Arthur Cecil Pigou

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Arthur Cecil Pigou (November 18 1877 - Mac 7 1959) merupakan seorang ahli ekonomi Inggeris yang terkenal di dalam banyak bidang ekonomi. Beliau mula bersekolah di Harrow School dan seterusnya menerima ijazah dari King's College, Cambridge di mana beliau mengaji di bawah jagaan seorang ahli ekonomi ulung Alfred Marshall. Pigou pernah berkhidmat di dalam beberapa majlis diraja. Majlis-majlis tersebut termasuklah pasukan 1919 yang melihat dan memeriksa sistem pencukaian Inggeris.

Pigou telah mempelopori bidang ekonomi kebajikan (welfare economics). Beliau menulis sebuah buku mengenai ekonomi kebajikan pada tahun 1920 yang berjudul The Economics of Welfare. Pencapaian beliau di dalam bidang itu amat diraikan di kalangan ahli-ahli ekonomi sedunia. Taksiran Pigou, satu cukai yang boleh digunakan untuk memperbetulkan eksternaliti, dinamakan semperna ahli ekonomi ini.

Pigou dilantik sebagai seorang professor di Cambridge University untuk mengantikan gurunya Marshall. Beliau memegang jawatan tersebut dari 1908 sehingga 1943.

Tulisan terpilih[sunting | sunting sumber]

  • The Economics of Welfare, 4th ed. 1932.ISBN 0-7658-0739-4
  • Keynes's General Theory: A Retrospective View. 1950.
  • The Political Economy of War. 1921.
  • The Theory of Unemployment. 1933.
  • Unemployment. 1914.
  • Wealth and Welfare. 1912.