Ankhesenpepi I
- Untuk wanita Mesir lain yang disebut Ankhesenpepi lihat Ankhesenpepi
| Ankhesenpepi I | |
|---|---|
| Permaisuri Mesir | |
| Dimakamkan | Tidak diketahui |
| Pasangan | Firaun Pepi I |
| Anakanda | Merenre Nemtyemsaf I |
| Dinasti | Dinasti Keenam Mesir |
| Ayahanda | Khui |
| Bonda | Nebet |
| Agama | Agama Mesir kuno |
| ||||||||||||||
| Ankhenespepi dalam hieroglif Mesir | ||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Ankhenespepi I atau Ankhenesmeryre I ialah seorang permaisuri ketika dinasti keenam Mesir.
Biografi
[sunting | sunting sumber]Ankhesenpepi adalah anak perempuan Nebet iaitu wazir perempuan dan suaminya Khui. Adik Ankhesenpepi ialah Ankhenespepi II, dan saudara lelakinya ialah Wazir Djau .[1]
Kedua-dua beradik perempuan - Ankhesenpepi I dan II - telah berkahwin dengan Firaun Pepi I yang nama takhtanya ialah Meryre; nama mereka mungkin diambil apabila perkahwinan berlangsung, kerana ia bermaksud "Kehidupannya milik Pepi/Meryre". Kedua-dua permaisuri melahirkan pengganti Pepi: anak Ankhenespepi I ialah Merenre Nemtyemsaf I, yang memerintah hanya selama beberapa tahun; anak Ankhenespepi II ialah Pepi II, yang menjadi ganti selepas kematian Nemtyemsaf.[2]
Beliau disebut bersama-sama dengan adik perempuannya pada stela saudara lelaki mereka di Abydos, juga, di piramidnya, pada penulisan di Berlin dan sepucuk dekri di Abydos.[3]
Gelarannya ialah: Suri Raja, Ibunda Raja, Cogan Alam Agung .[3]