Audiologi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Audiologi (dari Latin [audīre] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan), "untuk mendengar"; dan dari Greek -λογία, -logia) merupakan cabang sains yang mengkaji pendengaran, keseimbangan dan dan gangguan yang berkaitan.[1] Pengamalnya, yang merawat mereka yang kehilangan pendengaran dan secara proaktif menghalang kerosakan yang berkaitan, digelar ahli audiologi atau audiologis.

Menggunakan pelbagai strategi ujian (contohnya ujian pendengaran, ukuran pelepasan otoakoustik, videonystagmography, dan ujian elektrofisiologik), audiologi bertujuan untuk menentukan sama ada seseorang boleh mendengar dalam julat normal, dan jika tidak, sejauh mana bahagian pendengaran (frekuensi tinggi, tengah, atau rendah) terjejas, dan di mana kecederaan yang menyebabkan kehilangan pendengaran boleh ditemui (telinga luar, telinga tengah, telinga dalam, saraf pendengaran dan / atau sistem saraf pusat). Jika seorang ahli audiologi mengesan bahawa kehilangan pendengaran atau terdapat kelainan vestibular, beliau akan menyediakan cadangan kepada pesakit sebagai pilihan (contohnya: alat bantuan pendengaran, implan koklea, rujukan perubatan) yang sesuai.

Sebagai tambahan kepada ujian pendengaran, ahli audiologi juga boleh bekerja dengan pelbagai pelanggan dalam pemulihan (individu dengan tinnitus, gangguan pemprosesan pendengaran, pengguna implan koklea dan / atau pengguna alat bantuan pendengaran), dari populasi pediatrik kepada veteran dan boleh melakukan penilaian tinnitus dan sistem vestibular.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Gelfand, Stanley A. (2009). Essentials of Audiology (ed. 3). New York: Thieme Medical Publishers, Inc. m/s. ix. ISBN 978-1-60406-044-7. Dicapai pada 17 March 2015.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]