Auto Destruct (Permainan video)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Auto Destruct
PembangunNeurostone
PenerbitElectronic Arts
PelantarPlayStation dikeluarkan = Januari 1998

Auto Destruct ialah permainan video yang dibangunkan oleh studio Neurostone dari Sweden dan diterbitkan oleh Electronic Arts. Ia dikeluarkan untuk PlayStation pada Januari 1998.[1]

Mekanik permainan[sunting | sunting sumber]

Jalan cerita Auto Destruct ini berlaku di masa depan di mana terdapat kekacauan dan keganasan yang terjadi. Sebuah organisasi misteri yang dipanggil Temple (Kuil) memberi pemain sebuah kereta dilengkapi senjata supaya dia dapat menghentikan semua perbuatan jahat. Pemain mengawal Booth, pemandu kenderaan, yang mesti mengikut arahan yang diberikan pada radionya. Permainan ini mempunyai tiga pilihan perspektif kamera; di dalam kereta, di belakang kereta, atau dari atas dan belakang kereta.

Pemain memandu di jalan-jalan dalam mengejar tangki dan helikopter untuk memusnahkannya, mengiringi yang harus dilindungi, atau campuran kedua-dua objektif. Pemain boleh membaiki kenderaannya dengan parkir kereta di stesen minyak di setiap tiga bandar permainan. Pemain juga mempunyai beberapa jenis senjata di pilihan nya seperti mesingan, peluru berpandu, dan periuk api.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Staf, I. G. N. (21 Januari 1998). "Auto Destruct". Dicapai pada 20 Oktober 2017.