Anuar Malek

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anuar Malek
انوار مالك
Kelahiran1963 (1963)
Meninggal dunia11 Julai 2020(2020-07-11) (umur 56–57)
Kuala Lumpur, Malaysia
Sebab kematianKomplikasi jantung
PekerjaanTimbalan Pengarah Besar Felda, Presiden Felda United FC
Tahun aktif1982—2020

Anuar bin Malek (1963 – 11 Julai 2020) ialah bekas Presiden Felda United FC, beliau juga merupakan pegawai tadbir pada tahun 1982 dan Timbalan Pengarah Besar Felda sejak 2015[1][2]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Anuar seorang pegawai tadbir Felda pada tahun 1982. Beliau juga bertanggungjawab sebagai Pengarah Pembangunan Komuniti Felda pada 2013 sebelum dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Pengarah Besar Felda dua tahun kemudian.

Anuar merupakan Presiden Felda United FC sejak Mac 2019. Beliau disifatkan sebagai seorang yang banyak melakukan perubahan dalam struktur pengurusan Felda United FC ketika memegang jawatan itu.[3][1][2]

Kematian[sunting | sunting sumber]

Anuar meninggal dunia pada 11 Julai 2020 akibat komplikasi jantung di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur.[3][1][4] Beliau meninggalkan seorang balu dan empat anak. Beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Seremban Kuala Pilah sebelum zohor.[1][2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d "Presiden FELDA United meninggal dunia". Berita Harian. 11 Julai 2020. Dicapai pada 16 Julai 2020.
  2. ^ a b c Shahrizal Ahmad Zaini (11 Julai 2020). "Presiden Felda United meninggal dunia". Sinar Harian. Dicapai pada 16 Julai 2020.
  3. ^ a b Nur Hadi Mohamad (11 Julai 2020). "Presiden Felda United, Anuar Malek Meninggal Dunia". Semuanya Bola. Dicapai pada 16 Julai 2020.
  4. ^ "Felda United president dies of heart complications". Bernama (dalam bahasa Inggeris). Free Malaysia Today. 11 Julai 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-07-16. Dicapai pada 16 Julai 2020.