Arkib Negara Singapura

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bangunan Arkib Negara Singapura, gambar diambil pada Januari 2006

Arkib Negara Singapura (NAS) (Bahasa Inggeris: National Archives of Singapore, Cina: 新加坡国家档案馆, Tamil: சிங்கப்பூர் தேசிய காப்பகம்) adalah arkib simpanan negara Singapura. Ia dibentuk pada bulan Ogos 1993 dengan penggabungan Arkib Negara dan Jabatan Sejarah Lisan. NAS bertanggungjawab untuk pengumpulan dan pengurusan rekod yang berkaitan dengan sejarah politik, sosial dan ekonomi Singapura. NAS juga mengenal pasti dan mengumpul rekod kepentingan sejarah dari sumber swasta tempatan dan luar negara. Pada tahun 1993, kedua-dua NAS dan Muzium Negara Singapura dibawa ke naungan pentadbiran Lembaga Warisan Negara.[1]

Arkib Negara pada mulanya ditubuhkan pada tahun 1968 untuk pemeliharaan dan pentadbiran arkib negara. Ia memegang rekod sejauh tahun 1800, 19 tahun sebelum kedatangan Sir Stamford Raffles dan penubuhan negara moden di Semenanjung. Pusat Sejarah Lisan menyenaraikan sejarah Singapura menerusi penggunaan metodologi sejarah lisan. NAS mempunyai pemilihan bahan arkib yang tersedia untuk dilihat oleh orang ramai, termasuk rekod awam, rancangan bangunan, rakaman sejarah lisan, gambar, rekod elektronik dan koleksi audio mikrofilem, filem, pita video, slaid warna, negatif dan peta. Arkib Negara Singapura (NAS) adalah institusi Lembaga Perpustakaan Negara (NLB)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "National Archives of Singapore". National Library Board. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 April 2013. Dicapai pada 21 June 2012.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 1°17′36″N 103°50′55″E / 1.29332°N 103.84856°E / 1.29332; 103.84856