Arthur V. Johnson

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Arthur Vaughan Johnson
Kelahiran(1876-02-02)2 Februari 1876
Meninggal dunia17 Januari 1916(1916-01-17) (umur 39)
Nama lainArthur Johnson
PekerjaanPelakon, pengarah filem
Tahun aktif1905–1915
PasanganMaude Webb, Florence Hackett(?)

Arthur Vaughan Johnson (2 Februari 1876 – 17 Januari 1916) merupakan pelakon dan pengarah semasa era filem senyap Amerika Syarikat.

Dilahirkan di Cincinnati, Ohio, anak kepada Rev. Myron A. Johnson,[1] Arthur Vaughan Johnson meninggalkan kolej di usia 19 tahun. Beliau kemudiannya muncul dalam pementasan bersama Sol Smith Russell, Robert B. Mantell dan Marie Wainwright.[2] Johnson memulakan kerjaya sebagai pelakon filem pada tahun 1905 bersama Edison Studios di The Bronx, New York, dengan membintangi drama The White Caps arahan Wallace McCutcheon, Sr., dan Edwin S. Porter. Pada tahun 1908, beliau bekerja untuk Biograph Studios, di mana beliau berlakon dalam filem arahan D.W. Griffith termasuk Resurrection (1909) dan In Old California (1910), iaitu filem pertama Griffith yang dilakukan pengambaran di Hollywood. Semasa di Biograph, Arthur Johnson berlakon bersama beberapa pelakon seperti Mary Pickford dan Florence Lawrence.

Pada tahun 1911, beliau menerima tawaran dari Lubin Studios di Philadelphia untuk menjadi pengarah dilem selain pelakon. Johnson telah mengarahkan dan berlakon dalam The Belovéd Adventurer (1914).[3] Selepas berlakon dalam lebih daripada 300 buah filem dan mengarahkan 26 buah filem, masalah kesihatan yang dialami oleh Johnson telah menamatkan kerjayanya pada tahun 1915.

Menurut sebuah temubual yang diterbitkan sembilan bulan sebelum kematiannya, Arthur V. Johnson telah mengahwini pelakon Maude Webb ketika berusia 20 tahun dan mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang tinggal bersama ibu bapa Johnson.[4] Sumber lain turut mengatakan bahawa sekitar tahun 1910, Johnson mengahwini Florence Hackett, yang bergandingan dengannya menerusi filem Power of the Cross (1913).[5][6] Beliau meninggal dunia pada 1916 di Philadelphia akibat batuk kering.

Filemografi terpilih[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Former Lubin Star Dies in Philadelphia", The Washington Herald (Washington, D. C.), January 19, 1916, p. 6. Retrieved July 14, 2013.
  2. ^ "A. V. Johnson Dead; Famous 'Movie' Star Made Millions Laugh", Evening Public Ledger (Philadelphia, Pennsylvania), January 18, 1916, p. 15. Retrieved July 14, 2013.
  3. ^ Hall, Emmett Campbell, The Belovéd Adventurer, 1914. Retrieved July 14, 2013.
  4. ^ Solomon, Irene Page, "A Little Visit to the Home of Arthur Johnson", Photo-Play Review, May 11, 1915, p. 3.
  5. ^ Goodrich, David L., The Real Nick and Nora: Frances Goodrich and Albert Hackett, Writers of Stage and Screen Classics, SIU Press, 2004, p. 27. ISBN 978-0-8093-2602-0.
  6. ^ Golden, Eve, Golden Images: 41 Essays on Silent Film Stars, McFarland, 2000, pp. 61–64. ISBN 978-0-7864-8354-9.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]