Angsa Afrika

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Seekor angsa Afrika

Angsa Afrika adalah satu baka angsa domestik yang dibiakkandari angsa Swan (Anser cygnoides). Meskipun namanya adalah angsa Afrika, angsa ini berkemungkinan besar berasal daripada China, sepertimana angsa China. Walaupun angsa Afrika dan China mempunya beberapa ciri persamaan (seperti corak warna), kedua-duanya boleh dibezakan di mana angsa Afrika memiliki bonjolan dan bentuk tombol yang berbeza di kepala. Angsa Afrika juga lebih berat daripada angsa China, dan mempunyai kelakuan yang jinak. Selain itu, ia juga bertelur dalam jumlah yang kurang berbanding angsa China: iaitu 25 hingga 40 biji setahun berbanding 40 hingga 65 biji bagi angsa China. Dalam beberapa situasi angsa China boleh bertelur sehingga 200 biji setahun.

Angsa Afrika boleh didapati dalam tiga warna iaitu perang, buff and putih. Angsa perang mempunyai paruh dan bonjolan berwarna perang, dan bulu dengan kepekatan warna yang tidak sekata, antara perang muda hingga perang tua. Angsa putih mempunyai bulu berwarna putih, manakala paruh dan bonjolan berwarna oren.

Seekor angsa Afrika berenang dalam tasik buatan di bandar San Francisco Bay Area.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Ekarius, Carol (2007). Storey's Illustrated Guide to Poultry Breeds. North Adams, MA: Storey Publishing. ISBN 978-1-58017-667-5.
  • "Africans". feathersite.com. Dicapai pada 2008-07-02.
  • American Livestock Breed Conservation Articles: Chinese Geese; African Geese