Anugerah Eisner

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Will Eisner Comic Industry Award
(Anugerah Industri Komik Will Eisner)
PenghargaanPencapaian kreatif terpuji dalam industri buku komik A.S
LokasiSan Diego Comic-Con International
NegaraAmerika Syarikat
Anugerah pertama1988
Laman web rasmihttp://www.comic-con.org/awards/eisner-awards-current-info

Anugerah Eisner ([ais-nĕr], Eisner Awards) atau nama penuhnya Anugerah Industri Komik Will Eisner (Will Eisner Comic Industry Awards) merupakan anugerah yang diberikan untuk pencapaian kreatif yang terpuji dalam kalangan penerbit buku komik Amerika Syarikat sepertimana yang dimainkan peranan Anugerah Akademi ke atas filem-filem.[1][2] Anugerah ini diwujudkan setelah penamatan anugerah yang terdahulu iaitu Anugerah Kirby pada tahun 1987,[3] dan ia dinamakan sempena Will Eisner, tokoh yang paling terlibat dalam anugerah tersebut sehingga kematian beliau pada tahun 2005.[3]

Penamaan pencalonan untuk anugerah ini ditentukan sebuah panel lima orang yang kemudiannya diundi oleh para pengkarya komik profesional dan diumumkan pada konvensyen San Diego Comic-Con International yang berlangsung pada satu malam Jumaat dalam Julai setiap tahun.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "The Eisner Awards". worldofsuperheroes.com. 8 April 2011. Dicapai 14 Mei 2011. 
  2. ^ Albert, Aaron. "The Will Eisner Comic Industry Awards Profile". about.com. Dicapai 14 Mei 2011. 
  3. ^ a b "The Will Eisner Comic Industry Awards", Comic-con.org. WebCitation archive (requires scrolldown).

Pautan luar[sunting | sunting sumber]