengah kes, anglofilia mewakili keutamaan seseorang individu terhadap kebudayaan Inggeris melebihi kebudayaan sendiri; kepercayaan bahawa budaya British lebih unggul; atau penghargaan terhadap sejarah British. Di samping pemuja Inggeris yang tertarik kepada budaya 'tradisional' Inggeris (e.g. Shakespeare, Jane Austen, Dr. Johnson, Gilbert dan Sullivan), terdapat juga pemuja Inggeris yang menyukai muzik pop dan rock daripada Britain, berita British, kereta British, dan kebudayaan sezaman secara amnya. Kesukaan terhadap raja British, birokrasi British serta nostalgia Empayar British boleh juga dianggap sebagai Anglofilia.

Pemuja Inggeris dari Amerika mungkin menggunakan ejaan Inggeris Britain sebagai ganti ejaan Inggeris Amerika Syarikat, seperti aeroplane berbanding airplane, colour berbanding color, grey berbanding gray, centre berbanding center, dan mum berbanding mom. Seorang pemuja Inggeris dari Amerika yang terkenal adalah Douglas Fairbanks Jr.

Istilah ini biasanya tidak dikaitkan dengan rakyat negara-negara Komanwel (bekas Empayar British), walaupun negara-negara ini mempunyai banyak persamaan kebudayaan dan sejarah dengan United Kingdom. Kadang-kala, ia juga digunakan untuk memerikan kesetiaan kepada kebudayaan "Anglosfera" seluruhnya seperti Amerika Syarikat, Kanada (kecuali Quebec), Australia dan New Zealand.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "The American Heritage Dictionary of the English Language: Fourth Edition.2000". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-12-05. Dicapai pada 2009-10-23.
  2. ^ Dictionary.com: anglophile
  3. ^ "Anglophilia", n. " The Oxford English Dictionary. 2nd ed. 1989. OED Online. Oxford University Press. 4 Apr. 2000 <http://dictionary.oed.com/cgi/entry/50008518>.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Cultural appreciation