Aquila (Rom)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Hiasan Rom dengan aquila (100–200 M), dari Museum Seni Cleveland.

Aquila atau "helang" adalah simbol penting yang digunakan di Rom, terutama sebagai pataka legiun Rom. Legionnaires yang dikenali sebagai "Akuilifers" atau "Pembawa Helang" membawa pataka ini. Setiap pasukan membawa satu aquila.

Aquila adalah objek yang sangat penting dalam tentera Rom dan bukan sekadar simbol sahaja. Pataka yang hilang dianggap sebagai peristiwa yang sangat buruk, dan tentera Rom sering melakukan usaha untuk melindungi pataka mereka dan mencarinya sekiranya hilang; sebagai contoh, setelah Pertempuran Hutan Teutoburg, orang Rom selama beberapa dekad berusaha untuk menemukan kembali pataka ketiga legiun yang hilang.

Tidak ada aquila legionnaires yang bertahan hingga ke hari ini. Walau bagaimanapun, terdapat banyak helang Rom lain (sama ada sebagai simbol kuasa imperialis atau sebagai simbol pada pengebumian).[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]